BAB 14

8.6K 93 2
                                    

Tanpa Raz berlengah aku terus mengangkat Isya yang dalam keadaan mabuk dengan paksaan.

"Lepaslahhhh...", Isya mula memberontak sambil memukul mukul dadaku apabila aku menggendongnya dalam pelukan ku. Walaupun begitu aku terus dengan aktiviti ku dengan menggendong Isya.

Suasana tanpa gangguan dirumah kini menjadi riuh dengan suara Isya yang memekik kearah ku. Dari pintu utama hingga ke hadapan pintu bilik, Isya tidak henti meroyan seperti orang gila. Aku terus masuk kedalam bilik Isya dan tanpa berlengah meletakkan Isya diatas katil dengan selesa.

Tetapi lengan kecil Isya masih tidak melepaskan leherku malah kini kian dieratkan lagi pelukannya. Aku cuba menguraikan pegangannya tapi dia malah menarikku sehingga bibir kami hampir bersentuhan.

"Stay here please!!", ujar Isya yang dalam keadaan mabuk itu.

Tanpa berlengah aku terus melepaskan eratan tangannya lalu selimut ditarik menutupi badan Isya sehingga ke paras leher. Dan perlahan lahan aku mengorak langkah keluar dari bilik Isya.

Isya POV

Cahaya mentari mula menyinari bilikku dan mula menusuk kearah mataku sehingga membuat aku terjaga dari beraduku. Kepala ku juga berdenyut denyut mungkin kerana alkohol semalam. Tidak ku ingati entah apa yang berlaku semalam sehingga pabila ku sedar aku sudah di kamarku.

Tubuhku masih mengenakan mini dress merah hati yang semalam. Kini aku perlahan lahan mula menuruni tangga dengan muka yang sembam dan ditambah pula dengan rambut yang kusut masai. Belum habis aku menuruni anak tangga, kedengaran gelak ketawa lelaki. Aku masih tertanya tanya tentang suara ketawa itu. Langsung aku menghabiskan anak tangga untuk melihat gerangannya itu.

"Isya dah bangun. Mari breakfast sekali. Akmar pun ada ni!!!", aku ditegur Papa sebaik sahaja Papa melihat kelibatku di tangga.

"Jom la Isya!!", Akmar turut menegurku.

"No, thanks... Mana Raz.", dengan selamba aku membalas dan terus menukar topik. Kini aku mula berlegar legar mencari kelibat Raz yang kurindui.

"Razz! Raz!!", nama Raz kini mula ku panggil di sekitar kolam renang belakang rumah.

"Yer.. awak cari saya??", sahut Raz yang datang dari arah belakangku.

"Ye.. Saya cari awak dari tadi.. Awak pergi mane?? Saya pusing satu rumah cari awak.", aku memulakan leteran terhadap Raz.

"Saya baru je sampai sini", Raz menjawab sepatah.

"Awak pergi mane??", soal aku.

"Awak tidur mane?? ', sambung ku lagi.

"Erm..mm.. saya balik rumah saye la.", jawab Raz.

"Kenapa tak tidur sini? Papa dah bagi awak bilik kan.", soal ku lagi selepas soalan tadi dijawab.

"Macam Detektif pula awak ni. Saya balik sebab saya ambil baju saya je.", jawab Raz lagi.

"Tak la.. Saya cuma takut awak tinggalkan saya. Saya tak de siapa dah selain Papa and awak.", aku mengeluarkan intipati hatiku kepada Raz.

"Jangan la risau. Saya takkan tinggalkan awak.", Raz berkata sambil menggosok kepalaku.

Raz POV

"Awak dah mandi?? Breakfast??", soal aku kepada Isya yang kelihatan kusut masai di situ.

"hehe... Tak lagi..", Isya menjawab sambil berketawa malu.

"Ishh ish.. pergi cepat mandi..", kataku kepada Isya.

"Kalau saya taknak!!", Isya mula berdegil manja.

"Kalau awak tak nak mandi saya tak nak kawan dengan awak.", balas ku kepadanya.

"Ok ok.. Saya mandi sekarang. eeee mana aci ugut orang..", Isya mula mencebik.

"hehe.. dah cepat pergi mandi.", aku menyuruh lagi selepas berketawa kecil kepada Isya.

Isya mula mengorak langkah masuk kedalam rumah.


bersambung...

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now