BAB 24

4K 59 3
                                    

Aku mengangkat Isya lalu meletakkannya diatas katil. 

"Isya!! Isya!! Isya Amani!!!", Raz cuba menyadarkan Isya yang terbaring di atas katil itu. Tapi tiada balasan darinya.

"MANA DOKTOR NI?? KENAPA LAMBAT SANGAT??", jerkah Raz kepada anak buahnya.

"Doktor dah sampai bos.", jawab salah satu bodyguard disitu.

"SURUHLAH DIA MASUK CEPAT.. TU PON AKU NAK KENA AJAR KE!!!", jerkah Raz buat kali kedua.

"Ba..ba..ik.. bos.", balas bodyguard itu.

Skip

Raz POV

"Kenapa dengan dia doktor?", soalku sebaik sahaja doktor tersebut mengecek Isya.

"Isteri kamu dah okay sekarang selepas saya bagi dia ubat alergik. Sepatutnya kamu kena tahu tentang alahan isteri kamu terhadap kacang. Jika tidak perkara seperti ini akan terjadi lagi.", jawab doktor perempuan itu.

"Isteri!!", suara hatiku berbicara.

"Baiklah doktor, saya akan lebih berhati hati selepas ni. Terima kasih.", aku hanya mengiyakan dan menerima nasihat doktor itu.

Skip

UHUK UHUK
Bunyi batuk Isya yang dalam separa sedar.

"Razz...", perkataan pertama yang keluar dari bibir Isya.

"Raz tolong saya... Razzzz....", Isya mengigau.

"Isya!!", seruku apabila melihat Isya yang kian sadar itu.

"Saya hidup lagi. Saya ingat harini dah hari terakhir saya.", sambung Isya.

"Kau kena berterima kasih dekat aku. Kalau aku takde tadi, memang kau dah dekat dalam kubur.", balasku kepada Isya.

"Terima kasih Raz.", tutur Isya.

"Yela.", balasku.

"Yang kau dah tahu tak boleh makan kacang, kenapa paksa diri makan.", marahku.

"Mana la saya tahu ada kacang dalam tu.", jawab Isya.

"Lain kali tengok la dulu sebelum makan.", sambungku lagi.

"Saya lapar sangat tadi. Lagipun kacang tu kecik kecik sangat. Mana la saya nampak.", kata Isya.

"Lapar lapar!! Ni sakit siapa yang susah. Aku jugak.", balasku.

"Hehe.", Isya tergelak kecil.

"Ni ubat kau. Makan!! Jangan tak makan pulak.", aku berbicara sambil bangun untuk bergegas keluar dari bilik itu.

Tapi belum sempat aku berjalan pergi tanganku dipegang oleh Isya.

Isya POV

"Awakkk..", aku bersuara sebaik sahaja memegang tangan Raz.

"Hmm?", jawab Raz singkat sambil keningnya dijongket ke atas.

"Can you stay here for a moment?", soalku kepada Raz.

"Sa..sa..saya takut.", sambungku lagi sambil cuba menahan air mata daripada mengalir. Tetapi apakan daya, air mataku tetap berdegil dan mengalir tanpa ku sadari.

Raz yang tadinya berdiri kini duduk kembali di tempatnya tadi.

Raz POV

Kenapa aku tak mampu nak tolak permintaan dia? Hati aku ni dah terbuka ke untuk dia. Jangan Raz. Kau kena ingat dia anak pembunuh ayah kau.

Suara hatiku berbicara.

Skip

Aku mula beredar keluar dari bilik Isya sebaik sahaja melihat Isya tertidur.

"Zack!!", seseorang memanggilku dari belakang sebaik sahaja aku keluar dari bilik Isya. Siapa lagi kalau bukan si Harris.

"Kau nak apa?", jawabku.

"Nenda cari kau.", balas Ris.

"Nenda!! Nenda ada dekat sini?", soalku.

"Haah. Pergi la cepat nenda dah lama tunggu kau.", jawab Ris.

bersambung...

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now