18'Night Talk.

619 103 18
                                    

"Cheol hyung~ Nak minta tolong boleh?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cheol hyung~ Nak minta tolong boleh?"

Seungcheol yang mendengar nada manja Chan di seberang mengerutkan kening. Lah, lain macam budak ni.

"Haa apa dia?" balas Seungcheol sambil matanya masih fokus di jalan.

"Ambilkan Jisoo hyung dekat syarikat Han hyung boleh? Tadi, Soo hyung suruh Chan ambilkan, tapi Chan masih kat rumah. Hyung tengah bawa keretakan? Alang-alang tu sekali boleh?"

Kan dah agak. Di sebalik suara manja Chan, adanya terserlah kemalasan nya. Seungcheol merungut perlahan tetapi kemudian dia teringat sesuatu.

"Eh, kat mana syarikat Jeonghan?"

"Em... lagi lima belas minit, hyung nanti ada jumpa satu simpang, pastu belok kanan. Terus sikit dalam 600 meter, nanti hyung jumpa. Alah, hyung senang je nak kenal sebab bangunan Han hyung besar."

Bertambah pelik Seungcheol. Dia tak bagitau pun kedudukan dia sekarang ni kat mana.

"Chan tahu ke hyung kat mana sekarang ni?"

Sepi menyapa setelah Seungcheol menanya tentang itu. Tak lama, Chan membalas perlahan,

"Chan ada cara Chan, hyung. Dahlah, ambil kan Jisoo hyung tau! Nanti Chan yang kena marah. Annyeong~"

"Eh tapi kena—"

Seungcheol memandang paparan skrin. Lah dah dimatikan sudah panggilan nya.

"Eish, baru nak tanya kenapa Jisoo tak pulang sekali dengan Jeonghan," gerutu Seungcheol perlahan.

Mengikuti arahan Chan, akhirnya keretanya sampai di depan sebuah syarikat. Terkesima jugalah dia melihat bangunan megah itu.

Memperlahankan kereta, matanya melilau mencari keberadaan Jisoo. Tak sampai beberapa minit, akhirnya kornea matanya menangkap ke arah Jisoo di depan syarikat itu.

Dia memberhentikan kereta di hadapan Jisoo dan menurunkan tingkap.

"Jisoo-yah!"

Jisoo mengangkat kepala dan sedikit terkejut melihat Seungcheol yang mengambil nya. Dia naik ke kereta setelah dipelawa oleh jejaka itu.

"Lah, kau yang ambil? Aku rasa aku suruh Chan yang ambilkan."

Jisoo memasang tali pinggang keledar lalu memandang Seungcheol menanti jawapan.

"Budak tu malas. Alah, lagipun aku dah dekat-dekat dengan kawasan ni. Sekali je terus," balas Seungcheol.

Jisoo mengangguk dan suasana di kereta itu sunyi hanya ditemani dengan bunyi radio. Dapat Seungcheol lihat yang Jisoo seolah melihat keluar dan jakun akannya.

"Soo? Kenapa?"

Jisoo tersentak dan memandang Seungcheol sekilas. Dia tersenyum kecil.

"Takdelah, aku jarang tengok suasana malam. Cantik je."

The Innocent Killer : Hyn •S.VT•Where stories live. Discover now