"Joshua?"
Seungcheol memanggil Joshua perlahan melihat jejaka di hadapannya termenung jauh.
Pelik pula dia bila Joshua tak sambung menyeksanya. Masuk-masuk je, Joshua terus duduk dan hampir 15 minit dia menatap dinding kosong di hadapan nya.
Joshua tersentak lalu menoleh ke arah Seungcheol. Dia tersenyum lembut.
"Shua takde, ni Jisoo."
Seungcheol tergamam sekejap sebelum mengangguk.
"Maaf ya, Cheol. Shua tengah stress sebab tu dia suruh aku ambil alih. Dia tak bagi dia dan Hyn kawal tubuh ni. Kalau tak, macam-macam boleh jadi dekat kau," jelas Jisoo lembut.
"O -oh. Takpe, aku ingat Joshua sekarang."
Seungcheol membalas senyuman Jisoo kemudian suasana kembali sepi.
"Cheol..."
Seungcheol mengangkat kepala memandang Jisoo di atas katil tanpa cadar itu.
"Kau nak tahu tak macam mana aku hadirkan Joshua dan Hyn— bukan, macam mana aku hadirkan Joshua dan Joshua hadirkan Hyn dalam tubuh ni. Kau nak tahu tak?" tanya Jisoo.
Mata Seungcheol membulat mendengar Jisoo ingin membuka ceritanya. Sejujurnya, inilah persoalan yang sentiasa berlegar di mindanya selepas mengetahui tentang apa yang dialami oleh Jisoo.
Seungcheol mengangguk patah-patah membenarkan Jisoo menyambung ceritanya.
Jisoo menghela nafasnya.
"I'm asexual."
Dua patah perkataan yang membuatkan Seungcheol tergamam. Dia ternganga mulut memandang Jisoo.
"W -what? Why?"
Jisoo menggeleng.
"No reason. Aku cuma tak pernah tertarik dengan mana-mana orang, lelaki atau perempuan. Jadi, bila aku ada sifat ni, aku punya kepuasan diri takda. I don't know how, but Joshua came that time. Dia yang gantikan aku dan puaskan diri aku supaya takde lagi uhm... sexual frustration? Sifat aku dan dia sangat lain, dan itu yang membuatkan FamilyWen tahu aku ada split personaliti," terang Jisoo lebar.
Seungcheol masih terdiam mendengar kata-kata Jisoo. Terlalu banyak untuk ditafsir di dalam mindanya.
"Mulanya, mama cadang untuk aku masuk psikiatri hospital sejak dapat tahu aku ada dua personaliti, tapi aku tolak dan Shua tak setuju. Aku kata aku masih boleh kawal Shua dari kawal badan aku. Mama nak tak nak terpaksa setuju sebab dia nampak yang aku tak seperti dulu," sambung Jisoo lagi.
Dia senyap sekejap sebelum tersenyum pahit.
"Sampai satu hari, seorang perempuan yang Shua pernah sentuh datang dekat aku. Aku, bukan Joshua. Dia minta aku untuk bertanggungjawab atas kandungan dalam perut dia..."
"Joshua! Joshua! Wen Joshua!"
Tangan Jisoo tiba-tiba direntap dari belakang membuatkan dia yang sedang memakai earphone tersentak. Dia menoleh dan melihat seorang perempuan dengan muka marahnya menatap nya tajam.
"Err... Miss kenal saya ke?" tanya Jisoo keliru.
Perempuan itu tertawa tak percaya apabila Jisoo menyoal seperti itu. Lagi-lagi dengan muka tak bersalahnya
"You jangan buat tak kenal I, Joshua. I ni perempuan yang you ajak dua minggu lalu. Dan sekarang, I nak cakap yang I mengandungkan anak you! I nak you bertanggungjawab, Joshua."
Jisoo memandang wanita itu tak percaya. Sejak bila dia kenal orang di hadapannya ini.
Wait— Joshua?
Jadi, wanita ini salah seorang perempuan one night stand Joshua?
Jisoo berdesis perlahan. Sudah dia beri amaran kepada Joshua untuk sentiasa bersedia. Tengok apa dah jadi!
"Sorry, Miss. Saya rasa awak salah orang," tipu Jisoo tersenyum lembut.
Wanita itu memandang Jisoo tak percaya.
"You jangan tipu I, Joshua. I kenal muka you sangat-sangat. You ingat I bodoh ke?" jerit wanita itu geram.
Jisoo menghela nafasnya berat sebelum memandang wanita itu datar.
"Saya Hong Jisoo. Yang awak nak jumpa tu Wen Joshua. Wrong person. Sorry."
Kemudian, Jisoo terus berlalu tanpa mempedulikan wanita.
Ada benda yang dia nak selesaikan dengan Joshua.
"Joshua rasa bersalah sangat-sangat dekat aku, sebab dia memang taknak aku masuk campur dengan kes ni. Jadi, masatu Hyn hadir. Dia keluar dan bunuh perempuan tu. Itu kali pertama dalam sejarah FamilyWen bunuh orang."
Jisoo tersenyum pahit dan Seungcheol terkaku.
"Bila mama dapat tahu, mama terus masukkan aku dalam psikiatri hospital sebab mama nak aku baik. Setahun aku hidup kat sana dan pelbagai perjanjian antara aku, Joshua dan Hyn cipta. Joshua janji dengan aku untuk ubah perangai... but never worked," sambung Jisoo lagi.
"Lepas keluar hospital, mama hantar aku ke Korea untuk hidup dengan yang lain. Masatu Joshua masih tak aktif sebab aku yang masih kawal badan ni. Tapi, sejak tahun ni, keinginan nafsu aku memuncak dan Shua ambil alih badan aku. Masatu, pembunuhan Hyn tu berlaku," kata Jisoo lagi sambil menghela nafasnya.
Sepanjang cerita Jisoo, Seungcheol tidak mampu berkata apa-apa kerana masih cuba memproses apa yang dijelaskan oleh Jisoo.
"Joshua dan Hyn sangat-sangat nak lindungi aku. Sebab tu, bila orang jumpa mereka, mereka takkan benarkan orang tersebut untuk sebut nama aku. Diorang tahu yang aku taknak terlibat langsung dengan apa yang diorang buat."
Jisoo tersenyum pahit.
"But I knew everything what they did. Kadang-kadang aku rasa menyesal munculkan Joshua dan ada sifat macam ni."
Suasana kembali sunyi saat Jisoo berhenti berbicara. Dan Seungcheol yang tidak mahu suasana kekok itu berpanjangan bertanya,
"Macam mana nak tahu itu kau dan Joshua?"
Jisoo mengangkat kepala lalu melihat jam ditangannya.
"We set the time. Pagi waktu aku dan malam waktu Joshua. Kalau Hyn, hanya bila Joshua suruh. Bila dengan FamilyWen, kadang-kadang aku, kadang-kadang Joshua sebab diorang kerap kali panggil aku Joshua. So yeah... kau kena bezakan cara percakapan dan perilaku kami. Itu je," jelas Jisoo tersenyum.
Seungcheol yang masih keliru itu bertanya lagi,
"Like how?"
Dan ketika itu dia menyesal, kerana dia kenal pandangan mata di depannya. Pandangan mata yang sangat lain daripada Jisoo.
Joshua.
"Like now, Seungcheol."
===
Niat nak double update sebab double shua pulang semalam , tapi tak kesampaian . Aku update ni dulu and try update more :3
YOU ARE READING
The Innocent Killer : Hyn •S.VT•
Mistério / Suspense[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menjadi perbualan dan ketakutan penduduk terutama di Seoul , Hyn semakin mengganas dan diburu oleh polis...