Senyuman lebar di bibir Ji Ah masih belum hilang sejak pulang dari restoran tadi.Hwa Ra yang masih belum tahu cerita sebenar pula terpaksa menunggu untuk kawan baiknya itu bercerita.
Ji Ah yang tersenyum tadi mengaduh sakit bila satu tamparan hinggap di bahu.Tangan kirinya menggosok bahu yang terasa perit itu.
"Cepatlah cerita...siapa yang kita jumpa tadi? Boyfriend? Kalau betul,kau memang kejam lah sebab tak bagitahu aku..",Hwa Ra membuat andaian sendiri.
"Bukanlah...Hyunjin dengan Han tu kawan masa aku sekolah menengah dulu.Kiteorang boleh dikatakan rapatlah sebab satu kelas.",cerita Ji Ah.
Hwa Ra mengangkat keningnya mendengar penjelasan Ji Ah.Kawan sekelas tapi angau sampai ke luar bumi.Tidak tahu pula impak berjumpa kawan sekelas boleh jadi sebegitu sekali.
"Apa?",tanya Ji Ah bila Hwa Ra memberinya pandangan yang mengejek.
"Kiteorang memang kawan jelah...tapi Hyunjin tu crush aku...sebab tulah aku macam teruja bila dapat jumpa dia balik.",jujur Ji Ah dan barulah Hwa Ra berpuas hati.
"Kenapa kau tak luah je? Mana tahu ada peluang...lagipun aku tengok Hyunjin tu jenis peramah lainlah kalau jenis macam adik dia.",ujar Hwa Ra.
Kerepek di atas meja,dicapai.Berbual sambil mengunyah kerepek merupakan perkara yang wajib bagi Hwa Ra.
Sebut pasal Jeongin membuatkan Ji Ah termenung seketika.Kejadian terlanggar di pantai tadi nampaknya belum selesai memandangkan Jeongin terlebih dulu meminta diri sebelum sempat dia berkata apa-apa.
"Nantilah bila aku dah sedia... buat masa ni biar kiteorang berkawan dulu.",balas Ji Ah.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Jeongin mengerutkan dahi bila cahaya matahari mula menyinari wajahnya.Dia meregangkan badan sebelum bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai mandi,Jeongin mengambil telefonnya yang dicas.Tuala diletakkan di hujung katil sebelum Jeongin membuka telefonnya.Senyuman terukir bila membaca pesanan yang dihantar Puan Hwang.
Sedang bersiap,perut Jeongin mula berbunyi minta diisi dan barulah dia teringat yang dia belum makan apa-apa malam tadi.
"Agaknya Abang bungkus makanan tak?",soalnya sendiri sebelum kaki melangkah menuju ke dapur.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
"Mi goreng Iyen ada dalam peti...nak Abang panaskan?",tanya Hyunjin yang kebetulan ada di dapur ketika itu.
"Tak apalah,biar Iyen yang buat sendiri.",ujar Jeongin lalu tersenyum.
Hyunjin hanya membiarkan adiknya melakukan sendiri.Sengaja dia bertanya kerana dia juga hendak memanaskan makanan yang dibungkus malam tadi.
Mi goreng yang sudah siap dipanaskan,dihidang ke dalam pinggan.Mata Jeongin mencari kelibat Han yang tidak kelihatan pagi itu.
"Abang Han mana?",soal Jeongin sambil menyuapkan mi goreng ke dalam mulut.
"Waktu macam ni jangan haraplah dia nak bangun...",kata Hyunjin dan Jeongin mengangguk faham.
Suasana dapur sunyi seketika oleh kerana masing-masing menikmati sarapan.Selang beberapa minit,Hyunjin bersuara.
"Iyen...hari ni kita nak buat apa ya? Ada apa-apa aktiviti tak yang Iyen nak buat?
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...