19'Siasatan.

578 98 23
                                    

"Kim Yugyeom?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kim Yugyeom?"

Yugyeom mengangguk saat namanya meniti di bibir doktor di hadapannya. Dia melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan dan memandang ke arah doktor itu.

"Saya Doktor Wonwoo. Jadi, di dokumen ini menyatakan awak sakit badan beberapa hari ini. Boleh awak bagitahu macam mana sakitnya tu?" soal Wonwoo lembut.

Yugyeom mengambil nafasnya sebelum memandang Wonwoo tepat di mata doktor itu.

"Doktor, maafkan saya, saya sebenarnya nak soal siasat doktor. Jadi, boleh tak doktor beri kerjasama untuk ikut saya ke balai?"

Yugyeom mengeluarkan lesen polisnya kepada Wonwoo.

Wonwoo terkesima seketika melihat lesen itu. Dia sudah mengagak alasan Yugyeom datang, tetapi dia perlukan lakonan seolah dia tidak mengetahui nya.

"Yug— kenapa? Apa salah saya?"

Yugyeom memasukkan lesen nya kembali sebelum dia memandang Wonwoo.

"Kamu disyaki terlibat dengan kes pembunuhan Hyn. Jadi, mohon beri kerjasama."

Yugyeom bangun dari duduknya dan menghampiri Wonwoo sambil mengeluarkan gari.

"Okay wait—"

Wonwoo menghentikan gerakan Yugyeom membuatkan Yugyeom memandangnya.

"Saya akan beri kerjasama. Tapi, boleh tak tuan tak gari saya? Tak ke kotor nama saya nanti bila nampak tangan saya digari walaupun saya tak bersalah?" pinta Wonwoo dengan alasannya.

Yugyeom terhenti seketika lalu mengeluh. Dia tahu pangkat Wonwoo besar di hospital ini.

"Baik. Mari ikut saya."

Nampaknya, Wonwoo sangat menepati kata-katanya apabila dia mengikuti langkah Yugyeom.

Namun, apa yang Yugyeom tidak perasan ialah Wonwoo senyap-senyap menghantar mesej kepada seseorang.

'Seperti yang dirancang, tapi bukan CRT Team.'

===

"Jeon Wonwoo, seorang doktor pakar bedah di Hospital Besar Seoul. Berumur 25 tahun dan tinggal di xxx, betul?"

Wonwoo mengangguk kepalanya.

"Anda disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Hyn. Kami menjumpai kesan cap jari kamu di badan mangsa ke-33 nya, Amary Narnia," jelas Jaebum, polis yang menyoalnya.

Wonwoo membuat muka terkejut.

"Kami dapati kamu pernah berjumpa dengannya pada hari Selasa 12.16 tengah hari kerana masalah yang dihadapinya. Tiga hari selepas itu dia ditemui mati di persimpangan xxx dalam keadaan menyayat hati," sambung Im Jaebum terus.

Rakannya  Jackson Wang mengeluarkan IPad nya dan memaparkan satu tayangan CCTV.

"Di situ jelas terpapar kamu memberikan sekeping kad yang saya rasa bukan kad bisnes kamu."

Jaebum menunjukkan kad bisnes Wonwoo yang berwarna putih tetapi apa yang diberikan oleh Wonwoo adalah kad berwarna hitam.

"Jelaskan," soal Jaebum selepas itu.

Wonwoo dalam senyap mencarut perlahan. Dia tidak sangka sejauh ini mereka menyoalnya. Ingatnya mereka ingin mempersoalkan cap jari nya sahaja, lah pergi ke kad bisnes pula.

Damn Hyn, don't ever look down on your enemy again.

Sekarang ini yang kena tempias nya adalah Wonwoo.

"It's my personal business card. Secara jujurnya bisnes kad tu diberikan kepada wanita yang... uhm— nak melampiaskan nafsu? And I willingly to do that," tipu Wonwoo.

Dia tidak pernah menyentuh wanita-wanita permainan Hyn. Tapi, demi menyelamatkan namanya dan Hyn, dia terpaksa cari alasan. Haih, nampak ya dia kena minta upah lebih dari Hyn.

Wonwoo mengambil nafas nya lalu menyambung,

"Saya mengaku saya pernah menyentuh mereka tapi saya tidak akan buat lebih daripada itu. I know my limit, sir. Saya doktor di sebuah hospital, jadi tak ke malu kalau mereka tahu doktor di hospital mereka membunuh? Saya pasti ada seseorang cuba memerangkap saya sebaik mereka tahu bahawa saya pernah berjumpa dengan perempuan-perempuan tersebut. Mungkin?"

Jaebum dan Jackson terdiam.

Alasan Wonwoo sangat baik, namun masih tidak boleh mengurangkan ragu mereka.

Jackson menghela nafas sebelum dia mengeluarkan sesuatu.

"Rabu, 8.43 malam, saya dapati kamu masuk ke Wazyka Glory Hotel. 8.55 malam, mangsa juga memasuki hotel sama. Kamu berdua memasuki sebuah bilik di tingkat 17 bernombor 1127. Bila kami siasat, didapati bilik tersebut telah dibeli di bawah nama Moon Junhwi. Kamu kemudian nya keluar pada 11.23 malam manakala mangsa keluar pada 11.45 pagi. Siapa Moon Junhwi?" tanya Jaebum lanjut.

Wonwoo menghela nafasnya lalu menatap Jaebum dalam. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum Jaebum mengalihkan pandangan kerana tidak mampu melawan mata Wonwoo.

'Pandangan tu...'

Wonwoo kembali memandang ke depan sebelum membalas,

"Moon Junhwi kawan saya. Saya guna bilik di bawah nama dia sebab dia izinkan. Kenapa?" tanya Wonwoo santai.

Jaebum yang baru nak menyoal kembali terhenti saat suara seseorang kedengaran di cuping telinganya.

"JayB hyung, aku rasa cukup sampai sini siasatan kita."

Jaebum dan Jackson berpanjangan sesama sendiri sebelum mereka berdua memandang Wonwoo.

"Kamu di sini kejap ya. Kami ada hal."

Wonwoo hanya diam.

'Huh, memenatkan.'























"Coups... kau nak lepaskan dia?"

"Kita takda bukti kukuh, hyung."



























===
Sorry suck . I just don't feel myself to updatee this :) dan maafkan fa kalau cara polis menyiasat tu salah dan agak tiba-tiba . idea untuk chapter ni takde ☹️

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now