22'Bilik.

574 98 15
                                    

Tok! Tok!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok! Tok!

"Chan, oo Chan!"

Hansol mengetuk pintu bilik Chan yang tidak sepenuhnya tutup. Sejujurnya, dia tidak berani masuk walaupun pintu bilik Chan tidak tertutup rapat. Kerna dia pernah diberi amaran untuk tidak menyergah masuk bilik Chan.

CRT Team tidak pernah menjejakkan kaki ke biliknya. Malah, selain Jisoo dan Jeonghan, tiada siapa pernah menjejakkan kaki ke biliknya.

Pelik bukan?

Sekali lagi dia mengetuk pintu apabila tiada jawapan.

"Chann~ ni Hansol, aku na—"

Kata-kata Hansol terhenti apabila pintu itu terbuka sedikit. Perasaan tertanya-tanya Hansol makin membuak menyebabkan dia seketika terlupa amaran yang dikatakan.

Hansol menolak lagi besar pintu bilik Chan sehingga terpapar ruang kawasannya.

"Chan—"

Sekali lagi, ayatnya terhenti melihat ruang kawasan bilik Chan.

Alat-alat pelik berselerak di suatu sudut yang sangat gelap. Di tengah-tengah nya mempunyai satu komputer yang masih bercahaya.

Hansol mendekati sedikit untuk mengamati apa yang ada di ruang itu.

Alat-alat yang biasanya dijumpai di bilik IT ditemui di ruang itu. Jika ditanya kepada Jihoon, pasti dia mengenali semua alatan ini. Dan yang paling penting, alatan-alatan ini semuanya mahal-mahal belaka.

"Hansol...?"

Hansol tersentak saat namanya dipanggil. Dia menoleh dan melihat Chan yang terpaku di pintu bilik.

Wajahnya terpapar terkejut sebelum dia tersenyum manis. Dan apa yang Hansol nampak, manisnya senyuman itu adalah sebuah senyuman yang mengerikan.

"Kau buat apa kat bilik aku?" soal Chan tenang.

Dia mendekati Hansol yang perlahan-lahan cuba mengundur.

"A -ah, a -aku nak minta controller, Wonwoo hyung suruh minta dari kau..." gagap Hansol.

Pandangan mata Chan terhadapnya sangat lain. Seolah-olah pandangan psiko.

"Ah!"

Wajah Chan berubah sebelum tersenyum manis. Dia bergerak ke satu tempat sebelum mengambil controller.

"Here, cakap dengan Wonwoo hyung, jangan suruh orang main masuk. Okay?" pinta Chan.

Senyuman masih tak luntur dan membuatkan bulu roma Hansol meremang.

"O -okay... maaf, Chan," ucap Hansol seraya kaki melangkah keluar.

Tiada balasan didengar sebelum pintu bilik Chan benar-benar tertutup. Kaki Hansol terpaku melihat suasana itu. Jantungnya masih berdegup kencang memikirkan apa yang baru dilihat tadi.

"Siapa kau, Chan?"

===

"Hyung... Chan mencurigakan."

Semua ahli CRT Team mengangkat kepala memandang Hansol.

"Kenapa?" soal Soonyoung yang kini memberi perhatian kepada ahli muda mereka.

"Semalam... masa Wonwoo ajak aku main game, dia suruh ambil controller kat bilik Chan. Jadi, aku pergilah. Yang aku tak sangka, bilik Chan... macam bilik hackers," cerita Hansol.

Jihoon dan yang lain terdiam mendengar kata-kata Hansol.

"Macam mana kau tahu bilik dia macam bilik hacker?" soal Jihoon pula.

Hansol menghela nafasnya berat. Dia memandang hyungs nya bosan.

"Kita dah berapa tahun dengan dunia ni hyung, takkan tak tahu lagi keadaan bilik hacker tu macam mana. Lagipun, aku rasa Woozi hyung tahu semua alatan kat dalam tu. Sememangnya hampir serupa cuma nampak lagi mahal."

Selepas mendengar penerangan Hansol, semua kembali terdiam kerana di fikiran masing-masing bermacam teori sudah muncul.

"We never suspect him, right?" Seungcheol menyoal semua.

Hansol menyemak dia punya dokumen,

"We did before. Tapi, lepas Jeonghan dan FamilyWen mencurigakan, kita kurang tumpuan dekat dia."

Seungcheol mengangguk dan kembali senyap.

"Esok, semua cek bilik masing-masing. Kalau boleh masa roommates kalian takde. Aku akan cek bilik aku dan Junhan's. Faham?"

"Faham, S.Coups!"





























===
SORRY LATE UPDATE UFBSUAVAU SEMALAM TERTIDUR YA ALLAH 😭🙏

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now