•Bab 20

380 34 2
                                    

Salam terakhir diberi. Kedua-dua tangannya diangkat untuk berdoa pada yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Meminta segala dosanya diampun serta dosa ibu bapa serta adik-beradiknya turut diampunkan. Dia turut berdoa agar rezekinya dan rezeki keluarganya juga turut melimpah ruah.

Sudah setahun lebih dia tak pulang ke rumah. Bukan kerana dia marah tapi dia takut kalau kepulangannya tak diterima oleh mak dan ayah. Jadi, khabar mak dan ayah dia hanya tanya melalui Adam saja.
Dari Adam lah dia boleh tahu segala benda.
Sepanjang setahun ni jugak, alhamdulillah Allah permudahkan urusannya dalam segala benda. Kita bersangka baik dengan Allah dan Allah pun akan membantu kita dengan permudahkan segala urusan yang kita rasa sulit untuk hadap. Sejak aku datang KL dengan tujuan untuk mencari kerja, memang Allah tolong. Mungkin pada awalnya agak sukar untuk mendapatkan kerja tapi bila dah berusaha, rezeki untuk kerja muncul.

Walaupun kerja aku hanyalah biasa-biasa tapi aku dah bersyukur sangat bila dapat kerja. Sekurang-kurangnya rasa happy bila dapat hasil duit sendiri. Aku hanya jadi pelayan di sebuah restoran. Memang lari terus dari bidang yang aku belajar selama ni tapi tak apalah. Aku dah anggap memang ini rezeki yang Allah dah tetapkan untuk aku.

Habis saja berdoa, matanya memandang ke arah jam loceng. Baru enam setengah pagi. Awal lagi ni kalau aku nak bersiap-siap pergi kerja. Ada baiknya aku turun buat sarapan. Telekung dibuka dan dilipat bersama dengan sejadah dan diletakkan ke tempatnya kembali.

Dia turun ke dapur dan membuka peti ais. Fikir nak masak apa untuk sarapan pagi. Rasanya better buat mi goreng basah. Uish! Sedap jugak tu! Alisa mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak mi goreng basah.

Mi goreng basah yang sudah siap dimasak dihidangkan ke atas meja makan. Jam dikerling. Baru tujuh pagi. Krukkk...perutnya dah pun berbunyi. Hehehe lapar pulak. Yelah...bau aroma mi goreng basah ni buatkan dia lapar walaupun diri sendiri yang masak.

"Amboi! Awalnya masak!" Ecah turun dan menghampirinya di meja makan.

"Yelah. Aku lapar sebab tulah aku masak. Kau nak makan sekali?"

"Boleh jugak." Ecah menarik kerusi lalu duduk. Pinggan yang diserahkan Alisa diambil dan mencedok mi goreng basah ke atas pinggannya.

"Oh ya Lisa...kau dengan kawan kau nama Paeng dekat Kamboja tu still contact lagi ke?"

"Jarang dah Cah. Yelah...dia nak kena fokus belajar lagi. Aku tak naklah kacau dia. Aku tak nak aku punca kepada dia hilang fokus."

"Oh..." Ecah menyuap mi ke dalam mulutnya.

"Kenapa kau tanya?"

"Tak ada apa lah. Sajalah tanya sebab dah lama aku tengok kau tak cakap telefon dengan dia."

"Biasalah. Aku pun dengan kerja aku lagi so tak sempatlah nak contact. Tapi dengan Hanan dan Fatimah aku contact je sebab diorang selalu chat aku tanya itu ini. Risau sangat."

"Yelah...kalau aku jadi diorang pun aku risau tahu? Haih!"

Ecah memandang Alisa. Dalam diam-diam hatinya tersenyum riang. Dia senang hati bila ada yang risaukan pasal Alisa. Alisa kawan yang baik dan hanya orang gila saja yang tak suka berkawan dengan dia. Alisa takkan cari pasal kalau orang tak cari pasal dengan dia. Tapi, apa yang paling buat hatinya senang kini Alisa dah kembali boleh senyum berbanding dengan dulu. Muka monyok...murung...kadang-kadang menangis tiba-tiba.

Aku pun nak tengok muka lelaki yang dah kucar-kacirkan hidup Alisa. Kalau dia rasa dia hebat buat hidup Alisa punah macam ni, datanglah berdepan dengan aku. Mahu kena penumbuk aku ni bersepai gigi kau dibuatnya! Jangan main-main dengan aku.








Adara AlisaWhere stories live. Discover now