"Papa! Papa! Isya nak pergi taman boleh tak? Lama dah papa tak bawa Isya pergi taman.", aku membebel pada Dato' Zarif dengan nada manja.
"Isya, papa busy la harini. Isya pergi sendiri boleh? Nanti papa suruh bodyguard temankan Isya.", Dato' Zarif cuba memujuk anak manjanya dengan baik.
"Papa ni!! Sikit sikit busy.", aku mula mengomel seorang diri. "Isya nak pergi dengan papa. Tak seronok la pergi dengan orang yang sama.", sambung aku lagi.
"Haa! Tula Isya tak tahu, papa ada ambil bodyguard baru. Papa tahu Isya bosan dengan orang yang sama, so kali ni mesti Isya suka.", Dato' Zarif menyambung perbualan.
"Hmm??? Siapa??? Orang baru??? Mana???", aku bertanya kepada Dato' Zarif bertalu talu.
"Isya pergi siap dulu nanti dia tunggu dekat kereta.",Dato' Zarif
Tanpa berlengah aku berlari bergegas ke lif untuk naik ke kamarku untuk bersiap. Selepas 15 minit bersiap aku pun turun ke bawah dan mencari bodyguard baharu itu.
"Papa mana dia takde pon. Papa tipu ehh." aku mula mencebik. "Ada dekat depan pintu kereta dah. Isya la lama sangat siap kalah pengantin siap pun." Dato' Zarif cuba memerli Isya.
"Aaaaa!! Papa ni saja kan." aku menarik muka masam. "Dah dah papa main main je. Nah buat belanja untuk Isya." Dato' Zarif memujuk Isya sambil menghulur sekeping kad kredit berwarna gold.
"Thanks papa. Bye, Isya pergi dulu" aku mengambil kad tersebut lalu terus berlari ke kereta Alphard putih di hadapan pintu utama dengan heels ku yang berwarna koko pudar.
🚪
'Tengku Isya' seseorang menyapa di hadapan pintu utama.
Dia memakai blazer hitam dan berslack hitam seperti bodyguard ku yang lain. Tetapi kelihatan dia lebih menarik dari yang lain. Dengan ketinggiannya yang lampai membuatku terus memandang kearah matanya yang berwarna coklat terang. Sekali dipandang pasti terjatuh hati.
"Ye saya." aku membalas sapaan tersebut dengan slamba lalu masuk kedalam kereta setelah pintu terbuka.
Mataku tak henti henti melihat dirinya yang duduk di seat hadapan sebelah pemandu. Boleh dikatakan aku hanya melihat dia sewaktu perjalanan itu.
"Tengku kita dah sampai.", drebar ku menyentak penglihatan ku. " Ouh. ok jom turun.", aku pun terus membalas dengan aksi sedikit terkejut.
Pintu kereta terbuka dan aku pun turun apabila bodyguard baharu itu sudah di hadapan pintu.
"Kita dekat taman je kut. Perlu ker awak pakai baju full macam ni.", soal aku kepadanya. "By the way, what's your name man??", soal aku lagi padanya.
"Erm, ini peraturan sebagai bodyguard. Berpakaian kemas semasa menjalankan tugas.", dia menjawab soalan aku dengan tenang. "Hey new man, i ask you what's your name??", aku mengulang semula soalan kepadanya.
"Nama saya Harraz Zakuan. Boleh panggil Raz jer", soalan ku akhirnya terjawab.
"Saya Isya Amani. Panggil Isya jer.", aku mula memperkenalkan diri walaupun dia sudah tahu. "Erm jom kita naik 'flying fox'. Lama betul saya tak naik tu.", aku mula beramah mesra dengannya walaupun baru 5 saat berkenalan.
"Baik Tengku Isya", dia pun akur dan menerima pelawaan aku. "Eh sekejap. Kan saya dah kata panggil saya Isya jer.", aku mula mencebik muka. "M.. m.. Maaf Tengku Isya... Eh tak tak. Maaf Isya saya dah terbiasa panggil Tengku.", dia meminta maaf dengan tergagap gagap.
"Takpe. Kita guna informal je bila berdua kalau dengan papa awak formal tau. Nanti tak pasal pasal awak yang kena marah.", aku memberitahunya dengan baik.
"Baik awak.", Raz menjawab dengan spontan sambil mengangguk.
Kami berdua pun berjalan santai ke tempat pembelian tiket 'flying fox' yang akan dinaiki kami berdua.
haha 600 word ja. tunggu tau sambungan dia. Ni baru nak buat cerita baru. kalau korang suka boleh komen dan vote sekali tau. cerita ni dia slow update sebab author nak tulis story satu lagi jugak. so sabar eih.
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...