"Awak dah kawen ke.??", hampir tersedak aku dibuatnya apabila telingaku mendengar soalan Isya. Ayam yang ingin ditelan seperti tidak mampu turun melalui rengkungku.
"Ape yang kau merepek pagi pagi ni..", jawabku selepas meneguk segelas jus oren sehingga habis.
"Yela rumah ni besar takkan awak tinggal sorang sorang. Mesti awak dah kawen. Betul tak.??", ujarnya lagi tanpa henti.
"Dah dah.. jangan nak merapu. Makan cepat..", aku hanya mengelak dari menjawab soalannya.
"Yelah yelah.", Isya hanya menuruti perintah.
Isya POV
Ting! Ting! Ting!
Loceng rumah berbunyi.
Ris segera pergi ke arah pintu utama rumah ini.
Aku hanya merenung di sebalik dinding yang berada di meja makan.
"Mari la masuk..", kata Ris kepada tetamu nya yang hadir.
Aku hanya mengintai dari sini sahaja. Aku tidak mempedulikan tetamu nya dan menyambung menjamah makanan yang belum habis. Ris kelihatan terus melupakanku yang berada disini. Aku terlihat pintu dapur terbentang luas. Aku mengorak langkah untuk keluar dari sini. Aku bergerak ke arah pintu tanpa mengeluarkan bunyi. Selangkahnya aku keluar melalui pintu tersebut pinggangku disambar oleh seorang lelaki sasa yang berada disebalik pintu. Dia terus mengangkatku dan diletakkan diatas bahu lalu membawaku bertemu Ris.
"Tengku, dia cuba nak lari dari pintu belakang.", ujar lelaki sasa itu kepada Ris sambil membawa ku turun menjejak lantai.
"Ok.. hantar dia masuk bilik and jangan lupa kunci pintu tu..", kata Ris kepada lelaki sasa itu.
"Lepaslah.. awak.. awak.. tolong awak hantar saya balik... awak..", jeritku sambil cuba melawan lelaki sasa itu yang menarikku untuk naik ke bilik.
"Awakk.. Riss.. please...", pintaku ketika lelaki sasa itu mengangkatku. Air mata tidak henti membasahi pipi. Tetapi ianya hanya dihiraukan oleh Ris yang hati batu itu.
Pak! Pak! Pak!
Pintu ku ketuk sebaik sahaja lelaki sasa itu mengunci pintu.
"Riss.. Riss..", panggil ku dengan kuat sambil pintu bilik itu diketuk ketuk.
Ris POV
Selepas sekian lama keadaan bising dengan ketukan pintu dan jeritan Isya kini sepi. Entah apa yang berlaku sehingga diam tanpa bunyi. Adakah sudah tertidur kerana kepenatan?? Aku pun menyelesaikan tanda tanya yang bermain difikiran dengan menjenguk keadaannya. Pintu yang dikunci ku buka. Terlihat Isya telah tidur di atas lantai di hadapan pintu. Betullah firasat ku. Kini terjawablah tanda tanya tadi. Aku mengangkat Isya lalu diletakkan diatas katil kerana tidak sanggup dilihat di atas lantai keras itu. Aku pun keluar dari bilik itu.
Sudah petang, adakah Isya masih belum bangun dari tidur. Aku terus bergegas ke bilik Isya melihat keadaannya. Terlihat Isya masih nyenyak tidur seperti bayi. Lututnya dinaikkan hingga ke paras perut. Mungkin kerana kesejukan. Aku pergi menghampirinya dan menarik selimut melitupinya hingga ke paras dada.
"Tahu pun penat, ingat tadi tak boleh nak diam dah.", ujar ku sambil menguntumkan senyuman melihat muka Isya yang tidur pulas di atas katil. Renunganku tersentak apabila nada deringan telefonku memecahkan kesunyian bilik itu. Aku mengangkat telefon itu dan keluar dari bilik itu untuk mengelakkan tidur Isya diganggu.
"Hello.. kenapa Ash tiber je call aku."-aku
"I just want to invite you to my girlfriend's birthday party." -Ashraf
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...