Harazzzzzz!!!
Kedengaran namaku dipanggil dari aras dua.
"Eh macam suara Isya.", suara hatiku bermonolog.
Razzz!! tolong saya!!
Kini seruan namaku semakin jelas kedengaran dan memang tidak lain dan tidak bukan yang memanggilku adalah Isya.
Tanpa berlengah aku terus berlari ke aras dua dengan keadaan risau. Takut Ris membuat perkara yang tidak elok lagi pada Isya.
Sesampainya didepan pintu bilik Isya itu, aku terus masuk. Suara Isya itu kedengaran berada di dalam bilik mandi. Makin lama jeritan semakin kuat. Aku juga merasa serba bersalah hendak masuk ke dalam bilik mandi itu. Tapi aku terpaksa apabila Isya tidak henti henti menjerit meminta tolong di dalam sana.
Aku memberanikan diri membuka pintu bilik air itu. Mataku ditutup rapat dan sebelah tangan lagi ku letakkan betul betul dia hadapan mata sebagai penghadangku untuk melihat.
"Kenapa ni?", aku bersuara sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mandi itu. Namun tiada jawapan lain dari Isya selain menjerit meminta tolong.
Aku membuka mata yang ditutup rapat tadi. Ya tidak lain dan tidak bukan juga, Isya yang hanya berlilitkan tuala di badannya sedang berada dihadapanku. Dan tanpa segan silu Isya terus berlari kearahku dan memelukku sebaik sahaja aku membuka mataku.
"Help me!! Ada lipas kat situ.", kata Isya sambil jarinya menunjuk nunjuk kearah dinding.
"Macam mana aku nak tengok kalau kau tak lepaskan aku ni.", ujarku kepada Isya yang masih memelukku. Takut apa tah. Lipas je kut.
"Arghhh... lipas tu ada kat lantai ni.", terjerit Isya apabila lipas itu menghampiri kaki nya. Pelukannya juga semakin erat dan genggaman tangannya juga semakin ganas sehingga leherku tercakar dengan kukunya.
Lipas itu menjadi lebih agresif apabila suara jeritan Isya yang kuat itu. Hampir pecah gegendang telinga aku dibuatnya. Dan kini jeritan semakin kuat apabila lipas tu terbang dan hinggap di bahu Isya. Isya cuba menepis lipas itu dari bahunya sehingga dia belakang bahunya terluka sedikit akibat terlanggar pili air.
Keadaan menjadi tenang semuka apabila aku selesai berperang dengan seekor lipas itu. Sekarang Isya dapat menghembus nafas lega. Dan aku pun beransur keluar dari bilik mandi itu. Perasaan malu kian membuak apabila melihat keadaan Isya yang hanya bertuala itu. Isya juga kelihatan begitu apabila aku melihatnya.
*
Isya POV
Selesai sahaja memakai baju, aku mulai teringat tentang kejadian yang berlaku tadi. Sungguh memalukan. Aku yang hanya bertuala dan ditambah pula dengan aku yang memeluk Raz.
"B*d0h la kau Isya.. Why you're so stupid?", aku memarahi diriku sambil pipi ku di tampar tampar cuba mengingatkan diri yang kurang waras ini.
Aktiviti tanganku terhenti apabila seseorang mengetuk pintu bilik ini.
"Aku ni...", katanya diluar bilik sebaik sahaja pintu selesai diketuk. Dan aku sungguh mengenali suara serak basah ini. Siapa lagi kalau bukan Raz.
"Masukla..", jawabku.
Raz pun memasuki bilik ini dengan membawa sesuatu. Dan barang itu ialah sekotak first aid kit.
"Nah.. tadi belakang kau luka kan.", katanya prihatin sambil kotak itu dihulurkan.
"Hahh?? Saya ke?", aku terpinga pinga.
"Kau la.. siapa lagi yang ada kat sini.", jawab Raz.
"Tak perlu kut. Saya tak rasa sakit pun.", ujarku lagi.
"Kau nak tunggu sakit sampai bernanah dulu baru nak letak ubat. Macam tu??", marah Raz.
"Takk.. sa..ya....", belum sempat aku menghabiskan kata kata Raz memotong percakapan ku.
"Kau duduk sekarang. Mari sini aku letakkan ubat.", paksa Raz.
Aku pun hanya mengikut apa yang disuruh Raz sahaja. Nak membantah takut. Ikutkan sahaja lah. Rambut panjangku dileret ke tepi sementara Raz yang berada dibelakang ku mula menyapu ubat di tempat lukaku.
"Ahh", aku mengaduh kesakitan.
"Tadi kata tak rasa sakit.", perli Raz disitu.
"Tadi tak rasa lagi, tapi lepas awak sapu ubat baru rasa pedih.", kataku.
"Yela..", balas Raz.
"Dah siap.", sambung Raz lagi.
Raz POV
Aku mula menyimpan krim luka di dalam kotak semula. Tapi aktivitiku terhenti apabila Isya memegang tanganku dan memulakan perbualan.
"Kejap. Jangan simpan lagi.", kata Isya.
"Kenapa?? Kau ada sakit kat mana mana lagi ke?", soalku.
"Bukan saya tapi awak tu. Ni leher awak.", jawab Isya.
"Takpa.. saya punya ni tak sakit.", balasku dengan salamba.
"Harraz Zakuan. Duduk sekarang. Saya nak sapukan ubat. Jangan nak melawan.", kata Isya dengan tegas.
"Hmmm yela.", aku pun hanya menuruti perintah seperti mana aku memaksanya tadi. Isya tersenyum kecil dan mula meletakkan krik ubat apa lukaku.
Skip
"Awak!! Thanks", kata Isya kepada ku.
"Ye sama sama. Terima kasih jugak.", balasku.
"Kasih diterima.", jawab Isya sambil tersenyum nakal.
"Bos! Madam datang.", kata seorang bodyguard selepas pintu bilik diketuk.
Aku pun dengan pantas beransur keluar meninggalkan Isya yang berada di situ
bersambung...
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Random"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...