BAB 25

4.1K 62 2
                                    

"Dah lama ke sampai nenda? Sorry lambat nenda. Zack ada hal tadi.", aku menyapa nenda yang sedang duduk di meja makan.

"Lama dah sampai. Banyak sungguh hal Zakuan sekarang, sampai nak jumpa nenda pun tak sempat.", nenda memerliku. Aku hanya mengukirkan senyuman.

"Mari sini jap Zakuan.", sambung nenda lagi. Aku pun terus duduk berhadapan nenda di meja makan.

"Kenapa nenda?", soal ku sebaik sahaja punggungku dilabuhkan diatas kerusi.

"Zakuan nak makan?", soal nenda kembali.

"Nenda jangan la panggil Zakuan. Nama tu baik sangat la. Tak sesuai dengan Harraz.", balas ku.

"Sapa lagi yang nenda nak panggil Zakuan kalau bukan cucu nenda sorang ni. Harris!! Hmm lambat lagi nenda nak panggil nama tu. Tak hirau dia bila nenda panggil dia Zakuan.", jawab nenda.

"Yela nenda. Zakuan pon boleh la.", aku pon hanya menyetujui hasrat nenda.

"Macam ni la cucu nenda. Zakuan dah ada calon ke?", soal nenda kepadaku.

"Calon apa pulak ni?", soalku kembali seraya menghirup secangkir teh vanilla.

"Alah Zakuan ni buat buat tak tahu pulak. Calon isteri la.", jawab nenda selamba.

Tersedak aku dibuatnya apabila mendengar perkataan "calon isteri" itu.

"Ish ish Zakuan. Minum tu hati hati. Panas tu.", terkejut nenda apabila melihat ku tersedak.

"Nenda, Zakuan taknak kahwin lagi la.", tuturku.

"Zakuan. Zakuan tu bukan muda lagi, dah besar panjang dah. Umur tu dah boleh kahwin dah. Nenda pon teringin nak merasa ada cicit. Kawan kawan nenda semua dah ada, nenda je takde lagi.", nenda cuba meraih simpati dariku. Cuba memujuk menggunakan ayat ayat sedih.

"Nenda suruh la Ris kahwin dulu. Lagipun dia banyak calon tu. Lagi banyak la nenda dapat cicit dari dia.", aku cuba menghindarkan diri.

"Zakuan yang abang ke Ris yang abang sekarang ni. Zakuan ni kalau nenda cakap pasal kahwin mesti nak lari kan.", kata nenda.

"Bukan apa nenda. Zakuan tak bersedia lagi nak jadi seorang suami dan seorang ayah.", jawabku untuk menyenangkan hati nenda.

"Baiklah kalau macam tu. Nenda takkan paksa Zakuan.", jawab nenda kembali.

"Sebab ni Zakuan sayang dekat nenda ni.", kataku sambil tersenyum kearah nenda.

Skip

Isya POV

"Hmm bosan la asyik terperuk dalam bilik ni. Lapar pulak tu.", aku terkenang nasibku sendiri di dalam bilik yang kosong ini.

"Kalau aku keluar ni mesti ada bodyguard yang sekat. Tapi takpe aku cuba je keluar.", sambungku lagi.

Aku terus bangun dari penjuru katil itu, lalu berjalan kearah pintu. Aku cuba memberanikan diri membuka pintu bilik. Tapi ternyata tiada pengawal yang berada disitu. Aku terus mengambil kesempatan melangkah keluar dari bilik itu.

"Aduh.", perkataan itu terkeluar dari mulutku apabila kepalaku terlanggar dada seorang. Aku cuba mendongakkan kepala ku. Dan ternyata dia adalah Raz.

"Kau nak pergi mana?", tanya Raz apabila aku mendongakkan kepalaku.

"Mana ada saya pergi mana mana.", balasku.

"Habistu kenapa keluar?", soal Raz lagi.

"Ermm saya..", ayatku dipotong oleh seorang perempuan warga emas.

"Eh siapa pulak ni?? Ni mesti si Ris yang bawak balik rumah kan. Tak serik serik.", ujar perempuan itu.

"Kali ni betul bukan Ris nenda. Tapi abang Zack yang bawak balik.", kata Ris yang tiba tiba terdengar perbualan perempuan itu.

"Betul ke Zakuan? Tadi cakap dekat nenda tak bersedia lagi. Sekarang lebih dari sedia je nenda tengok.", balas perempuan itu lagi.

"Nenda??", suara hatiku berbunyi. Aku hanya diam melihat drama yang dimainkan secara langsung dihadapanku.

"Ris kau ni kan.", Raz memarahi Ris.

"Apa betul la kan apa aku cakap.", Ris menjawab.

Raz POV

"Dah dah jangan nak gaduh dekat sini.", nenda cuba meleraikan pergaduhan aku dan Ris.

Tiba tiba nenda menarik tangan Isya yang berada disampingku.

"Siapa nama?", soal nenda sebaik sahaja tangan Isya dilepaskan. Isya melihatku. Aku hanya mengjongketkan kening kepada Isya.

"Nama saya Tengku Isya Amani.", jawab Isya.

"Nama dia secantik orangnya.", puji nenda.

"Umur berapa?", soal nenda lagi.

"20 tahun.", jawab Isya lagi.

"Dah berpunya ke?", soal nenda lagi.

"Ermm..", belum sempat Isya menjawab, aku memotong ayatnya.
"Nenda!! Drebar nenda dah sampai. Dah jom Zakuan hantar nenda pergi ke kereta.", aku terus menarik perlahan tangan nenda pergi dari situ.

"Kau masuk dalam bilik.", bisikku ke telinga Isya sebelum membawa nenda pergi dari situ.

bersambung...


KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now