Bab 52

421 20 0
                                    

"Amboi mak...awal-awal pagi mak dah datang sini. Terkejut Lisa tiba-tiba mak ada dalam rumah." Aku boleh terjaga pun sebab terdengar bunyi something di dapur. Ingatkan pencuri rupanya mak sendiri.

"Kenapa? Tak suka ke mak datang sini?"

"Alah mak ni. Kenapa cakap macam tu? Mak tahukan Lisa dah lama tunggu mak dengan ayah datang sini. Emmm...ayah mana mak? Tak datang sekali ke?"

"Mana boleh tak datang. Ayah tu keluar dengan Paeng pergi ke pasaraya. Tolong beli barang dapur. Ada yang tak cukup mak nak masak hari ni. Lepas tu Paeng pulak katanya nak masak makanan Kamboja. Nak suruh mak dengan ayah rasa."

"Dah ngam ke dengan menantu?" kalau ngam, memang satu petanda yang baguslah. Aku pun tumpang happy jugak.

Cuma satu saja yang aku masih tak happy...hubungan Paeng dengan daddy masih lagi tak baik sebab aku. Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Nak berkomunikasi pun aku tak faham Khmer dan mummy daddy Paeng pulak tak boleh berbahasa Melayu. English? Sedang-sedang.

"Apa-apa pun Paeng tetap dah jadi menantu dalam keluarga mak. Sampai bila nak buat tak tahu kan? Tengok Lisa bahagia dengan Paeng pun dah buatkan mak dan ayah percaya Paeng mampu menjaga Lisa dan juga suami yang baik."

"Sayang mak..." Alisa memeluk tubuh maknya.






"MAK dengan ayah boleh ke makan sup ikan ni?" tanya Paeng bila melihat mak dan ayah Alisa menyuap samlor machu trey bersama dengan nasi. Paeng dan Alisa menunggu reaksi dari mereka berdua.

Samlor machu trey sejenis sup ikan tapi rasanya berbeza dari sup ikan yang ada di Malaysia ataupun di negara lain. Rasanya sweet and sour dan dihiasi dengan sayuran dan juga isi ikan keli. Tapi memandangkan Alisa memang tak makan ikan keli jadi dia tukar dengan ikan tenggiri.

"Sedap. Paeng belajar mana sup ikan ni?" tanya Puan Saharah dengan senyumannya. Selalunya dia tak lalu nak makan sup ikan tapi sup ikan yang ni dia boleh makan. Sedap dengan rasa masam-masam manisnya.

"Paeng belajar dengan mummy dan orang gaji dekat rumah."

"Ohhh...sedap. Patutlah Lisa makin berisi sekarang," sempat dia menyakat anaknya.

"Mestilah mak. Lisa pun terkejut tau bila Paeng boleh masak sedap macam ni. Bila dah start makan, terus nak makan lagi."

"Entah-entah selama ni Lisa tak pernah masak untuk Paeng tak? Sebab tulah Paeng masak semuanya?"

"Mana ada mak. Lisa pun masak ye tapi tak sesedap mak masak. Cuma kalau ada hari Paeng masak tu sebab dia nak Lisa try makanan dia pulak. Bila dah sedap memang Lisa suruh Paeng masak lagilah."

"Tak payah cakap pun mak dengan ayah dah tahu," kata Encik Zahrul Razi.

Alisa tersengih. Kalau dah makanan sedap, siapa je tak nak makan kan? Dah makan nak tambah pulak. Memang naiklah badan aku.

"Mummy dengan daddy Paeng sihat ka?" Encik Zahrul Razi melontarkan soalan kepada menantunya.

"Alhamdulillah. Dua-dua sihat."

"Paeng pulak macam mana kerja dekat sana? Ok ke?" Dia bertanya lagi.

"Alhamdulillah ok je kerja dekat sana. Tak ada masalah sebab dari segi communication pun memang bahasa Paeng. Jadi, semuanya ok."

"Alhamdulillah. Semoga urusan Paeng dipermudahkan. Lisa pulak? Kenapa tak ikut Paeng je pergi sana? Apa salahnya kan?"

"Tak naklah ayah. Awal-awal dulu sebab Lisa morning sickness teruk sangat. Lepas dah ok morning sickness ni rasa macam malas pulak. Lagipun dekat sini Ecah ada temankan Lisa jadi semuanya ok."

"Bila pulak ni Paeng balik sana?"

"Lusa ayah. Ikutkan nak ambil cuti lama sikit tapi tak apalah. Dengan keadaan Lisa yang dah nak bersalin ni, lagi better Paeng mintak cuti bulan depan je."

"Betul jugak tu."





"ADA apa nak jumpa daddy?" soal Mr. Phungpak sambil melihat anaknya, Rome berdiri di hadapannya sekarang. Katanya ada benda yang dia nak cakap. Kalau nak kata hal kerja, anak sulungnya ini tak kerja di syarikatnya.

"Daddy ada masa ke?"

"Kalau daddy tak ada masa, kenapa daddy setuju untuk jumpa dengan Rome?" soalan yang dilontarkan kedengaran sinis bagi Rome.

"Ok..." Rome menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan ayahnya. Hanya meja kerja menjadi jarak kepada mereka berdua.

"Proceed."

"Ini pasal Paeng."

Terus reaksi muka Mr. Phungpak berubah. "Kalau datang sini semata-mata nak cakap pasal dia, tak payah. You can go now."

"Kenapa daddy ego sangat ni?"

"Excuse me?"

"Daddy ego. Kenapa daddy menolak untuk mendengar penjelasan? Kenapa daddy selalu elak nak dengar apa yang kami nak cakap? Why?"

"Sebab alasan you both unreasonable. Jadi, daddy tak rasa daddy perlu dengar apa yang you both cuba perjelaskan."

"Rome kagum dengan daddy sebab teguh dengan pendirian diri daddy but this...tak bagus untuk hubungan dalam family. Daddy sebagai ketua keluarga kena dengar dan teliti satu-persatu apa yang cuba disampaikan tapi kenapa daddy kena menangkan ego dan pekakkan telinga?"

"Rome tak payah nak ajar daddy. Daddy tahu apa yang daddy buat and before Rome cakap lanjut lagi, cermin diri tu jugak."

"Rome jadi macam ni sebab daddy."

"Jangan nak salahkan daddy."

"Then? Nak salahkan siapa? Salahkan mummy? No. Bukan salah mummy. Daddy yang paksa untuk Rome jadi macam ni. Same goes to Paeng jugak. Dia jadi pemberontak atas sebab siapa? Mummy? Ataupun daddy sendiri?"

"Rome!"

"Tujuan Rome datang sini bukan sebab nak cari gaduh dengan daddy. Tak ada niat sama sekalipun tapi alang-alang dah terbuka pasal topik ni, Rome just go on. Kalau back to the topic asal pun memang pasal Paeng tapi bukan dia sorang, Alisa sekali."

"Kenapa? Paeng mintak duit dengan Rome sebab dia tak boleh nak tampung bini dia lagi?"

"Bukan sebab tu. Kalau sebab duit, Rome rasa Paeng tak ada masalah pun sebab sekarang ni dia dah ada kerja tetap dan gaji dia pun banyak jugak. Rome cuma nak cakap apa salahnya kalau daddy berbaik dengan Paeng dan Alisa? Tak lama lagi Alisa dah nak melahirkan. Takkanlah sampai bila-bila daddy nak pertahankan ego daddy yang tak seberapa tu?"

Mr. Phungpak bangun dari kerusinya. "Setakat ni je masa yang daddy ada. Daddy ada meeting pulak lepas ni."

"Kalau daddy terus-terus macam ni, percaya cakap Rome. Sampai bila-bila pun masalah takkan settle. Tak guna kalau daddy boleh settle masalah ofis tapi tak boleh settle masalah keluarga." Rome terus bangun dari kerusi dan keluar dari bilik kerja daddynya.

Aku tahu dari awal kalau aku cakap topik ni memang takkan ada penyelesaiannya tapi at least aku cuba walaupun reaksi daddy memang tetap sama macam dulu.

Adara AlisaWhere stories live. Discover now