Aku mengetuk pintu bilik Isya untuk bersarapan. Tapi tiada sahutan darinya malah hanya diam sepi tanpa suara. Entah apa yang berlaku. Jam sudah pukul 8.30 pagi, mustahil Isya masih belum bangun dari tidur. Aku mula mencari kunci pendua untuk membuka pintu bilik Isya yang berkunci. Takut juga aku dibuatnya apabila pintu tidak dibuka walaupun sudah diketuk lama.
Pintu ku buka dan terlihat seluruh susuk tubuh Isya sedang terbaring diatas katil dan dilitupi dengan selimut. "Isya bangun cepat. Jom sarapan.", aku bersuara sebaik sahaja melihat Isya yang masih di atas katil. Namun tiada suara yang berbalas. "Isya!!", aku bersuara lagi. Namun masih tiada jawapan yang ku dapati.
Aku mengalih selimutnya sedikit pada bahagian kepala untuk melihat keadaannya. Matanya ditutup rapat dan bibirnya juga kelihatan pucat apabila selimut itu aku alihkan darinya. "Are you okay??", soalku sebaik sahaja melihat Isya dalam keadaan begitu. Dahinya dikerut dan tangannya cuba menarik kembali selimut yang ku alih tadi. Tapi aku tahan perlakuannya. Dahinya ku sentuh begitu juga pipi nya. "Panasnya..!!", terkejutku apabila mukanya ku sentuh. "Jangan la pegang pegang.. sejuk la.", Isya mula bersuara dengan suaranya yang kedengaran serak sambil mengalihkan tanganku yang berada di atas dahinya.
Isya POV
Ris terus membangunkan dirinya dan membuka almari yang berada di bilik ini. Di tangannya memegang sebuah kotak putih dan mengeluarkan sesuatu dari kotak itu.
"Mari sini aku check suhu badan kau dulu.", kata Ris sebaik sahaja datang di sebelah ku. Rambut ku dileretkan hingga kebelakang telinga dengan jari jemari manis Ris. Alat pengukur suhu mula dimasukkan di dalam lubang telinga kanan ku. Aku hanya mengikut gerak gerinya tanpa degilan. "What??? 39°C !! So high.", Ris bersuara lagi apabila alat pengukur suhu itu menunjukkan bacaan.
"Jom pergi hospital. I think you are sick now..", kata Ris dengan kelam kabut.
"Saya... penat.. saya..taknak pergi..", balasku apabila di cuba menarik tangan ku untuk bangun dari baring.
"No!! you have to come with me nowww.", ujar Ris lagi.
"Please don't push me.", ujarku kembali kepadanya.
"Please jangan degil kali ni!!", pinta Ris. Aku hanya menggeleng dan selimut ditutup kembali seluruh muka.
"Ok fine. Kalau sakit kau makin teruk jangan nak salahkan aku or minta aku jaga kau.", ugut Ris terhadap aku. Malah ugutan itu hanya didengari dan tiada sebarang jawab balas.
"Lantak kau la.", ujar Ris dengan nada bengang dan bengis. Dan kedengaran bunyi tapak kaki nya mula berjalan keluar bilik dan pintu bilik dibuka dan dihempas kuat.
"Papa, i miss you so much. Raz bile awak nak datang sini. Saya tak nak duduk sini dah. Saya tak suka duduk sini. Saya nak balik.", desis hatiku sambil mataku mengalirkan air mata dengan spontan.
Ris POV
Sudah jam 1 petang. Dari pagi tadi hingga sekarang bilik Isya masih belum ku jejak. Tapi aku juga manusia tidak sampai hati melihat keadaannya begitu tapi apakan daya Isya amat degil dan tidak menurut kata. Aku cuba menurunkan ego ku dan mula mengetuk pintu bilik Isya dan membawa semangkuk nasi air di atas dulang bersama segelas air putih.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Isya ku ketuk perlahan.Lalu pintu terus ku buka dan perlahan lahan melangkah masuk. "Isya, bangun aku bawakan makanan ni.", panggil ku dengan lemah lembut. "Mari makan!", pelawa ku sambil makanan itu diletakkan diatas meja kecil. "Cepat la.. kau dati tadi tak makan apa apa.", sambungku lagi. Selimutnya ku tarik dari badannya.
"Saya tak nak makan.", ujar Isya sebaik sahaja selimut itu ku tarik.
"No. You have to eat. Cepat aku suapkan.", aku bersuara sambil sudu berisi bubur itu ku cuba halakan kearah mulut Isya.
"Saya tak nak makan. Saya tak nak kena suap. Saya tak nak duduk sini. Saya nak balik sekarang.", tengking Isya dengan bertubi tubi selepas menepis sudu itu dengan tangannya.
"Please hantar saya balik.", rayu Isya dan air matanya juga turut berkata kata dalam rayuannya.
"No. I can't do that.", kataku sambil kepala ku dipaling ke arah lain mengelak pandangan Isya.
"Please Ris. I miss my papa. I miss my home. I miss my Raz.", ujar Isya lagi sambil lenganku dia pegang dan merayu. Aku terkedu. Air matanya juga memainkan peranan. Aku tiada jawapan untuk soalan lalu terus beredar keluar dari bilik itu.
Sebaik sahaja aku keluar dari bilik itu, tanganku terus mengapai telefon ku di dalam poket dan membuat panggilan.
"Abang. Please! aku dah tak mampu jaga dia. Aku tak tahan tengok dia. Aku nak kau ambil dia sekarang.", ujarku sebaik sahaja panggilan disambung.
"Why kenapa diam?? Woi. Cakapla.. Zack...", jerit ku lagi pabila tiada suara yang dilaungkan.
"Kau ni. Aku suruh kau jaga kejap jer kau dah tak mampu la apa la.", Zack bersuara.
"Kau faham tak sekarang ni dia sakit. Dia tak nak orang lain. Aku risau dia tak nak makan dari tadi.", kataku kepada Zack.
"Lantak dialah.. yang kau nak risau kenapa??", Zack dengan slamba menjawab.
"Sekarang ni kau nak ambil di ke tak?? Kalau kau tak nak ambil, aku yang akan hantar dia balik.", aku cuba bertegas dengan Zack.
"Ris kau jangan sampai aku.....", belum sempat Zack menghabiskan ayatnya aku terus memutuskan panggilan serta menghentikan perbualan kami.
Isya POV
Pintu bilik ku kini dibuka lagi oleh Ris. "Kau betul betul nak balik.", soal Ris kepada ku sebaik sahaja dia berada di hadapan ku. Aku mengangguk dengan laju selantas soalan itu diungkap.
"Bye see you next time.", bisik Ris di telingaku dan tangannya juga turut menekup hidungku dengan kain sehingga aku berasa pening dan segalanya menjadi gelap.
"Sabar kita dah nak sampai.", aku terdengar Ris bersuara ketika aku dalam separa sedar di atas kereta.
Pabila aku tersedar Papa dan Raz sudah berada di sebelah katilku.
"Honey papa dah bangun. Isya okay?? Harraz call a doctor.", kedengaran suara Papa dalam samar samar sebelum semuanya menjadi gelap kembali.
bersambung...
Isya okay kerr?? Macam mana Isya boleh ada dekat rumah Papa ni?? Mana Ris? Ok nak tahu kenala tunggu next chapter yee..
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...