BAB 23

4.1K 69 0
                                    

Isya POV

"Madam??", terheran heran aku apabila mendengar perkataan itu.

"Cukuplah ada dua orang jahat kat sini. Nak tambah lagi ke??", mengeluh aku disitu.

Skip

Krokkkkkk!! Perutku berbunyi kencang.

"Aduh lapar la. Takde orang nak bagi aku makan ke?? Ke diorang dah tak ingat dekat aku kat bilik ni??", berdialog aku seorang diri.

"Nak keluar ke tak?? Kalau tak keluar nanti perut lapar tapi kalau keluar terserempak dengan Ris macam mana pulak. Arggghhh stress aku kalau macam ni.", aku berbicara dengan diri sendiri.

Aku cuba memberanikan diri lalu membuka pintu bilik. Jangankan melangkah keluar, pintu bilik sahaja ditahan daripada dibuka luas kerana dikawal ketat oleh bodyguard disitu.

"Kenapa kau keluar?", soal bodyguard disitu.

"Saya lapar.", jawabku kepada bodyguard tersebut dan tidak lupa berserta riak muka comel.

"Tunggu sekejap. Kejap lagi makanan kau sampai.", sambung bodyguard tersebut.

"Bos tak benarkan kau keluar sepanjang dia takde kat sini.", sambungnya lagi.

Aku hanya mengiyakan lalu masuk semula ke dalam kamarku itu.

"Raz takde. Raz pergi mana? Siapa madam tu?", hatiku berbicara.

Tidak lama kemudian pintu bilik aku diketuk.

"Cik Isya", namaku diseru tatkala pintu itu diketuk.

Aku pun melangkah ke arah pintu lalu membuka dengan menarik tombol pintu tersebut.

"Ini makanan untuk Cik Isya.", kata seorang perempuan pembawa makanan itu sementara dulang berisi makanan itu dihulur kepadaku.

Tanpa berlengah aku terus membuka penutup makanan tersebut.

"Terima kasih.", kataku kepada perempuan tersebut.

"Wah nampak sedap la", gumam ku seorang diri.

Tanpa basa basi aku terus menyuap makanan yang kelihatan enak itu kedalam mulut.

"Wah sedapnya.", puji aku apabila makanan yang disuap itu ditelan.

"Tapi kenapa rasa tak sedap hati dengan makanan ni? Mungkin perasaan aku je kut.", aku cuba berfikiran positif.

Hampir separuh pinggan aku menjamah makanan tersebut, ternyata yang kuduga tadi menjadi kenyataan. Tak lain dan tidak bukan terdapat kacang di dalam makanan itu. Fikiran ku melayang apabila melihat kacang yang dikisar didalam makanan ku itu. Hampir luruh jantungku dan ditambah pula dengan gementar.

"Macam mana aku boleh tak nampak kacang ni? It's okay Isya. Fuh tenang tenang. Tak de apa apa akan jadi. Tenang tenang.", aku berusaha menenangkan diri sendiri supaya tidak gelisah.

Tiba tiba pernafasan ku tersekat tatkala aku cuba bernafas. Tekak ku terasa sakit ditambah pula dengan badanku terasa gatal yang luar biasa.

"Tolong!!", jeritku. Walaupun suara ku kian hilang aku tetap berusaha untuk meminta bantuan.

Aku cuba melangkah ke arah pintu bilik. Belum sempat aku sampai ke destinasi aku tersembam ke lantai akibat sudah tiada daya untuk berjalan. Aku cuba mengheret diri ke arah pintu walaupun daya yang tinggal hanyalah seperti ikan di daratan.

"To..long!! Bu...kaa pintu!", jeritku perlahan dengan nafas yang tidak dapat diatur sambil pintu ku ketuk perlahan.

Namun tiada suara dari luar. Dengan nafas yang tidak teratur ini, mataku hampir kelabu. Aku benar benar berasa seperti ini adalah hari terakhir aku.

"Razz..", jeritanku yang terakhir sambil pintu di ketuk. Dan semua penglihatanku menjadi gelap.

Raz POV

"Tuan saya ada dengar orang ketuk pintu dalam bilik cik Isya.", kata seorang pembantu rumahku sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke rumahku.

Otakku hanya mengatakan Ris yang menggangu Isya tapi ternyata ia diluar sangkaan ku.

"Isya..!!", terkejutku apabila melihat Isya terbaring diatas lantai seraya aku membuka pintu bilik.

"Isya, kau kenapa ni??", aku bertambah panik apabila melihat keadaan Isya yang pucat itu.

"Call doktor sekarang. Cepat!!!", arahku kepada bodyguard yang ada disitu.




bersambung...

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now