Aku terlihat kepala Ris meliuk di atas katil di sebelahku sebaik sahaja aku terjaga dari lena. Mukanya kupandang dan ditenung lama. Melihat wajahnya mengingatkan ku tentang Raz. Lelaki yang sentiasa ada dengan ku apabila aku memerlukannya tetapi kini tiada lagi. Bilakah dia akan datang mengeluarkan aku dari tempat ini. Keringatku tersentak apabila Ris membuat pergerakan dan hampir terjaga. Aku terus memejamkan mata berpura pura tidur. Aku mencelikkan mataku sedikit untuk melihat kelibat Ris tetapi Ris ternyata sudah tiada disitu. Aku terus bangun menduduk dan tercari cari Ris disitu dan jangkaan ku betul Ris sudah meninggalkan bilik ini. Blazer milik Ris juga masih melitupi tubuhku. Blazer yang berbau vanilla itu ku tanggalkan dari tubuh dan disangkut rapi.
Aku terus turun dari katil dan berjalan menghala ke pintu. Aku menarik tombol pintu dan cuba membuka pintu tanpa membuat bunyi. Pintu itu ku buka perlahan lahan dan sedikit demi sedikit. Hampir pintu itu ternganga, pintu itu ditahan oleh tangan seseorang.
Isya POV
"Kau nak pergi mana..??", suara itu muncul dari belakang telingaku. Aku menoleh dan terkejut apabila melihat Ris yang sedang menahan tangannya pada pintu itu. Aku memusingkan badan dan bersandar pada pintu itu untuk menutup bajuku yang koyak dibahagian belakang.
"Ta..ta..takk.. tak pergi mana mana pun.", jawab ku dengan tergagap gagap. Ris merapatkan muka nya dengan muka ku. Aku menundukkan kepala.
"Habistu kenapa kau buka pintu ni.", soal Ris sebaik sahaja memberhentikan pergerakan menghampiri mukaku.
"Saya cari awak ss...", belum sempat aku menghabiskan ayatku Ris memotong dengan laju. "Kenapa cari aku..", soal Ris lagi.
"Saya nak mintak baju sebab saya nak mandi.", jawabku lagi dengan menunduk kepala. Ris terus menarik tanganku ke almari yang berada disitu. Tangannya lantas meleret pintu almari itu ke kanan dan memulakan bicara.
"Ni semua baju untuk kau.", katanya sambil memandangku.
"Tapi baju ni semua...", aku bersuara perlahan agar tidak didengari Ris. Dahi ku kerutkan. Kepala yang tidak gatal digaru. Ris terus berjalan keluar dari bilik itu tanpa meninggalkan bersuara.
"Ish baju ape ni. Macam baju nak pergi clubbing je semua. Nampak macam baju malam pertama pun ade. Dah la ketat, sendat lagi. Dah la dekat sini banyak orang lelaki. Kalau tengok aku pakai baju ni kang tak pasal pasal aku diterkam diorang.", omel aku seorang diri disitu. Manakannya tidak diomel, baju yang berada di dalam almari itu seperti hanya menutupi barang barang penting sahaja. Aku cuba meleretkan pintu almari di sebelah kiri pula. Disitu hanya terdapat beberapa pasang baju kemeja putih yang mungkin milik Ris. Aku mengambil salah satu baju kemeja itu lalu ditekapkan pada badanku. Baju itu kelihatan lebih longgar berbanding dress yang berada di sebelah kanan. Aku pun bercadang untuk memakai baju kemeja itu sahaja. Aku terus bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Aku keluar dari bilik mandi dengan hanya tuala dililit di tubuh. Agak khawatir untuk keluar kerana takut Ris berada didalam bilik ini. Tetapi aku terpaksa kerana baju yang hendak ku pakai terlupa dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Aku membuka pintu bilik mandi dan mengintai bilik itu dahulu untuk memastikan bilik itu tiada penghuni. Aku melihat tiada kelibat manusia didalam bilik itu jadi aku terus melangkah keluar dengan aman dari bilik mandi. Setibanya aku di almari pakaian untuk mengambil pakaian ku pintu bilik ini dibuka dengan spontan. Argghh.. aku menjerit sebaik sahaja terlihat Ris melangkah masuk.
Ris POV
"Jangan masuk...", Isya menjerit lantang.
"Tapi aku dah masuk..", aku menjawab slamba.
"Tutup mata.. jangan tengok.. pusing belakang...", pinta Isya dengan nada lentingan. Risau agaknya aku lihat dia yang hanya bertuala sahaja.
"Ok.. fine.. aku tak tengok kau..", aku hanya menuruti rayuannya.
"Dah.. awak dah boleh buka mata..", Isya bersuara selepas mengambil masa memakai pakaian.
"Eh.. kenapa kau pakai baju tu??", soalku pabila terlihat Isya yang memakai kemeja putih.
"Tadi kata semua baju dalam almari ni untuk saya.. ", jawab Isya dengan keliru."Tapi tu baju... never mind. Takpe pakai la.", kataku dengan teragak agak untuk memberitahunya yang baju itu ialah baju kepunyaan Zack. "And one more thing, kenapa kau keluar dari bilik mandi macam tu. Kalau orang lain masuk tadi macam mana...", sambungku lagi.
"Saya tak sengaje nak keluar macam tu tadi. Janji tak buat lagi.", jawab Isya.
"Jom makan..", aku mengajaknya untuk turun makan di meja makan di bawah. Kami pun berjalan ke meja makan di tingkat bawah.
"Kenapa awak culik saya..", soal Isya secara tiba tiba semasa dalam perjalanan turun.
"Aku tak culik kau la.. Zack yang culik kau.. Zack suruh aku jaga kau jer dekat sini.", jawab ku dengan selamba.
"Siapa Zack..", soalnya lagi.
"Banyak tanya la kau ni.. aku ikat kau kang.", gertak aku kepada Isya.
"Agak agak kan bile saya boleh balik rumah.", soalnya lagi walaupun digertak.
"Ish aku tak tahu.. jangan la tanya.", aku melenting sambil mencengkam dan menarik rambut aku kerana marah.
"Hehe.. jangan la marah.", Isya hanya melepaskan tawa kepadaku.
Kami pun duduk makan dengan diam tanpa bicara.
bersambung...
Siapa Zack?? Kenapa culik Isya?? Nak tau.. kenala tunggu.. sorry slow update.. vote pls😣😮
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...