Aku masih berada di dalam bilikku dari tadi masih belum keluar. Makanan yang dihantar oleh pembantu rumah tadi juga masih belum disentuh. Badanku juga masih belum dibersihkan dari tadi. Entah apa yang difikirkan aku sejak tadi, sehingga semua aktiviti harianku terbantut. Aku pun bangun dari katil dan ada perkara yang terlintas di fikiranku.
Raz POV
"Razzz...!!", bunyi itu suara Isya yang memanggilku dari atas. Tanpa berlengah aku terus bergerak kesana dengan diikuti Mak Leha dari belakang.
Pintu biliknya ku ketuk dan tanganku menarik tombol pintu yang berwarna perang biliknya. Aku masuk sebaik sahaja pintu dibuka dan menyuruh Mak Leha tunggu di luar dahulu. Bukan apa takut diserangnya Mak Leha nanti susah pula jadinya.
"Yes Tengku panggil saya ker??",aku pun menyoal Isya disitu. Lantas Isya menolak ku kepintu sebaik sahaja pintu itu ditutup rapat.
"Kenapa ni??",soal ku lagi kepadanya yang melakukan ku seperti itu.
"Saya rasa saya pakai baju lain semalam. Kenapa sekarang...",omelannya ku hentikan dengan tanganku menjadi kunci yang mengunci kata katanya.
"Yes you are but something happen yesterday. Mak Leha yang tukarkan baju awak sebab baju tu dah basah...", tuturku selantas mulut Isya ditutup. Penjelasanku itu membuatkan riak wajahnya kembali tenang.
"Thanks for all.",bisik Isya sambil memegang tangan kananku. Aku hanya membalas dengan senyuman. Tanpa berlengah aku pun keluar dari biliknya itu.
Isya POV
Perlahan lahan aku tutup pintu itu dan menyadar ke pintu lalu terduduk. "Malunya aku. Kenapa aku tanya dia benda yang memalukan tu. Stupid...", aku yang sedang berperang dengan diriku sendiri sambil menampar nampar pipi. Sedang aku bercakap seorang diri, tiba tiba pintu bilikku di ketuk.
"Siapa..",soal aku tanpa membuka pintu.
"Awak.. ada kawan awak datang. Diorang tunggu dekat bawah.",suara Raz disebalik pintu berbunyi.
"Ehh!! Aa ye kejap lagi saya turun.",jeritku dan terus berlari masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
**
Sesampainya ditingkat bawah, aku melihat Rose dan Lyn, kawan kolejku dulu sedang bermanja manja dengan Raz. Aku terus berdehem untuk memberitahu ketibaan ku disitu.
"Ehh Isya. Lama betul kau siap.",Rose menegurku.
"Biasala perempuan.",aku menjawab kata katanya dengan spontan.
"Yela.. jom kami nak pergi shopping. You nak join tak??", soal Rose kepada ku. Aku hanya melihat Raz yang berada disitu.
"Kau nak pergi ke tak??", soal Lyn pula apabila tiada jawapan daripadaku.
"I don't know. Papa aku takde dekat rumah sekarang ni. Aku risau sikit la nak keluar.",selepas sekian lama aku menjawab soalan mereka.
"Alaa.. kejap jer.. Jom la.",Lyn dan Rose cuba mendesak aku untuk tetap mengikuti mereka.
"Ok fine. Jap aku ambil sling bag aku. Korang tunggu dekat luar dulu.",aku hanya mengikut permintaan mereka. Lantas aku bergerak ke bilikku.
**
Raz POV
Aku menunngu Isya di tingkat bawah di hadapan lift. Keluarnya Isya dari lift, aku terus menyambar tangan dan menarik ke tepi.
"Are you sure to join them.", soal aku sebaik sahaja Isya berada betul dihadapanku.
"Yes.",Isya menjawab.
"Nak saya temankan tak??",soalku lagi.
"Jangan la.. Saya bukan budak budak lagi yang nak kena ikut sana sini..",balas Isya.
"Kalau jadi apa nanti macam mana. Kalau Dato' tahu awak keluar tanpa bodyguard macam mana??",aku menanyakan soalan bertubi tubi kepadanya.
"Terserah la dekat awak nak ikut ke tak.. janji jangan dekat dekat sangat. Ikut dari jauh jer", kata Isya kepada ku sambil jari telunjuknya ditunjuk ke arahku. Aku hanya membalas senyuman kepadanya.
Aku dan seorang bodyguard lain menaiki kereta yang sama manakala Isya dan rakannya menaiki kereta yang dipandu oleh Lyn. Kereta mereka diikuti kami dari belakang semasa perjalanan itu.
**
Isya POV
Tidak lama kemudian kami pun tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan di mall hari ini lebih aman dan sunyi berbanding hari biasa. Membuatkan kami semua lebih teruja. Tapi dalam keterujaan itu ada sesuatu yang mungkin bakal berlaku. Aku berasa tidak sedap badan, tidak tahu mengapa secara tiba tiba rasa ganjal yang timbul dalam keterujaan itu. Aku memerhatikan sekeliling untuk mencari Raz di sekitar ini. Kegelisahanku hilang apabila susuk tubuhnya ku jumpai berada di belakang kereta Lyn.
Kereta yang sudah lama dipandu Lyn sudah diparkirkan di tempat letak kereta khas VVIP. Kami pun turun dan berjalan masuk ke mall itu. Perjalanan kami tersentak apabila sebuah kereta Alphard hitam berhenti dihadapan kami. Pintu kereta itu terbuka dan keluar beberapa orang yang tidak dikenali turun dari situ. Dia menarik tanganku dan memaksa ku naik ke atas kereta itu. Tetapi aktivitinya berjaya ditegah apabila Rose dan Lyn menolaknya. Kami bertiga cuba melarikan diri dari situ. Malah muka Rose dicekup dengan satu kain yang membuatkannya pengsan.
Aku dan Lyn terpaksa melepaskan diri dari situ meninggalkan Rose. Orang aneh itu terus mengejar kami dan akhirnya kami tewas akibat larian yang perlahan kerana memakai kasut bertumit tinggi. Tanganku di tarik lalu badanku diangkat diatas bahunya manakala Lyn berjaya meloloskan diri. "RAZZZ!!! RAZZZZ!!",hanya nama itu yang ku jerit sambil badan lelaki sasa itu ku pukul dari belakang.
Sudah hampir tiba aku dibawa ke arah kereta. Aku cuba melawan si dia yang gagah tapi seranganku tidak membuahkan hasil. Tetapi Lyn datang dari belakang dan menghayunkan paip panjang ke arah tengkuk lelaki itu. Sehingga lelaki itu melepaskan diriku. Tapi usaha itu hanya sia sia kerana kami sudah dikepung oleh ramai lelaki sasa. Lyn dan aku berpelukan erat kerana takut. Rose yang masih terlantar disitu kami lihat.
Pelukan yang dihasilkan oleh kami dileraikan apabila kami ditarik oleh mereka secara bertentangan. Kami menjerit nama satu sama lain. Namun panggilan nama ku terhenti apabila Lyn sudah pengsan seperti Rose. Aku cuba diheret masuk ke dalam kereta namun aku masih tetap melawan. Akibat itu mereka menyembur suatu cecair pada mukaku yang membuatkan mataku menjadi terpinga pinga sambil mengheret ku naik ke ats kereta. Setelah aku dinaikkan ke atas kereta, semuanya sudah gelap dan tidak kelihatan. Aku diculik...
bersambung...
Aduh kena culik pulak.. mana Raz?? Takde pon.. nak tau jadi apa kena la tunggu bab 7. Otw bab 7.. wait tau..
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...