Isya POV
Tidak hanya aku yang bingung, riak muka Raz juga berubah apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut papa. Muka Raz yang tadi bak bunga yang mekar sekarang sudah menjadi seperti bunga yang layu.
"Apeni papa.", balasku yang semakin keliru dengan kata kata papa.
"Kenapa Isya? Ada yang tak kena ke?", tanya papa dengan muka naifnya.
"Isya taknak kawin dengan Akmar.", bentakku.
"Why?", soal papa.
"I don't love him. Please don't force me to marry him.", jawabku sambil menahan air mata. Raz hanya melihat perang mulut antara anak ayah ini.
"But Isya..", ayat papa ku potong.
"Isya taknak. Titik..", bentakku lalu beredar pergi dari situ.
"Isyaa... Isya..", panggilan papa ku hiraukan sambil berjalan lebih laju pergi dari situ.
Raz POV
"Harraz tolong pujuk Isya.", pinta encik Zarif kepadaku.
"Why me?", soalku keliru dengan permintaan encik Zarif.
"Please Harraz. Isya hanya dengar cakap kamu je. Tolong pujuk Isya untuk kawin dengan Akmar.", rayu encik Zarif lagi.
"Saya cuba.", balasku setuju dengan arahan daripada encik Zarif. Tapi mengapa hatiku pula yang berasa seperti terhiris. Mungkinkah inilah perasaan apabila terus menahan perasaan yang telah lama terpendam. Sakitnya terasa seperti tersusuk pedang di dada.
*
*
*
"Jauh mengelamun.", tegurku apabila melihat Isya yang duduk bersendirian di pinggir kolam.
"Saya duduk sini boleh?", izinku. Isya mengangguk kecil.
"Isya.", panggilku.
"Hmmm. Kenapa Raz?", balas Isya.
"Saya nak mintak something boleh tak?", soalku.
"Boleh.", balas Isya selamba.
"Kawin dengan Akmar.", pintaku tanpa berlengah lengah. Tapi entah mengapa hatiku pula yang terasa sebak dengan permintaan ku sendiri.
"Saya taknak. Saya tak cintakan dia langsung.", tolak Isya.
"Please.", rayuku lagi
"HARRAZ!!! STOP IT", bentak Isya dan dalam masa yang sama dia mengalirkan air matanya yang sudah lama tertahan.
"Isya. I'm sorry.", ucapku apabila melihat Isya yang tiba tiba menangis.
"Sorry. Saya tak patut paksa awak.", sambungku lagi. Sebak hatiku melihat Isya yang menangis disitu.
"Raz. Sa..saya taknak ka..kawin dengan Akmar.", cakap Isya sambil menangis teresak esak disitu.
"Saya tak boleh nak buat apa apa Isya. Papa awak betul betul nak awak kawin dengan Akmar.", jawabku kembali.
"Raz.. Please do something.", suruh Isya sambil menggenggam lengan bajuku dengan erat.
Aku hanya berdiam diri dengan kata kata Isya kerana tidak mampu berbuat apa apa. Sungguh hatiku remuk dan patah melihat keadaan Isya sebegitu. Perlukah aku mengungkapkan perasaan aku sekarang?
"Raz. Saya cintakan awak.", ungkap Isya seraya memeluk tubuhku. Terkesima aku dengan kata kata Isya.
"Sebenarnya saya pun cintakan awak.", kataku sambil membalas pelukan Isya.
Author POV
PLAK PLAK PLAK
Bunyi tepukan dari arah belakang Isya dan Raz.
"Papa. Uncle.", kata Isya dan Raz secara serentak seraya berdiri dari situ.
Dato' Zarif hanya tersenyum manis kearah mereka.
"Papa, Isya tak nak kawin dengan Akmar.", pinta Isya.
"Ye papa tahu. Papa saja kata macam tu.", balas Dato' Zarif.
"Hah??", bingung Raz disitu.
"Apa maksud papa?", soal Isya yang masih keliru.
"Sebenarnya papa rancang ni semua untuk satukan Harraz dengan Isya.", kata Dato' Zarif sambil berkekeh.
"Papa tahu isi hati kamu berdua, tapi dua dua ego sama tinggi.", sambung Dato' Zarif lagi.
"Papa ni kan...", marah Isya sambil segan silu setelah saling memberitahu isi hati masing masing.
"Papa rasa Harraz ada sesuatu nak bagitahu tu.", kata Dato' Zarif.
"Betul ke Raz?", tanya Isya sambil membulat mata melihat Raz yang menghulurkan sesuatu kepadanya.
"Will you marry me?", ujar Raz sambil mengeluarkan sebentuk cincin berlian di hadapan Isya.
"Yes.", balas Isya teruja.
Last chapter after 30 vote :>
bersambung...
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...