30'Penentuan.

639 100 21
                                    

'Hyn, enough

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Hyn, enough.'

Pergerakan Hyn terhenti apabila mendengar suara Jisoo di dalam mindanya. Dia terdiam lalu memberi ruang untuk Jisoo mengambil alih badan nya ini.

Seungcheol, yang sudah basah dengan darah dan air mata membuka matanya memandang ke arah Hyn yang terhenti itu.

Saat dia memandang ke arah mata Hyn, kini dia sedar siapa yang mengawal tubuh itu.

"Seungcheol-ah..."

Jisoo berlari keluar lalu kembali dengan sebaldi air. Dia membuka ikatan pada kedua tangan dan kaki Seungcheol yang diikat di penjuru katil dan membangunkan Seungcheol dari baringnya.

"Cheol-ah. Bagi aku bersihkan badan kau dulu baru tutup ya? Teruk sangat ni."

Seungcheol tidak mampu mengangguk atau membalas. Membiarkan apa sahaja yang ingin dilakukan Jisoo. Dia sudah tidak berdaya lagi.

Sedang dia mengelamun memikirkan nasibnya di tangan Hyn, dia terdengar esakan perlahan dari Jisoo.

Seungcheol membuka mata dan memandang ke arah Jisoo yang masih setia membersihkan luka-luka di badannya. Namun, merasai air menitik di kakinya, dia pasti jejaka itu menangis.

"Soo-ya... kenapa menangis ni?" soal Seungcheol lembut.

Dia tahu kerana apa yang dilakukan oleh Hyn terhadapnya, tetapi dia ingin mendengar sendiri dari mulut Jisoo.

Jisoo menekup mukanya ke peha Seungcheol, esakan semakin kedengaran.

"C -Cheol... m -maafkan aku. M -maafkan aku sangat-sangat," diselang seli dengan esakan, Jisoo bersuara.

"A -aku lemah sangat, Cheol. Aku lemah untuk nak halang Joshua atau Hyn dari kawal badan ini. A -aku lemah sebab tak dapat pertahanan kan tubuh ini," luah Jisoo perlahan namun tetap didengari oleh Seungcheol.

Seungcheol tersenyum pahit. Ini bukan salah Jisoo, dia tahu itu. Tetapi, jika Hyn ditangkap, tubuh Jisoo yang akan dibawa ke tali gantung. Tidak pun, tubuh Jisoo ini akan dibawa ke hospital sakit jiwa sebagai banduan.

"Kau tak lemah, cuma kau tak mampu. It's okay, Soo-ie. Kalau ini dah tertulis sebagai takdir, aku terima. Kau boleh suruh je Hyn bunuh aku. Lagipun, aku dah tak ada siapa-siapa. Ahli aku pun entah hidup ke tak sekarang ni."

Wajah Jisoo serta merta terangkat. Mata sembap nya kelihatan dan pantas Jisoo menggeleng.

"No no, you can't die, Cheol."

Jisoo menggigit bibirnya gemuruh. Memikirkan sesuatu untuk melakukan perjanjian dengan Hyn.

"Okay, macam ni. Kalau kau pilih untuk sertai kami, Hyn takkan bunuh yang lain. Please Cheol, their lives in your choice. Join us, please," pujuk Jisoo kepada Seungcheol.

"Kenapa kau nak aku hidup, Soo? Kenapa kau tak nak biarkan aku mati je? Kenapa kau masih beri peluang untuk Hyn seksa aku? Kenapa Jisoo?" hampir... hampir sahaja Seungcheol menghamburkan segala yang terbuku di hati ke muka Jisoo setelah mendengar pujukan terakhir dari jejaka itu.

Dirinya tidak dapat menahan segala perasaan setelah itu. Dia menunduk tanpa memandang wajah terkedu Jisoo.

"Because I need you, Seungcheol."

Seungcheol mengangkat muka melawan pandangan Jisoo.

"Aku perlukan kau dalam hidup aku. A -aku sendiri tak ada sebab, tapi aku tahu aku perlukan kau. Mulanya, masa kau jejak rumah ni dengan ahli kau, bila Joshua dan Hyn mula buat rancangan, aku tak berapa kisah tentang rancangan mereka. Aku tak kisah kau dibunuh. Tapi, sejak kau jadi rakan sebilik aku, I feel like I need something. Sesuatu yang aku tak pernah rasa. Bila kau bawa aku pergi keluar pada waktu malam, tempat rahsia kau... aku tak pernah rasa macam aku ni diperlukan oleh orang sebagaimana kau perlukan aku. I need you to lead me, Seungcheol. Aku perlukan kau untuk kawal tubuh ni."

Seungcheol terpaku. Dia tidak menyangka seperti ini apa yang dirasakan oleh Jisoo.

"T -tapi itu boleh tolak tepi. Sekarang ni, pilihan kau yang menentukan nyawa mereka, Seungcheol. Kalau kau sertai, rakan kau akan selamat dan sertai kami juga. Tapi, kalau kau pilih mati... I -I can defend you anymore," kata Jisoo lanjut.

Seungcheol masih tidak berkata. Di otaknya dia memikirkan segala kemungkinan untuk team nya.

Dia mengeluh seketika lalu memandang ke arah Jisoo lama.

'Maafkan aku, CRT Team.'

"You promise Hyn will not kill them, right?"































===
Esok aku update chapter akhir ;)

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now