BAB 4

12.8K 141 0
                                    

Raz POV

Aku membuka blazer lalu menyaluti badannya yang kian menyejuk itu.

                                            **

"Saya tak ambil hati pun tentang tadi. So awak jangan la risau. Okay.",kata kata dengan nada lembut itu membuatkan kepala ku yang tertunduk mendongak ke wajah Raz yang silu. Namun kata katanya tadi tidak mampu ku balas. Entah kenapa tiba tiba peti suaraku seperti dikunci ketat.

"Mari saya hantarkan awak ke bilik.",tanganku yang sejuk dia genggam dengan erat sambil menarik ku masuk ke dalam rumah.

Sentuhan jemarinya membuat nafasku seakan akan terhenti. Genggaman tangannya yang hangat membuat diriku selasa dengan aktiviti itu. Senyuman di bibir ku pun kian terukir tanpa ku sedari. Tarikannya membuat langkah ku kian terhasil. Satu demi satu langkah kubuat sehingga ke pintu utama.

Langkah kami terhenti apabila pertembungan kami dengan Papa. Genggaman yang diciptanya turut diuraikan.

Kenapa ni Isya??... soal Papa dengan nada tinggi.

Tak ada apa. Kenapa Papa tanya??... aku menjawab dengan lancar untuk mengelakkan timbul keraguan oleh Papa.

Kenapa blazer Harraz ada dekat Isya??... soal Papa lagi sambil jari telunjuk nya ditunding kearah blazer Raz

Raz cuba bersuara tapi genggaman tanganku dari arah belakang menghentikan pengakuannya.

"Isya yang minta tadi dekat dia... Tiba tiba tadi rasa sejuk... " aku menyambung persoalan Papa sebaik sahaja aku menghentikan aktiviti Raz.

Ok. Dah pergi masuk bilik and siap cepat. Kita pergi makan malam sama sama harini... , kata Papa kepadaku tanpa mengesyaki apa apa lalu berlalu pergi ke arah sofa.

Aku pun melanjutkan perjalanan ke arah lift dengan meninggalkan Raz disana yang masih terhenti sejak tangannya ku pegang tadi. Masuknya aku ke bilik, blazer Raz yang ku pegang tadi dipeluk ketat oleh ku sebelum di sangkut dengan rapi di dalam almari. Melihat blazer yang disangkut itu senyuman mula terpancar tanpa ku sedari. Aku menampar nampar pipi ku untuk menyedarkan diri ini dan mula mengorak langkah masuk ke bilik air.

Aku rasa aku sudah mulai memendam rasa terhadapnya.. suara hatiku berbicara.

**

Tepat pukul 8 malam aku pun turun dengan gaun yang hanya bersantai santai yang sesuai dengan jamuan makan malam.

Isya sayang... Papa memanggil ku.

Ya Papa.... aku pun menyahut panggilan itu.

Isya pergi dulu dengan Harraz kejap lagi Papa sampai. Hati hati tau..  Papa berbicara lagi.

Ok Papa... aku pun terus menuju ke pintu utama.

Raz telah pun menunggu di hadapan pintu kereta dengan kemeja biasa yang tidak langsung mencacatkan rupa parasnya. Mataku langsung tidak berkebil melihatnya yang agak tampan.

Raz POV

Harraz tolong jaga anak saya baik baik. Nanti saya sampai sana... Dato' Zariff berkata dengan nada yang tegas.

Baiklah Dato'... aku pun hanya menuruti perintahnya lalu mengiringi Isya masuk ke dalam kereta.

Dalam perjalanan itu, hanya nafas sahaja yang berbicara tanpa ada gangguan sehinggalah Isya berbicara.

Awak...!!  Isya memulakan perbicaraan.

Ya saya.. Kenapa ni..??  Aku terus membalas kata katanya itu.

Erm kalau awak seorang perempuan apa yang awak buat kalau awak sukakan seseorang..!!   satu soalan yang tidak pernah ku terfikirkan langsung itu muncul dalam pertanyaan Isya.

Ok kita dah sampai..   soalan yang ditanya Isya itu ku abaikan lalu mematikan enjin kereta dan turun membuka pintu buat Isya. Aku mengiringinya masuk ke dalam restoran dan memastikan keselamatannya.

Isya POV

Belum sempat aku duduk di kerusi Papa menghantar mesej kepada ku.

Honey, Papa minta maaf Papa tak jadi nak pergi. Papa kena outstation seminggu. So take care dekat rumah yer.. I love..

Riak muka yang mulanya gembira kini bertukar layu. Aku pun terus menarik tangan Raz yang berada disitu dan membawanya keluar dari restoran itu.

Kenapa ni awak???..  soal Raz dengan perbuatan aku sebentar tadi. Aku hanya berdiam.

Awak.. awak..!!! Please answer my question...  Raz mengasak asak diriku dengan melemparkan  pertanyaan yang bertubi tubi.

Dia menguraikan dan melepaskan pegangan tangan yang dibuat dan menghentikan pergerakan ku. Air mataku yang bertakung di mata kini dialirkan ke pipi dengan masa yang sama hujan merintik mulai turun.

"Isya jom masuk dalam cepat hujan ni.. Kejap lagi Dato' Zariff datang di marah kan saya sebab tak jaga awak...." perintah Raz kepada ku.

Aku memalingkan muka kepadanya yang dipenuhi titisan air mata.

"Papa tak datang pon.. Dia tipu.. Dia bohong.. Dia selalu cakap macam tu...." nada tinggi ini dilepaskan oleh ku terhadap Raz.

Raz yang terkejut melihat ku seperti itu terus memelukku dengan erat untuk menenangkan diriku. Aku menolak Raz supaya menjauhi yang dengan tangan ku. Tapi pelukan eratnya tidak mampu ku patahkan yang aku mampu hanya memukul mukul dadanya untuk membuktikan rasa marah pada Papa yang banyak. Dalam pelukan Raz yang hangat itu hujan pun mulai turun dengan lebat. Pelukan kami direstui hujan sehingga baju kami menjadi basah kuyup.

bersambung...

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now