"Rome!" Madam Srey memanggil anaknya. Baru saja dia nak lelapkan matanya tadi, dia dapat panggilan dari Rome. Alisa dah ditolak masuk ke labour room ditemani Paeng.
"Mummy."
"Macam mana? Ada khabar apa-apa ke Rome?"
"Tak ada lagi mummy. Kita tunggu jelah mummy."
Tak lama kemudian, family Alisa pula yang tiba di hospital. Puan Saharah bersalaman dengan Madam Srey. Nak bercakap banyak pun tak mampu sebab masing-masing tak mahir dalam berbahasa Inggeris. Nak cakap Melayu, Madam Srey pula yang tak faham. Nak cakap Khmer, Puan Saharah pula yang tak faham.
Mereka duduk di atas kerusi sambil menunggu khabar Alisa. Mungkin ambil masa yang lama memandangkan Alisa bakal melahirkan anak yang pertama.
Minit berganti minit, jam berganti jam. Masih lagi tiada khabar berita sehinggalah pintu labour room dibuka dari dalam dan Paeng berjalan keluar menuju ke arah mereka.
"Paeng? Macam mana dengan Lisa dan baby? Selamat kan?" Puan Saharah terlebih dahulu menanyakan tentang anaknya.
"Alhamdulillah mak. Lisa dengan baby selamat. Dapat baby girl."
"Alhamdulillah..."
"Mummy...Lisa dah selamat lahir baby girl..." Giliran Paeng pula menjelaskan kepada mummynya dalam bahasa ibunda.
Yang lain hanya sekadar mendengar bila tak faham Paeng mula bercakap Khmer dengan keluarganya sendiri.
"Mummy tumpang happy untuk Paeng dan Lisa. Lepas ni meriahlah family ada suara baby menangis. Dah ada nama ke untuk baby?"
"Belum lagi mummy. Tak fikir lagi nak letak nama apa. Emmm..." Paeng memandang ke belakang. "Daddy tak datang ke mummy?"
Madam Srey terus rasa sebak bila Paeng bertanya tentang suaminya.
"Mummy mintak maaf sebab tak dapat nak pujuk daddy datang dengan mummy sekali. Mummy tak tahu lagi nak cakap macam mana dengan daddy. Mummy mintak maaf."
"Tak apalah mummy. Paeng faham mungkin daddy tak boleh lagi terima Paeng dengan Lisa dalam hidup dia. Tak apa...Paeng ok je mummy."
"Abang pun dah cuba untuk pujuk daddy. Abang mintak maaf sebab tak dapat runtuhkan ego daddy."
"Nahhh...it's okay lah abang. Paeng ok je. Paeng faham perangai daddy macam mana. Mungkin Paeng kena usaha lebih sikit untuk dapatkan balik hati daddy."
Riak wajah kecewanya cuba diselindung sebaik mungkin. Aku tak nak mummy sedih bila dapat tahu yang aku sedih sebab daddy tak datang. Lagipun benda ni bukannya aku hadap hari ni. Dah bertahun-tahun aku hadap. InsyaAllah...aku boleh hadap untuk masa yang akan datang.
ALISA tersenyum kepada mereka smua. Terkejut dia bila sedar-sedar ramai yang datang melawatnya di dalam wad. Bukan setakat ahli keluarga je tapi kawan-kawan pun ada sama termasuklah dengan kawan-kawan Paeng dari Kamboja. Semuanya datang. Masing-masing berkumpul pada anaknya yang berada dalam dukungan Ecah.
Dia memandang pula suaminya yang duduk di sebelahnya. Bibir tersenyum tapi riak wajahnya yang seakan-akan cuba memendam sesuatu menarik perhatian Alisa. Ada benda yang tak kena ke sekarang ni?
"Awak...kenapa ni?" tangannya menggenggam lembut tangan suaminya. Pandangan Paeng beralih kepada isterinya.
"Tak ada apa-apa."
"Awak jangan tipu saya. Ada benda kan yang awak cuba sembunyi dari saya? Apa benda? Awak boleh cerita dekat saya."
"Aku nak mintak maaf dekat kau."
"Kenapa pulak?" dia buat salah apa sampai tiba-tiba nak kena minta maaf dekat aku? Setahu aku selama ni suami aku tak pernah buat salah apa-apa dengan aku. Semuanya ok. Aku pun tak ada terasa apa-apa dengan dia.
"Aku tak mampu nak bawak daddy datang jumpa anak kita hari ni."
Itu rupanya yang dia fikir.
"Saya ingatkan apa tadi. Saya tak kisah pun kalau daddy tak datang ke apa sebab saya pun tahu perangai daddy macam mana. Awak jangan risau, masa kita masih banyak. InsyaAllah satu hari nanti hatu daddy akan lembut jugak. Macam mana sekalipun awak tetap anak daddy. Takkan daddy nak marah awak sampai bila-bila kan?"
"Maybe..."
"Jangan fikir macam-macam sangat. Semuanya akan ok."
Suasana yang tadinya agak meriah bertukar jadi sepi bila pintu wad dibuka dari luar. Paeng dan Alisa masing-masing mengerutkan dahi. Cuba memandang gerangan siapa yang sedang berdiri di hadapan pintu wad. Kalau doktor, takkanlah semua tiba-tiba nak diamkan diri?
Jantung Paeng berdegup laju bila melihat daddynya yang sedang berdiri di hadapan pintu wad sekarang. Paeng yang tadinya duduk di sebelah Alisa terus berdiri. Rasa macam tak percaya bila melihat daddy yang sedang berdiri di hadapan mereka sekarang. Langsung tak percaya yang daddy boleh melangkah kakinya sampai ke sini.
Rome meminta mereka semua untuk keluar sebentar. Memberi ruang kepada Mr. Phungpak untuk bercakap dengan Paeng dan Alisa. Ecah yang tadinya memegang baby terus diserahkan kepada Alisa.
"Daddy buat apa dekat sini?" soal Paeng.
"Daddy nak jenguk Paeng dengan Lisa."
"Huh?"
Mr. Phungpak berjalan menghampiri anaknya lalu bahu Paeng dipegang. "Kenapa tak percaya daddy?"
"Bukan tak percaya tapi macam...macam...pelik," perkataan pelik disebut dengan perlahan.
"Daddy mintak maaf kalau daddy buat Paeng tak senang hati dengan kedatangan daddy hari ni. Lisa, daddy want to apologize if daddy made Lisa feel uncomfortable."
"It's okay daddy. Lisa didn't feel uncomfortable at all. Lisa feel happy because daddy came to see us today." Jawab Alisa dengan senyuman manisnya.
Kenapa pulak aku perlu rasa tak senang hati kalau kedatangan daddy hari ni membuatkan Paeng lebih rasa happy dan hubungan yang sedia retak mulai kembali menyatu?
Paeng mengelap air matanya yang keluar tanpa dia sedar. Bukan air mata sedih tapi happy sebab tak sangka langsung yang daddy akan berubah hati secepat ni. Tubuh daddy terus dipeluk. Menitis lagi air mata lelakinya.
"Terima kasih daddy sebab maafkan Paeng."
"Tak ada apa yang nak diterima kasihkan. Apa yang jadi semuanya salah daddy jugak. Daddy terlampau ikutkan ego daddy sampaikan daddy tak mampu nak rasa apa perasaan anak-anak daddy selama duduk dengan daddy. Apa yang daddy tahu daddy nak anak-anak daddy ikut telunjuk daddy tanpa bertanya apa yang anak-anak daddy suka, apa minat anak-anak daddy. Daddy mintak maaf."
Alisa tersenyum senang hati melihat hubungan daddy dan suaminya yang sudah berbaik. Dia memandang pula anak di dalam pangkuannya. Rezeki yang Allah dah aturkan memang cantik. Suami aku bukan saja setakat happy dengan kelahiran baby tapi dilipat gandakan dengan kedatangan daddy untuk memulihkan hubungan mereka.
YOU ARE READING
Adara Alisa
RomancePerjalanan untuk memulakan hidup baru di bumi asing baginya bukanlah mudah. Dengan sendirian tanpa bantuan sesiapa lagilah membuatkan segalanya rasa sukar. Tapi, dia jadikan kesusahan ini sebagai titik permulaan dalam hidupnya. Itulah Adara Alisa...