BAB 20

6.8K 81 7
                                    

Isya POV

"Papa?", lafazku dengan hairan. Apa yang Papa dah buat. Tertanya tanya aku disitu.

"Apa yang Papa dah buat dekat keluarga awak?", soalku pada Raz dengan perasaan ingin tahu.

"Kau jangan buat buat tak tahu la.", jerkah Raz disitu memukul dinding yang berada betul betul seinci dari muka ku.

Aku menelan liur. Mataku mula berkaca dengan tingkah laku Raz tadi. Namun aku masih memberanikan diriku dan bertahan untuk tidak mengalir air mata ini.

"Saya memang tak tahu sebab tu saya tanya.", ungkapku dengan nada tinggi kepada Raz dengan berani.

"Sebab Papa kau maruah keluarga aku dipijak. And sebab Papa kau ayah aku bunuh diri sebab malu. Sebab Papa kau aku dan adik aku jadi anak yatim piatu. Ayah aku yang berjuang tapi Papa kau senang senang je rampas. Aku dah berjanji dengan ayah aku yang aku akan rampas balik apa yang Papa kau dah ambil.", jawab Raz dengan geram dan kelihatan matanya juga dipenuhi dengan takungan air mata.

Aku terkesima dengan jawapan Raz. Rasa sayu melanda diriku apabila mendengar perbuatan Papaku pada Raz. Belum sempatku menyoal lagi Raz mula bersuara kembali.

"Aku akan rampas balik tittle Ketua Mafia tu daripada Papa kau. Aku akan pastikan Papa kau berlutut minta maaf pada keluarga aku. Sebab tu aku culik kau. Kau ingat aku ni nak sangat ke jaga anak kepada pembunuh ayah aku.", kata Raz.

Aku terkedu lagi. Tiada lagi ayat yang mampu aku keluarkan. Hanya diam yang menjadi pilihan ku sementara mata ku yang berkaca itu bertukar menjadi rembesan H2O. Jujur sekali, aku tidak percaya bahawa sikap Raz adalah sebegini rupa dan bukanlah seperti Raz yang ku kenal.

Raz POV

"Kenapa kau diam? Terkejut. Yes ni la perangai aku yang sebenar. Apa yang aku nak, aku akan dapatkan. Tak ada siapa yang boleh halang aku.", ungkap ku lagi apabila tiada suara dari Isya disitu. Lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan Isya.

Pintu bilik Isya itu ditutup lalu dikunci dan empat bodyguard diarahkan mengawal disitu sebagai langkah berjaga jaga supaya Isya tidak meloloskan diri dari situ.

*Skip*

"Nah japgi tolong hantarkan makanan ni untuk perempuan kat atas tu. Dan pastikan dia makan.", arah Raz kepada salah satu bodyguard disitu.

"Baik bos.", balas bodyguard itu.

Isya POV

tok tok tok

Kedengaran pintu bilik ini diketuk dari arah luar. Aku hanya berdiam diri duduk di atas katil.

"Nah makan ni.", arah lelaki berbaju hitam itu sambil menghulur dulang berisi makanan itu ke arah ku.

"Saya tak lapar.", jawabku. Hanya dimulut menafikan padahal dari tadi perutku tidak berhenti mengeluarkan bunyi bunyi aneh.

"Cik kena makan juga, tak kisah la cik lapar atau tak. Ini perintah dari bos. Kalau cik tak makan susah saya nanti.", balas lelaki itu.

"Kan saya dah cakap saya tak lapar. Tak faham bahasa ke?", bentak ku.

"Kau boleh keluar. Biar aku yang uruskan dia ni.", Ris datang mencelah.

"Baik bos.", lelaki itu menurut perintah.

"Sayang, kenapa ni marah marah?", Ris mula menghampiriku.

Langkahnya semakin lama semakin laju. Aku yang berdiri juga terduduk kerana tidak mampu mengundurkan. Tangannya mula menyentuh pipiku.

"Jangan sentuh saya.", marahku terhadap perbuatan Ris itu lalu menepis tangannya dari menyentuh ku.

"Alolo.. marah ye.. Kau nampak lagi cantik bila marah.", ungkap Ris disitu yang semakin menghampiri wajahku.

Aku menelan liur. Tangan Ris juga mula menyentuh pipi kembali. Yes aku memang sexy tapi aku tak pernah beri tubuhku kepada sesiapa.

"Ris!!", tegasku apabila tangan nakal Ris mula menurun ke leher dan bahuku. Dada lebarnya ku tolak menjauhiku.

"Main tolak tolak pulak ye. Macam tahu tahu je aku suka perempuan jual mahal ni.", balas Ris apabila aku berbuat sedemikian.

Selang sesaat dia selesai bercakap, badanku ditolak sehingga terbaring diatas katil. Kedua tangan ku dikunci rapat oleh genggaman tangannya. Aku tidak mampu berbuat apa apa lagi.

Adakah ini hari terakhirku bergelar anak dara?

bersambung....

KASIH TANPA SAYANG ✔Where stories live. Discover now