BAB 35

6.5K 85 9
                                    

"Aku terima akan nikahnya Tengku Isya Amani Binti Tengku Zarif dengan mas kawinnya RM1000.00 tunai."

Sah

Dengan lafaz itu, Isya dan Raz kini sudah bergelar suami isteri yang sah.

"Congrats Zack and Isya.", ucap Ris yang berada disitu.

"Thanks Ris.", balas Isya.

"Mula dari hari ni korang berdua jangan nak bergaduh dah. Matang sikit.", tegur Raz.

"Aku boleh je buat perangai baik kalau dia tak cari gaduh.", jawab Ris.

"Eh eh. Saya ni kakak ipar awak tau. Hormat sikit eh.", kata Isya dengan perangai yang masih kekanak kanakannya.

"Kau hormat dulu aku. Aku lagi tua pada kau okay. Kau la hormat aku.", balas Ris yang tidak berpuas hati.

"Ishhh jangan gaduh boleh tak. Pantang jumpa betul asyik nak gaduh je.", marah Raz.

Isya dan Ris terdiam sepi disitu. Singa jantan dah mengamuk takkan nak bukak mulut lagi kut. Hehe..

"Harraz, Isya. Nah hadiah dari papa.", kata Dato' Zarif sambil menghulurkan sepucuk envelope yang berisi tiket penerbangan ke Paris.

"Wah. Paris.", Isya teruja.

"Ha ah. Papa tempah khas untuk honeymoon Harraz dan Isya.

"Terima kasih papa.", ucap Raz ikhlas.

"Sama sama.", balas Dato' Zarif.

*
*
*

Bonjour Paris !!!

"Eh jangan jerit jerit la. Jaga sikit perangai tu.", tegur Raz.

"Saya teringin sangat nak menjerit macam ni. Lagipun bukan selalu kita nak datang ke Kota Cinta ni.", kata Isya dengan hasratnya.

"Dah jom masuk sejuk luar ni.", ajak Raz sambil membalut badan Isya dengan selimut tebal.

"Sayang.", panggil Isya dengan manja.

"Ye kenapa?", sahut Raz.

"Tiba tiba pulak rasa tak larat nak jalan. Dukung boleh.", pinta Isya yang ingin bermanja sambil tangannya mengoles pergelangan kakinya yang tidak sakit itu.

Tanpa berlengah Raz terus menggendong isterinya itu. Dia tahu Isya hanya berpura pura tapi dia sudah masak dengan perangai manja Isya yang inginkan perhatiannya. Walaupun begitu, Raz juga suka dengan perangai Isya yang manja dan sering mencuba untuk mendekatinya. Dan kerana sifat itulah yang membuatkan Raz jatuh cinta kepada Isya.

"I love you sayang.", ucap Isya sambil merangkul erat leher Raz.

"I love you more.", balas Raz dan tidak lupa bersama kucupan di dahi Isya.

5 tahun kemudian...

Tahun berganti tahun Harraz dan Isya dikurniakan anak kembar lelaki, Aryan dan perempuan, Araya.

"Araya. Aryan.", panggil Isya kedua anak kembarnya.

"Cepat kita dah lambat ni.", gesa Isya kepada dua anak kembarnya dan juga suaminya.

"Kita nak pergi mana ni papa?", tanya Aryan.

"Kita nak pergi majlis kawin paksu Ris.", jawab Raz.

"Yeay kawin kawin.", balas Araya teruja.

"Amboi seronok eh kawin.", kata Isya kepada anak perempuannya.

"Ikut mama dia la.", usik Raz sambil berkekeh.

"Mana ada.", balas Isya seraya memuncung mulutnya.

"Okay okay tak", pujuk Raz kembali sambil mencuit hidung Isya. Begitulah kehidupan seharian Raz, anak dua berasa seperti tiga.

*
*
*

"Congrats Ris and Alya.", ucap Raz kepada kedua mempelai tersebut.

"Thanks Zack.", balas Ris gembira.

"Tak sangka kita jumpa lagi lepas peristiwa kolam tu.", kata Isya kepada Alya sambil ketawa kecil mengenang kisah lama.

"Haah la. Tengok la sekarang dah berbiras kita.", balas Alya kepada Isya.

Ris dan Alya berkahwin dan dikurniakan anak selepas setahun berkahwin.

Tanpa cinta takkan ada perasaan kasih, dan tidak akan wujud cinta jika kasih tanpa sayang.

TAMAT

Terima kasih all the readers of Kasih Tanpa Sayang. Thanks for always support and love my book. Don't forget to read my new book BIARKAN AKU MENCINTAIMU

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now