BAB 7

11.3K 117 2
                                    

Aku tersedar dari buaian mimpi. Kepala ku masih berdengut bagaikan ditikam dengan paku yang tajam. Mataku pula terasa berat untuk dicelik. Yang hanya kelihatan adalah aku seperti terbaring di atas katil empuk didalam di sebuah bilik. Bilik yang kelihatan mewah itu seluas bilikku. Aku masih tertanya tanya di manakah aku. Aku terkejut apabila pintu bilik itu dibuka secara spontan. Selimut yang berada pada badanku aku tarik hingga ke paras hidung. Seorang jejaka melangkah masuk.

"Aku tahu kau dah sedar. Jangan nak tutup tutup muka..",jejaka itu memulakan bicara sebaik sahaja dia melangkah masuk. "Bangun cepat..",tengkingnya. "Makan ni...",sambungnya lagi sambil menghulurkan suatu plastik kepada ku.

Tanpa berlengah aku pun terus bangun dari baringan. Plastik yang dihulurnya ku ambil. Aku cuba memerhati wajahnya. Tapi sweater yang dipakainya menutupi wajahnya. Aku hanya dapat memerhati bibirnya yang berwarna pink itu sahaja. Lantas dia keluar dari bilik itu sebaik sahaja aku mengambil plastik itu dari tangannya. Jejaka misteri itu meninggalkan tanda tanya pada diriku. Yang bermain di fikiranku ialah apakah tujuan mereka menculikku??

Plastik yang dihulurnya itu mengandungi suatu bungkusan makanan. Tanpa berlengah aku terus menjamah kerana perut ini belum diisi apa apa sejak dari rumahku lagi. Tidak lama kemudian, jejaka itu kembali semula kebilik ini setelah perutku diisi. Seperti dia sudah tahu aku sudah menghabiskan makanan itu. Sebaik sahaja jejaka itu masuk sehelai baju dilempar ke atas katil.

"Aku nak kau siap kejap lagi pakai baju ni.", jejaka itu bersuara.

"Kita nak pergi mana??.", soal ku.

"Aku kata pakai pakai jela.", tengkingannya makin kuat. Aku memberanikan diri berdiri dihadapannya.

"Kalau saya taknak...", soalku lagi.

Jejaka itu menghampiri ku sebaik sahaja aku selesai berbicara. Aku berasa agak takut. Aku melangkah ke belakang sedikit demi sedikit untuk menjauhinya. Semakin aku ke belakang semakin dia datang merapatkan diri denganku. Langkahku terhenti apabila diriku tersandar pada almari di belakangku. Tangannya ditahan pada almari di belakangku sehingga pergerakanku dihentikan. Tangannya yang memagariku cuba kutolak namun muka nya dirapatkan ke arahku. Aku tidak mampu bersuara dengan aktiviti yang dilakukannya itu. Mukanya dan mukaku hanya tinggal seinci sebelum bertembung. Jantungku kini berdegup kencang.

"Kau nak pakai ke tak baju tu sekarang.", soalnya kembali kepadaku.

Aku hanya mengangguk menandakan setuju. Dia tersenyum kecil lalu bergerak keluar dari bilik itu. Nafasku seakan akan terhenti apabila mukanya dirapatkan denganku. Mulutku juga seperti dikunci secara tiba tiba apabila dia bertanya. Yang aku tahu dia telah berjaya membuatkan aku patuh dengan arahannya.

Aku terus bergegas ke bilik air dan bersiap memakai pakaian yang disuruh. Pakaian yang disuruh ku pakai ini agak menjolok mata. Dress berwarna merah itu hanya menutupi paras peha ku sahaja. Inilah pakaian pertama yang paling singkat yang pernah ku pakai. Selesainya aku bersiap aku menunggu jejaka itu masuk di sofa. Aku tertanya tanya kemanakah aku akan dibawa pergi olehnya. Tidak tenang aku dibuatnya memikirkan itu.

Pintu dibuka secara tiba tiba dan didatangi oleh dua orang lelaki sasa. Mereka membawaku turun ke tingkat bawah dan membawaku terus ke dalam kereta. Jejaka misteri tadi yang menyuruhku memakai baju ini juga turut berada didalam kereta ini.

"Kita nak pergi mana ni..??", soalku sebaik sahaja masuk kedalam kereta itu. Malah diendahkan mereka lalu seorang dari lelaki sasa itu mengikat kain pada mataku dan kedua dua tanganku dipegang.

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now