Bab 42

322 24 0
                                    

Tok! Tok! Tok! Pintu rumah diketuk dari luar. Alisa dan Ecah yang tadinya seronok bersembang di dapur sambil masak terus terhenti. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.

"Siapa pulak yang datang tu?" gumam Ecah.

"Mungkin abang courier kot? Aku ada beli barang online sebenarnya. Tak apalah...aku pergi tengok kejap. Kau tolong kacau sambal tu kejap," Alisa menuju ke biliknya lalu mencapai tudung sarung dan disarungkan ke kepalanya.

Dia menuju ke pintu lalu pintu rumah dibuka. Membuntang matanya memandang Raish yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya. Tangannya bingkas menutup pintu rumah namun ditahan dari luar oleh Raish.

"Lisa! Can we talk? Kejap je."

"Saya tak nak cakap apa-apa dengan awak. Saya mintak sangat awak balik. Awak nak apa lagi datang sini?!"

Tak sangka betul dia Raish berani muncul lagi di hadapannya. Ke sebenarnya dia tahu Paeng tak ada dekat sini? Sebab tulah dia berani datang?

"Lisa...kau ok tak?" Api dapur ditutup dan menyarungkan tudung sarung ke kepalanya yang tersangkut di kerusi meja makan dapur. Dia keluar dari dapur menuju ke arah Alisa.

"Hey kau!" Ecah berdiri di hadapan Alisa lalu memandang Raish dengan pandangan tajamnya. "Kau buat apa lagi datang sini?! Kau nak apa lagi dengan Lisa?! Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat dia?!"

"Aku datang sini sebab ada benda nak bagitahu dia."

"Nak bagitahu apa? Senang cerita sekarang ni semua urusan berkaitan dengan Lisa ada kaitan dengan aku jugak kalau Paeng tak ada dekat sini. Faham?"

"Ok...aku go through to the point." Raish membawa keluar telefonnya lalu gambar seorang perempuan bertudung dibuka dan ditunjukkan kepada Alisa dan Ecah.

"Apa motif kau tunjuk gambar perempuan ni dekat kitaorang? Kau kenal ke perempuan ni Lisa?" Alisa pula sekadar menggeleng.

"Sebab dia tak kenallah aku tunjuk."

"Motif?"

"Kalau kau nak tahu, inilah gambar perempuan yang pernah Paeng 'sentuh' dulu. Zaman waktu first time masuk universiti. Nama dia Alisa jugak. Bukan sekali dua je Paeng pernah 'sentuh' dia tapi berkali-kali. Perempuan ni sekarang dah tak ada kena langgar lari waktu cuba larikan diri dari Paeng."

"Awak tipukan Raish?" Alisa bersuara.

"Kenapa pulak aku nak kena tipu kau? Kalau kau tanya Haider pasal perempuan ni pun aku rasa dia tahu. Macam nilah...aku send gambar ni dekat whatsapp. Bagi nombor telefon kau."

"019-8765523," Ecah menyebut nombor telefonnya. "Itu nombor telefon aku. Apa-apa kau whatsapp aku. Jangan risau, nanti gambar tu aku forward dekat Lisa sendiri."

Raish sekadar menurut lalu save nombor telefon Ecah. "Nama kau?"

"Ecah."

"Ok. Done." Gambar tersebut dihantar kepada Ecah.

"Kenapa awak tiba-tiba bagitahu saya benda ni sekarang?"

"Aku nak kau tahu yang Paeng tak sebaik yang kau sangka. Tujuan dia kahwin dengan kau pun sebab nak tutup semua salah dia dan dia nak lupakan masa silam dia. Dia nak hilangkan semua rasa bersalah dia dekat Alisa."

"Ni je kan yang kau nak cakap? Dah! Kau boleh balik!" Pintu rumah ditutup lalu dikunci.

Ecah memandang Alisa yang matanya mula berair.

Adara AlisaWhere stories live. Discover now