BAB 33

3.6K 69 0
                                    

"Sebenarnya sejak mula Harraz datang apply kerja, uncle dah tahu yang Harraz ni anak Megat. Tapi uncle cuba pastikan lagi dengan check semula resume Harraz. And I found you.", cerita encik Zarif gembira.

"Macam mana uncle dah boleh tahu?", soal Raz.

"Macam mana uncle boleh lupakan Harraz. Kita rapat sangat waktu Harraz kecil dulu dan uncle ingat lagi tanda lahir dekat lengan Harraz.", jawab encik Zarif.

"Maafkan Harraz uncle, Harraz dah tersalah anggap tentang uncle selama ni.", pinta Raz yang baru sahaja mengetahui kebenaran tentang masa lalunya.

"Jangan la minta maaf, sepatutnya uncle yang minta maaf sebab ambil masa terlalu lama untuk temukan Harraz.", balas encik Zarif.

"Terima kasih jugak tolong jagakan Isya untuk uncle.", sambung encik Zarif lagi.

"Isya pergi la rehat. Isya tu bukannya sembuh lagi.", arah Encik Zarif kepada Isya.

"Taknak Isya nak teman papa dekat sini,", balas Isya sambil memegang erat lengan encik Zarif.

"Jangan la risau. Papa okay je ni.", ujar encik Zarif.

"Hmm yela. Nanti Isya datang balik tau.", balas Isya dengan muka hampa.

"Harraz tolong tengokkan Isya sama ye. Dia tu keras kepala sikit.", kata encik Zarif kepada Raz.

"Baik uncle.", balas Raz.

Raz POV

"Nah. Makan.", kataku sambil menghulurkan dua butir pil kepada Isya.

"Kena ke? Ubat ni pahit la.", rengek Isya.

"Memang la mana ada ubat manis.",balasku.

"Awak kena ingat satu benda, pelangi takkan muncul kalau takdanya hujan. Sama la macam awak sekarang.", sambungku lagi.

"Hmmm.", Isya menunduk.

"Awak tak nak sembuh ke?",pujukku.

"Nak la tapi...", balas Isya.

"Takda tapi tapi cepat makan. Lepas makan ni rehat.", ayat Isya ku potong laju.

"Yela yela.", Isya hanya menuruti ku.

*

*

*

"Raz!!", panggil Isya.

"Yes. Kenapa?", jawabku selamba.

"Kalau saya nak makan dengan papa boleh tak?", pinta Isya dengan riak muka comel.

"Boleh la.. Please..", rayu Isya lagi.

"Jom la. Kejap saya ambil kerusi roda.", balas ku.

"Papa..", seru Isya apabila tiba di bilik encik Zarif.

"Eh Isya.", terkejut encik Zarif yang baru saja ingin memulakan suapan pertama.

"Isya datang sebab nak temankan papa makan.", kata Isya teruja.

"Ha jom la.", balas encik Zarif.

"Awak nak pergi mana?", soal Isya apabila melihat aku mula beredar dari situ.

"Saya nak keluar la.", kataku.

"Duduk la sini dulu.", rengek Isya.

Aku hanya mengangguk setuju sambil mengukirkan senyum padanya.

"Razz...", panggil Isya.

"Hmmm..", balasku sepatah.

"Suapkan boleh.", kata Isya tak lupa dengan jurus kecomelannya. Lemah aku dibuatnya sehingga tidak dapat menolak permintaannya.

"Taknak sayur.", tolak Isya.

"MAKANNN.", paksaku.

"Taknak.", tolak Isya lagi sambil menggeleng kepala.

"Makan jugak.", paksaku untuk kali kedua.

"Taknak. Werkkk :> ", balas Isya.

"Saya taknak la suap awak.", ugutku

"Alaa mana aci ugut ugut macam ni. Yela yela.", balas Isya yang terpaksa mengalah. Dato' Zarif hanya melihat gelagat kami berdua.

Isya POV

"Isya.", papa memulakan perbualan apabila melihat Raz mula bergerak keluar dari situ.

"Kenapa papa?", soal ku.

"Isya suka Raz?.", soal papa mengejut. Tersedak liur aku dibuatnya setelah mendengar soalan papa.

"Mana ada.", aku cuba menafikannya.

"Jangan nak bohong. Papa tahu dari riak muka Isya tu.", balas papa.

"Ermm.", aku tidak mampu menipu lagi. Hanya mampu menundukkan pandangan.

"Harraz tahu???", tanya papa.

"Tak. Papa jangan la bagitahu Raz.", kataku sambil malu malu.

"Yela.", balas papa.

"Janji tau.", ujarku sambil menunjukkan jari kelingkingku kearah papa.

"JANJI.", jawab papa sepatah.

*
*
*

Seminggu kemudian..,

"Harraz. Ni semua peningggalan yang ayah kamu tinggalkan pada uncle.", kata encik Zarif.

"Ayah kan dah bagi semua untuk uncle. Lagipun Harraz tak perlukan semua ni.", balas Harraz.

"Ambil la Harraz. Uncle tak pernah guna sesen pon duit ayah kamu. Uncle janji untuk jaga kamu, bukan untuk guna duit ayah kamu.", balas encik Zarif kembali.

"Terima kasih uncle", ucap Raz.

"Papa, Raz. Buat apa dekat luar ni.", soal Isya yang tiba tiba datang.

"Saja borak borak kosong.", balas encik Zarif.

"Ermm Isya papa nak cakap sikit ni pasal perkara yang tertunda dulu.", sambung encik Zarif.

"HAH??", bingung Isya.

"Pasal wedding Isya dengan Akmar la.", kata encik Zarif.

bersambung...

next chapter after 30 vote.

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now