•Bab 30

385 25 0
                                    

Bunyi ring bell pun dah buatkan Rome tahu siapa yang datang. Siapa lagi nak bunyikan loceng macam tu kalau bukan adik dia sendiri? Kalau rider yang hantar parcel atau makanan, takkan tekan loceng rumahnya bertalu-talu sampai macam ni sekali.

"Sudah-sudahlah tu buat aku..." Percakapannya terhenti bila terpandang orang yang berdiri di belakang adiknya.

"Mummy?"

Paeng melangkah ke tepi. Memberi laluan untuk mummy berdiri di hadapan abangnya.

"Rome...mummy..."

"Paeng? Abang dah cakapkan jangan..."

"Mummy yang suruh Paeng bawak mummy ke sini. Mummy nak sangat jumpa dengan Rome. Dah bertahun mummy tak jumpa dengan Rome. Mummy rindu anak sulung mummy ni."

"Paeng mintak maaf abang tapi Paeng terpaksa sebab mummy yang nak sangat jumpa dengan abang. Paeng pergi dulu? Paeng nak kena fly ke Kuala Lumpur."
Paeng bingkas pergi dari situ.

Suasana antara Madam Srey dan Rome menyepi seketika. Seolah-olah baru pertama kali bertemu.

"Mummy masuklah dulu," Rome meluaskan pintu rumahnya. Dia menutup pintu selepas mummynya sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

"Errr...mummy nak minum apa? Makan?"

"Tak apa, bagi mummy air kosong je." Jawabnya senang.

"Mummy duduklah dulu. Rome ambilkan air untuk mummy," kakinya melangkah menuju ke dapur.

Jantungnya berdegup laju tak ada tanda yang dia akan perlahan. Bukan aku tak suka mummy datang malah aku paling happy bila mummy ada depan mata aku sekarang cuma aku takut kalau mummy bagitahu daddy pasal ni, apa yang akan jadi? Tapi aku yakin yang daddy tak akan bagi reaksi apa-apa bila dengar cerita pasal aku. Ya...mungkin.

"Nah mummy," segelas air kosong diserahkan pada mummy. Memang dari dulu lagi mummy lebih gemarkan air kosong dari minum air manis. Nak jaga kesihatan katanya. Yelah, bila umur dah makin meningkat faktor kesihatan pun akan ada yang terjejas jika cara pemakanan tak betul.

"Terima kasih."

Suasana kembali krik-krik. Tak tahu nak mulakan dengan topik apa. Diam membisu.

"Rome..."

"Mummy, before mummy cakap apa-apa, Rome nak mintak maaf dekat mummy sebab keluar dari rumah tu dan abaikan mummy dengan daddy."

"Mummy tak marah pun dengan apa yang Rome buat sekarang ni. Mummy tahu apa yang jadi selama ni berpunca dari mummy sendiri dan jugak daddy. Mummy cuba ubah nasib keluarga kita tapi mummy tahu yang semua tu dah terlambat. Anak mummy dah pergi dari rumah tu tapi sekarang mummy bangga bila tengok Rome berjaya dan boleh hidup berdikari walaupun dulu Rome keluar dari rumah tu sehelai sepinggang. I'm so sorry..."

"No, mummy tak perlu pun minta maaf dekat Rome. Patutnya Rome yang mintak maaf sebab berperangai tak matang dan ikut kata hati sangat. Selama ni memang Rome nak balik rumah tapi tak boleh bila terfikir pasal daddy. Daddy mesti takkan terima Rome lagi dalam rumah tu. I know him."

"Rome tak cuba lagi kan?"

"Better not. Rome tak nak keruhkan keadaan lagi. Apa yang penting Rome jumpa mummy sekarang pun Rome dah bersyukur sangat." Terus dia bertindak memeluk tubuh Madam Srey. Pelukan yang dia rindu sejak dia keluar dari rumah daddy.

"Daddy tahu tak mummy nak datang sini?"

"Tak tahu. Mummy tak bagitahu pun. Mummy takut kalau daddy tahu pasal ni, dia akan marah."

Rome sekadar tersenyum. Agaknya bila hubungan dia dengan daddy nak pulih kembali macam dulu? Ataupun memang betul daddy dah buang aku dari hidup dia dan tak anggap lagi aku ni sebagai anak dia?









Adara AlisaWhere stories live. Discover now