•Bab 7

377 38 1
                                    

Bunyi alarm telefon dimatikan. Sudah pukul sembilan pagi. Alisa bangun dari tempat tidurnya dan mengikat rambutnya seperti ekor kuda. Hujung minggu macam ni memang best kalau sambung tidur lepas seminggu waktu pengajian terasa berat dan mula terasa perih nak hadap assignment yang berlambak.

Jadi, bila masuk hujung minggu ni bebannya terasa kurang sedikit. Rasa aman. Dapatlah dia berehat dari segala timbunan assignment. Biasalah...bila dah masuk degree ni assignment dia memang hard sikit dari diploma.

Tok! Tok! Tok! Tumpuan Alisa beralih pada pintu biliknya. Aku baru je sedap mengeliat tup tup ada pulak yang datang ketuk pintu bilik. Dia bangun dan menuju ke pintu bilik. Pintu dibuka. Fatimah sedang berdiri di hadapannya.

"Ada apa Fatimah?"

"Hanan suruh tanya. Awak nak tak join kitaorang keluar hari ni. Jalan-jalan ambil angin."

"Jauh ke?"

"Bukannya nak ke mana pun. Just jalan-jalan tengok suasana je sambil naik kereta sewa. Hanan dah tempah kereta sewa semalam so dia yang akan drive. Nak ikut? Kalau nak ikut, Hanan suruh siap
sekarang."

Siap sekarang? Aku pun baru je terjaga dari tidur. Mandi pun tak lagi apatah gosok gigi. Dah tu sebelum nak bersiap-siap, kena gosok baju, tudung apa semua. Tu tak kira lagi tempek bedak dekat muka. Ambil masa jugak tu nak siap.

"Yelah. Saya ikut. Tapi, tunggu kejap ye? Saya bersiap memang agak lama." Dia tersengih.

"Tak apa. Hanan pun tak adalah kalut sangat nak pergi. Kitaorang boleh tunggu."

"Oklah macam tu. Saya pergi mandi dulu." Alisa kembali menutup pintu bilik dan menuju ke bilik mandi.

Apa salahnya kan kalau aku ikut diorang jalan-jalan. Semenjak aku sampai di sini, aku tak sempat nak jalan-jalan. Jadi, bila dah ada peluang ni, why not kan kita grab?




MADAM Srey menghampiri anaknya yang menikmati sarapan pagi di meja makan. Senyumannya dihadiahkan pada Paeng. Sejak anak sulungnya melangkah keluar dari rumah, suasana terasa sunyi tak seperti dulu. Kalau dulu, mereka selalu berbual tapi sejak anak sulungnya keluar, Paeng pun dah jarang nak bercakap dengan mereka. Dalam erti kata senang, mendiamkan diri.

Sungguh dia tak suka dengan keadaan yang sekarang. Disebabkan kesilapan mereka pada masa lampau akhirnya menjejaskan hubungan kekeluargaan. Sekarang ni kedudukan anak sulungnya di mana pun dia tak tahu. Dia tahu Paeng mesti tahu di mana abangnya sekarang tapi bila ditanya, jawapannya hanya tak tahu.

"Paeng nak pergi mana pagi-pagi ni?"

"Kejap lagi monk datang. Tak nak buat merit sekali?" Soalnya dalam nada yang agak memerli. Selama ni dia hanya buat sorang-sorang.

"Kenapa tak bagitahu mummy? Kalau tak, mummy boleh join Paeng sekali."

"Takkan mummy tak tahu hari ni monk akan datang?"

Agak tersentap Madam Srey dengan jawapan anaknya. "Mummy tahu tapi mummy tak tahu pulak Paeng nak buat merit hari ni. Kalau mummy tahu, mummy join sekali."

"Kalau Paeng tak buat, mummy takkan buatlah? Dahlah mummy...Paeng tahu dah berapa lama mummy tinggalkan semua tu sejak-sejak mummy and daddy busy. Paeng dengan abang je yang selalu buat. Jadi, mummy tak payah susahkan diri untuk buat semua tu."

Selepas menghabiskan sosejnya yang terakhir, Paeng bangun dari kerusi meja makan dan menuju ke ruang tamu. Makanan, minuman dan jambakan bunga kecil sudah disiapkan oleh maid pada pagi tadi.

"Madam nak makan sekarang ke?" Tanya salah seorang maid di situ.

"Boleh jugak."

Maid melangkah pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi pada Madam Srey.

Adara AlisaWhere stories live. Discover now