"Syukurlah, encik Zarif dah melepasi tahap kritikal.
"Terima kasih doktor.", ucap Raz.
"Boleh saya jumpa papa saya?" soal Isya.
"Boleh tapi keadaan encik Zarif masih lagi lemah akibat ubat bius.", ujar doktor itu kepada Isya dan Raz.
"Baik doktor.", balas Isya. Tanpa berlengah Isya dan Raz terus bergerak ke bilik Dato' Zarif.
Sesampainya di bilik Dato' Zarif, Isya terus meluru kearah katil Dato' Zarif.
"Papaaa..", panggil Isya.
"Bangun la. Isya datang ni.", sambung Isya lagi sambil memegang tangan Dato' Zarif yang masih belum menyedarkan diri.
"Isya jangan la macam ni. Awak tu pun tak sembuh lagi. Jangan la paksa sangat tangan tu bergerak.", kata Raz untuk menenangkan Isya.
"Saya nak tunggu sini sampai papa sedar.", balas Isya.
"Boleh tak?", soal Isya manja.
Raz menggangguk perlahan.
"Iii..syaaa...", kedengaran suara lemah encik Zarif yang mula sedar.
"Papa dah sedar.", Isya bersuara teruja melihat keadaan encik Zarif yang mula membuka mata. Raz terus memanggil doktor apabila melihat keadaan itu.
*
*
*
"Isya sihat?", soal Dato' Zarif yang sudah sedar sepenuhnya.
"Isya okay je sihat. Papa jangan buat macam tu dah lain kali. Bahaya tahu tak. Isya taknak hilang papa walaupun papa bukan ayah kandung Isya.", balas Isya muram.
"Kenapa Isya cakap macam tu? Isya anak kandung papa.", kata encik Zarif dengan nada bingung dengan kata kata Isya.
"Papa yang ca..kap...", belum sempat menghabiskan percakapan, ayat Isya dipotong oleh encik Zarif.
"Sebenarnya tu bukan papa. Tu adik kembar papa.", tutur encik Zarif.
"Dato' ada kembar?", soal Raz yang bingung.
"Ya. Nama dia Zafir. Dia dah lama berdendam dengan uncle dan juga kawan baik uncle, Megat Razak.", balas encik Zarif sambil mengenang kisah silam.
Flashback
15 tahun lalu...
"Zafir!!! Jangan buat kerja bodoh boleh tak? ", jerkah Zarif.
"Lantak la apa nak jadi. Kalau aku cakap aku nak, aku akan dapatkan. Walaupun aku kena kotorkan tangan aku sendiri.", kata Zafir selamba sambil pergi bersama sepucuk pistol ditangannya.
"Ingat Zafir dia dah banyak tolong kita. Dia kawan kita Zafir.", kata Zarif untuk menyedarkan kembarnya yang degil itu.
Zarif cuba menghalang Zafir tapi bertepatan dengan situasi isterinya yang sudah sarat mahu melahirkan Isya.
*
*
*
"Haa Zafir duduklah dulu, sekejap aku suruh bibik buatkan air.", pelawa Megat dengan sopan.
"Bagi aku semua harta kau.", gertak Zafir sambil mengacu pistol kearah Megat.
"Ke..kenapa ni Zafir? Jangan macam ni. Kita boleh bawa berbincang.", balas Megat untuk menenangkan Zafir.
"Jangan datang dekat!!!", tengking Zafir.
"Ayahhhhh...", panggil Harris yang terkejut sambil menangis melihat ayahnya dalam keadaan terancam.
"Harris jangan datang bahaya.", jerit Megat.
"DIAMMM!!", tengking Zafir.
"Bagi semua yang aku nak sebelum aku tembak anak anak kau ni.", sambung Zafir lagi.
"Jangan Zafir.", rayu Megat.
"Tandatangan surat ni cepat.", arah Zafir.
Megat terus mengambil surat itu beserta pen di poket bajunya dan berpura pura menandatangani surat itu. Tanpa ragu ragu Megat menikam peha Zafir dengan pen nya.
"AAAAAAaaaaaaaa", teriak Zafir kesakitan.
"Harraz bawa Harris lari dari sini cepat.", jerit Megat serta merta selepas menikam peha Zafir.
"Tak guna kau Megat. Nah ambik kau.", ucap Zafir sambil melepaskan tembakan tepat di dada Megat.
"ZAFIR!!!!", jerkah Zarif yang baru tiba disitu. Zafir terus melarikan diri dari tempat kejadian.
"Megat kau bertahan ye. Aku panggilkan ambulans. Tahan kejap je.", kata Zafir.
"Zarif aku dah tak kuat. Aku serahkan semua harta aku pada kau. Aku nak mintak satu je, kau tolong cari dah jaga anak anak aku.", pinta Megat.
"Aku janji. Aku akan cari dan jaga mereka macam anak aku sendiri.", balas Zarif sebelum Megat sudah tidak bernyawa.
End Flashback
"Sejak haritu papa mula cari anak anak Megat dan sekarang pap a dah jumpa salah sorang anak dia. Harraz Zakuan.", kata encik Zarif dengan gembira.
bersambung...
next chapter after vote 30💗
YOU ARE READING
KASIH TANPA SAYANG ✔
Sonstiges"Aku sukakan kau Raz..!!", mengapa amat susah untuk aku lafazkan ayat itu. Isya Amani anak ketua mafia yang terkenal. Baik, ramah, sexy, penyayang dan manja. Isya telah jatuh cinta dengan bodyguardnya sendiri. Harraz Zakuan seorang bodyguard Isya...