"Sebenarnyaa...", Raz cuba menjawab pertanyaan Isya.
"Kau macam mana sekarang?", potong Ris yang tiba tiba masuk.
"Awak ni kalau nak masuk memang tak tahu ketuk pintu ke.", marah Isya.
"Apa? Tiber je kau nak marah apasal. Tak ketuk pintu je pon.", balas Ris.
"Awak tak ingat ke dulu apa jadi..", kata Isya memgenang kisah lama.
"Benda lama tak payah la ungkit. Dulu tu aku tak sengaja. Tapi kau pakai baju kan sekarang.", balas Ris semula untuk menegakkan keadilan pada dirinya.
"Dah dah. Korang dua ni kalau jumpa ada ja nak gaduh.", tengking Raz yang berada diantara Isya dan Ris.
"Dia la Zack. Suka cari pasal dengan aku.", balas Ris sambil monyok.
"Mana ada, awak la.", balas Isya juga.
"Diam.", tengking Raz buat kali kedua. Ris dan Isya terdiam sepi. Mana tak diam, singa jantan mengamuk kut. Garang. Takut tite...😂
Isya POV
"Raz.", panggilku.
"Nak apa lagi? Nak kena marah lagi?", kata Raz.
"Erm saya lapar la.", kataku sambil menggunakan jurus kecomelanku.
"Hmm kejap saya belikan.", jawab Raz.
"Eh eh. Tak payah. Aku dah bawakan korang makanan. Bubur buatan nenda.", ujar Ris sambil menunjukkan beg berisi bekas tupperware.
"Eh kenapa pulak buatan nenda? Kau bagitahu nenda ke Ris?", soal Raz yang terpinga pinga.
"Mana ada aku bagitahu. Aku cakap aku teringin nak makan bubur dekat nenda. Nenda masak and ada banyak so aku bawak la dekat korang.", terang Ris.
"Cepat la. Saya lapar ni.", kataku yang sudah tidak sabar sabar lagi. Lapar la katakan. Dengan pantas Raz menghidangkan untuk ku bubur tersebut.
"Aduhhh aduhhh.", aku terjerit kecil.
"Kenapa ni?", soal Raz dan Ris serentak dengan panik.
"Tak tahula. Bila saya nak pegang sudu, bahu saya sakit.", jawabku.
"Meh sini saya suapkan awak.", Raz menawarkan diri.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Aku kena pergi ni. Aku ada kerja.", kata Ris sambil tergesa gesa keluar selepas menerima panggilan.
Skip
"Terima kasih Raz. Thanks for everything.", kataku.
Tok tok tok
Bunyi ketukan pintu daripada seorang nurse."Maaf menggangu, saya datang untuk berikan ubat kepada pesakit.", kata nurse itu.
"Ini ubat untuk harini. Makan pukul 6 petang dan ni ubat sapu pada luka jahitan. Tuan boleh tolong untuk sapukan isteri tuan.", kata nurse itu sebaik sahaja tiba dikatilku.
"Erm sebenarnya dia bukan suami saya.", balasku apabila melihat muka Raz sudah merah padam disitu.
"Ouhh maaf ye. Saya ingat tuan ni suami awak. Kalau macam tu saya akan tolong sapukan ubat ni untuk cik.", ujar nurse itu.
Tanpa berlengah Raz terus beredar dari situ.
"Maaf ye cik. Saya ingat dia suami awak, sebab dia ada dekat sini sejak hari first awak dekat sini.", kata nurse itu sambil menyapu ubat padaku.
"Takpe.", balasku.
"Kalau cik nak tahu dia tu risau sangat masa cik operate hari tu. And dia la yang dermakan darah untuk cik. Saya boleh nampak yang dia betul betul sayangkan cik.", kata nurse itu lagi untuk menyambung perbualan kami.
Mendengar perkara itu, tanpa kusedari aku telah mengukirkan senyuman pada bibirku.
"Okay dah selesai.", ujar nurse itu.
"Terima kasih.", balasku.
"Sama sama.", jawabnya kembali dan akhirnya keluar dari situ.
Raz POV
"Haa awak dah kenapa senyum sorang sorang.", kataku sambil mengejutkan Isya dari khayalannya.
"Mana ada. Awak ni.", balas Isya yang malu aku melihatnya berangan.
"Isyaaaaa.....", terkesima aku dan Isya apabila melihat Dato' Zarif yang tiba tiba masuk ke wad Isya.
"Papaaa...", balas Isya apabila melihat papanya berada di depan matanya.
bersambung...
Next chapter update after vote 30😊
And author nak bagitahu author ada publishkan new book.
Tajuk : Biarkan Aku Mencintaimu.
Hope korang akan suka new book author macam Kasih Tanpa Sayang jugak. Give me all your love and support me okayy.. Thank you💗
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...