Bab 43

342 24 0
                                    

Haider mengerutkan dahinya. Dari mana pulak Alisa dengar cerita macam ni? Ini mesti dengar dari mulut Raish lah ni! Haih mamat ni! Suka betul eh tambah-tokok cerita? Ini kalau Paeng dapat tahu, memang nahas kau dibuatnya.

"Berkali-kali? Mana ada. Benda tu jadi sekali je sebelum arwah mintak putus. Bila arwah mintak putus, Paeng tak boleh terima sebab dia sayangkan arwah. Dia janji yang dia nak bertanggungjawab dekat arwah tapi arwah tak percayakan dia. Masa benda tu jadi hampir dua minggu arwah tak datang universiti. Then, bila dia datang universiti balik Paeng tak habis-habis cuba berbaik dengan dia dan mintak maaf dengan apa yang dah jadi. Depan mata kami jugak arwah kena langgar dengan kereta waktu cuba larikan diri dari Paeng. Waktu dapat tahu arwah dah tak ada, Paeng menangis tak berhenti."

"Percayalah...Paeng jadi macam tu pun sebab hasutan kawan-kawan. Bukannya sebab diri dia sendiri yang terfikir nak buat macam tu. Sebab tulah bila awak masuk universiti dekat Kamboja tu dulu, awak boleh nampak sikap Paeng macam mana. Hanya dingin dan banyak diamkan diri."

"Jujur saya cakap sampai sekarang Paeng masih lagi terkesan dengan apa yang jadi. Dia cuba lupakan benda yang jadi tapi bila dia kenal dengan awak dan nama awak pulak kebetulan sama macam nama arwah, kejadian hitam tu datang balik dalam dirinya. Dia jadi tak confident, dia jadi takut kalau awak diapa-apakan Raish. Sebab tulah masa awak belajar dekat sana, dia selalu ada bila awak kena buli ataupun Raish cuba dekat dengan awak."

"Dia pernah cakap dekat saya yang dia buat semua tu untuk tebus balik semua kesalahan dia dekat arwah memandangkan nama awak dengan arwah sama. Nama arwah, Alisa Nur dan awak pulak Adara Alisa. Jadi, sebab tulah Paeng sangat care pasal awak. Tak lama lepas tu pulak Paeng jatuh hati dekat awak sebab perangai awak hampir sama dengan arwah walaupun tak sama hundred percent."

"Awak tokok tambah cerita je kan Haider? Awak nak sedapkan hati saya je kan sebenarnya walhal awak tahu hakikat sebenarnya bukan macam yang awak cakap?"

Kata-kata Alisa membuatkan Haider buntu seketika. Kenapa pulak tiba-tiba Alisa jadi macam ni? Walhal apa yang aku cakap tu betul belaka. Bukannya bohong.

"Lisa, saya berani sumpah dengan awak apa yang saya cakap tu semuanya betul. Saya tak reka cerita ataupun tambah-tokok cerita. Semua benda ni diceritakan Paeng dekat saya sendiri. Saya dengar sendiri dengan telinga saya. Lisa, awak janganlah ragu-ragu dengan Paeng ataupun awak tanam rasa tak percaya dekat Paeng sebab Paeng memang baik orangnya. Percayalah...tujuan dia kahwin dengan awak bukannya sebab awak ni macam arwah Alisa ke apa tapi sebab dia memang betul-betul sayangkan awak dan ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri dia. Percayalah apa yang saya cakap."

Bahaya kalau Alisa dah hilang percaya dekat Paeng. Tak pasal-pasal boleh bawak bergaduh nanti. Yang Raish pun satu hal! Kenapa suka cari pasal sangat eh? Punggung tu gatal kot kalau tak kacau hidup orang walaupun sehari.

"Saya tahu awak ragu-ragu sekarang tapi saya rasa better awak bercakap sendiri dengan Paeng dan bincang pasal benda ni elok-elok."

Alisa hanya mendiamkan diri. Fikirannya bercelaru. Otaknya blank nak proses maklumat sekarang.






"MACAM mana bro? Dia nak dengar tak apa yang kau terang dekat dia tadi?" Sumpah dia tak boleh duduk dari tadi lagi. Bukan tak boleh duduk atas kerusi. Maksudnya dia tak boleh nak duduk diam fikir pasal masalah ni.

"Aku pun tak tahu nak kata macam mana Paeng. Dari riak wajah Lisa tadi antara nak percaya tak percaya. Bahaya jugak weyh kalau dia tak percaya apa yang aku cakap tadi. Paling bahaya kalau dia hilang percaya dekat kau. Apa-apa pun kau kena contact dia jugak Paeng dan cakap benda yang betul."

Paeng mengeluh besar. Rambutnya diusap kasar ke belakang. Ya Allah...dugaan apa pulak sekarang?

"Thank you bro sebab dah tolong terang dekat dia tadi. Tak apalah, aku nak call Lisa pulak. Once again thanks."

"No problem bro."

Paeng memutuskan panggilan dengan Haider sebelum membuat panggilan kepada Alisa pula. Berdering namun tak diangkat. Ini mesti Alisa marah dengan aku. Allah...dia mencuba lagi tapi tetap sama. Tak diangkat.

Dia mencuba hantar chat kepada isterinya dengan harapan isterinya akan baca.

Paeng: Lisa...tolong angkat call? Aku ada benda penting nak bincang dengan kau. Please...kalau kau tak nak angkat call aku sekali pun at least tolong balas chat aku?

Chatnya dibaca oleh Alisa. Namun hanya ditinggalkan bluetick. Tak reply. Paeng mengeluh lagi.

Paeng: Lisa please...jangan buat aku macam ni? Aku tak nak kau salah faham terus dengan aku. Aku tahu Haider dah ceritakan semuanya dekat kau tapi aku tahu kau takkan semudah tu nak percaya. Sebab tulah aku call kau sebab aku nak explain semuanya dan kau dapat dengar sendiri dari mulut aku. Please Lisa...

Macam biasa...tetap bluetick tapi tak dibalas. Ya Allah...aku nak buat macam mana lagi ni? Call tak angkat chat tak reply.

Kemudiannya ada video call masuk dari Alisa. Laju saja dia angkat.

"Lisa!"

Niatnya nak cakap terbantut bila terpandangkan mata Alisa yang sembab seperti baru lepas menangis.

"Lisa...kau menangis?"

Pertanyaannya buatkan Alisa kembali menangis.

"Lisa...sorry. Please jangan menangis lagi. Ok, aku tahu aku bersalah dekat kau tapi tolonglah jangan menangis macam ni. Aku tak kuat tengok kau menangis sampai sembab macam tu sekali. Aku tahu aku salah. Aku mintak maaf..."

"Lisa...pleaselah percaya aku. Benda yang jadi tu hanya masa silam aku. Masa silam aku waktu aku masih jahil. Aku tahu susah kau nak terima tapi aku mintak dekat kau sekali je. Tolong percayakan aku."

"Saya tak tahu Paeng..."

"Aku tahu kau susah nak percayakan aku sekarang ni tapi aku nak kau ingat jugak. Kau tahu semua benda ni dari Raish. Kau sendiri pun tahukan yang Raish pun tak boleh dipercayai?"

"Tahu."

"Tak apalah Lisa. Aku tahu semua benda ni kau tak boleh nak terima dalam masa yang singkat. Aku faham. Take your time untuk adapt semua ni. Kau boleh call aku bila kau dah ready ok? Kau kena ingat...aku sayangkan kau sampai bila-bila."

Belum sempat dia cakap lebih lagi, Alisa terlebih dahulu end video call.

"Ya Allah..." Paeng hanya mampu mengeluh dalam hati. Nak paksa Alisa untuk percayakan dia pun tak boleh jugak. Nanti Alisa makin tak percayakan dia. Tapi kalau aku tak paksa, macam mana Alisa nak tahu kebenarannya?

Adara AlisaWhere stories live. Discover now