BAB 2

15.8K 171 4
                                    

Sudah biasa bagiku dikawal bagai sang puteri raja. Bukan apa  dikawal pergerakanku ini untuk keselamatanku juga. Aku rasa walaupun aku anak seorang mafia terkenal aku tidak pernah diculik atau menjadi tawanan peras ugut. Papa pernah berkata aku mungkin di apa apakan oleh seseorang. Tapi sampai sekarang sudah umurku 20 tahun, syukurlah masih belum berlaku benda yang tidak diingini. Adakah hari itu akan tiba?

**

"Tengku! Ehh?? Awak kita pergi tempat lain la nak tak. Benda ni macam bahaya je untuk awak.", soal Raz dengan tutur kata yang baik.

"Saya nak naik benda ni jugak", aku mula menegaskan kepada Raz.

"Erm tapi kan kalau jadi apa apa dekat awak macam mana.", soal Raz lagi.

"Awak naik la dengan saya kalau takut rasa benda ni bahaya untuk saya.", aku mula menggatal disitu. "Kita naik la yang couple riding.", sambungku lagi kepada Raz.

Muka Raz nampak seperti ingin menolak tapi demi menjaga keselamatanku dia tetap tidak menolak.

"Okay.. but only one round", Raz berkata untuk menunjukkan tanda setuju. "Yeay.. I'm so exited. Cepat la beli tiket tak sabar dah ni.", aku melompat tanda teruja.

**

Sudah selesai memakai peralatan menaiki flying fox, kami pun menaiki lif untuk sampai ke atas landasan zip line. Melihat kawasan itu dari atas kakiku mula bergetar. Aku terlupa aku fobia terhadap ketinggian.

Raz POV

"Omg.. I'm so scared. Jom lah kita turun. I can't ride this things. I'm very scared now.", Isya kelihatan takut sambil melilit tangannya pada lenganku.

"Jalan turun hanya ada satu la awak. Cara nak turun kebawah kita kena naik zip line ni.", aku berkata kepadanya sambil memegang tangannya yang kian sejuk akibat takut.

"No I can't. I can't ride this. Saya takut tempat tinggi. I forgot about that.",Isya mengeluarkan ayatnya dengan sedikit suara lantang dan getar. Tangannya yang ku sentuh tidak lepas dari tadi juga bergetar dan semakin sejuk.

"Jangan takut. Kalau awak takut awak peluklah saya. Saya kan ada.", aku cuba memujuk dengan suara sayu. "Urmm.. okay.", Isya cubu melawan rasa takutnya.

Sudah tiba giliran kami pula. Penjaga landasan disitu memanggil kami. Dia memasang tali gatungan pada peralatan yang kami pakai tadi. Sejurus dipasang tali itu, Isya memeluk aku tanpa segan silu dengan erat disitu sebelum kami ditolak menuruni landasan itu.

Pelukan Isya erat sehingga pandanganku untuk melihat pandangan dari situ terbantut kerana mataku asyik melihat Isya yang comel seperti budak kecil yang memelukku dengan erat.

Isya POV

"Awak cuba la tengok pemandangan dari sini. Cantik tau rugi tak tengok.", Raz cuba memujukku sambil menepuk bahuku sebelah kanan dengan lembut. "No. Tak nak, saya nak turun dari sini. Please do something.", aku berkata sambil memeluknya dengan lebih erat.

"Okay okay. Jangan la marah marah. Nanti cepat tua tau.", Raz mula mengambil hatiku. "Sabarlah dah nak sampai bawah  ni. Kejap je lagi. Tunggu sikit lagi.", Raz sambung lagi.

"Cepatla. Saya tak boleh tahan dah ni. Bila nak sampai.", soal aku dengan suara ketakutan. "Dah sampai pun...", Raz dengan selamba membalas. Aku pun mempercayai kata katanya yang yakin itu lalu melepaskan pekukan dari Raz dan melihat kebawah.

"Aaaaaaaa awak bohong.", aku menjerit disitu dengan kuat lalu memeluknya semula. Jeritan itu hampir memecahkan tahap suara ku yang maksimum.

Raz mentertawakan diriku yang lurus seperti pembaris lalu menguntumkan senyuman pada bibirnya.

"Jangan la main tipu tipu.", sambung ku selepas menjerit. "Okay okay. Kita dah nak sampai bawah dah ni. Betul betul kali ni. Saya tak tipu.", ungkap Raz kepada ku.

Aku tidak memalingkan muka kehadapan kerana takut di kelentong sekali lagi. Mana ada orang yang mahu pisang berbuah dua kali bukan.

"Cik...", satu panggilan bergema di telingaku. Aku pun membuka mata lalu memandang kearah suara yang memanggilku. Rupa rupa pekerja disitu yang memanggilku.

Melihat pekerja lelaki itu lilitan tangan yang disimpulkan pada badan Raz telah diuraikan. Warna merah hadir di muka ku tanpa diundang. "Kenapa awak tak bagi tahu dah sampai",aku menyalahkan Raz.

"Saya dah bagi tahu tadi, tapi  awak yang tak percaya.",balas Raz. "Yelah yelah. Cepat la saya jom balik saya malu ni..", ungkap aku lalu membuang peralatan yang dipasang.

"Awak berdua ni sweet lah. Gaduh gaduh manja.", pekerja lelaki disitu berkata. Aku menghiraukan kata katanya, lalu menarik Raz pergi dari situ.

Erm sorry lambat update busy sikit la. And part aksi ganas 18sx mungkin lambat lagi. so masih selamat untuk dibaca. 18sx tu bukannya yang adegan adegan tu. 18sx ni saya buat yang manja manja jer. so selamat untuk semua.😁

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now