Ketukan pintu itu mengejutkan dua jejaka yang sedang berbincang di pejabat itu.
"Masuk!"
Seseorang berpakaian hoodie oversize melangkah masuk membuatkan kerutan hadir di kedua dahi jejaka yang berbual itu.
"Diorang nak buka balik kes 2018, Hyn," ucap figura itu selepas bersedia.
Hyn mengangkat keningnya.
"Lah pula. Kenapa?"
"Sebab Chan."
"Ah~" Hyn dan rakannya itu mengangguk memahami.
"Diorang tak tahu ke Sooyeon tu ibu Chan? Tsk, kesian," rakan Hyn yang bersama dengannya menyampuk.
"Rasanya belum tahu. Yelah, diorang baru nak cari latar belakang Chan. Mungkin esok atau lusa. I'll let you know after they do that."
Hyn mengangguk lalu tersenyum kecil.
"Thanks. You may leave."
Figura itu mengangguk lalu kembali melangkah keluar meninggalkan dua jejaka di dalam itu.
"They're stupid, aren't they?"
Beberapa saat berdiam diri, rakan Hyn yang bersama dengannya bersuara.
Hyn tersenyum jengkel lalu mengangguk.
"Yes, they're. Mereka punya lembab tu sampai buat yang lain frust. Aku ni pun ha, bila entah boleh mula plan. Kalau mereka masih tak suspek semua, aku takkan mulakan rancangan."
Hyn tertawa kecil.
"Kau tahu, akan datang mereka bakal suspek Chan. Masa tu, kau boleh mulakan rancangan," ujar rakannya itu.
"Itupun kalau mereka berhenti sampai situ. Kalau mereka syak rakan mereka sendiri macam mana pula? Lagi-lagi Seungcheol, kalau boleh semua dia nak syak."
Hyn dan rakannya tertawa besar.
"Kelakar kalau mereka syak teammates sendiri. Like, diorang dah bekerjasama bertahun kot. Kalau kena khianat tu, aku tak tahulah nak kata apa."
Rakan Hyn menggeleng kepala. Hyn hanya mengangkat bahu membalas ayatnya.
"Wanna have fun tonight?" Hyn menoleh ke arah rakannya yang bermain dengan pen di tangan.
Rakannya itu mengangkat kepala berfikir sekejap.
"Innocent?"
Hyn menggulingkan mata menyampah.
"Memang taklah betina yang nak aku semua innocent. Tapi, yang ni nampak real sikit. Taklah fake sangat. Wanna try?" Hyn bertanya lagi.
Rakannya itu terdiam sebentar sebelum bangun. Dia menoleh ke arah Hyn lalu menayangkan senyuman sengetnya.
"Sure. Lagipun, aku dah lama tak masuk club," balas rakannya tenang.
Dia melangkah ke pintu untuk keluar.
"Daa~ Jumpa kau malam ni!" riang sahaja suara jejaka itu.
"Kau bukan jumpa aku pun malam ni!" Hyn sedikit bersuara jengkel.
Rakannya itu terhenti di pertengahan jalan sebelum kembali menoleh.
"Ah... aku lupa. Cakap dengan dia, jumpa dia malam ni, okay Hyn?" soal jejaka itu sambil tergelak.
Hyn merungut perlahan lalu membalas,
"Ye ye. Bye!"
Rakannya itu melambai tanpa menoleh sebelum menutup pintu.
Hyn menatap pintu di hadapannya datar. Memikirkan sesuatu, dia menggeleng perlahan.
"Chan... Chan... kau tak buat apa-apa pun kena syak? Tapi takpa, itu memudahkan lagi perancangan aku," Hyn berkata lalu tersenyum sendiri.
One step before his plan start.
And one step before he make them suffer.
===
CRT Team terdiam saat mendengar ayat yang meluncur dari bibir Soonyoung.
"Jadi... Sooyeon tu ibu Chan?" Seokmin memecahkan suasana sunyi itu.
Soonyoung mengangguk ragu-ragu. Rasanya dia sudah jelaskan maklumat tentang hubungkait antara Chan dan Sooyeon sebentar tadi.
"Ah takpe. Teruskan ke data Chan."
Hansol bangun dan data tentang Chan segera terpapar.
"Lee Chan. 22 tahun. Berasal dari Iksan-si, Jeollakbu-do. Masih belajar di Universiti Hanyang Universiti, Seoul dalam Engineering, Science and Technology course. Ibu bapanya bercerai ketika dia berumur 15 tahun. Dia tinggal bersama ibunya sebelum ibunya dibunuh pada tiga tahun lalu. Bapanya pula meninggal dunia selepas berpisah akibat dadah. Chan tinggal bersama ibunya sehingga umur 18 tahun sebelum berpindah ke asrama universiti. Setahun selepas itu, dia kembali ke rumah itu setelah kematian ibunya."
Seungcheol menyelak dokumen tentang kes pembunuhan Han Sooyeon lapan tahun lalu.
"Bila dia keluar asrama?"
"23 November 2018."
Tangan Seungcheol terhenti menatap tarikh kematian Han Sooyeon.
12 November 2018.
Lebih seminggu sebelum Chan kembali ke rumah tu.
"Tarikh pertukaran hak milik rumah?"
"22 November 2018."
"Tch," Seungcheol berdecak lidah.
Dia rasa ada tak kena tapi dia tak tahu apa. Wait-
"Sekejap. Kalau Chan pulang pada 12 November, macam mana dia boleh tandatangan untuk pertukaran hak milik rumah tu. Setahu aku, kalau nak buat pertukaran hak milik, mesti kena ada kedua-dua belah pihak. Kan?"
Sejujurnya, Seungcheol sendiri tak pasti. Namun melihat anggukan Soonyoung, dia tahu Chan ada kaitan dengan semua ini.
"Masa CST Team siasat Chan, mereka diberitahu bahawa surat itu telah ditandatangani oleh Chan sehari selepas penceraian ibu bapanya. Mereka kata, itu untuk keselamatan Chan jika ibunya tiba-tiba terlibat dalam apa-apa kemalangan. Jadi, surat itu telah dipersetujui sejak dia berumur 15 tahun, namun diterima oleh peguam pada 22 November 2018 dari ibunya sendiri."
Lama berfikir sebelum Seungcheol kembali bersuara.
"Hoshi, siasat tarikh kemasukan ahli rumah yang lain. Dari yang pertama sehingga terakhir. Vernon, masukkan Lee Chan dalam senarai suspek. Woozi, cari maklumat lanjut tentang keluarga Wen. Kita masih belum dapat maklumat dengan lebih mendalam tentang itu," arah Seungcheol.
Matanya beralih ke arah Seokmin.
"Dk, mangsa ke-30, detail."
===
"Let's start, guys."
===
Gwe offline terus drop views nya 🌚
YOU ARE READING
The Innocent Killer : Hyn •S.VT•
रहस्य / थ्रिलर[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menjadi perbualan dan ketakutan penduduk terutama di Seoul , Hyn semakin mengganas dan diburu oleh polis...