"Sayang..."
Hyunjin yang sedang memilih barang, tergamam apabila seorang gadis tiba-tiba memeluk lengannya.Gadis itu melemparkan senyuman manis ke arah Hyunjin lalu melepaskan lengan Hyunjin.
"Erika? Apa yang awak buat kat sini?" soal Hyunjin separa terkejut. Gadis yang bernama Erika itu menyisir rambutnya ke belakang telinga sebelum menjawab soalan Hyunjin.
"Alah...awak tak rindu saya ke? Dah lama kita tak jumpa." Erika meluahkan rasa kecewa bila Hyunjin melayannya begitu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
"Hyunjin? Sa...sayang?" ujar Ji Ah dengan nada tidak percaya.
"Awak buat apa duduk kat sini?" tegur Jeongin yang kebetulan berada di barisan rak makanan itu.
Akibat terkejut, Ji Ah melatah secara tidak sengaja. Salad yang dipegangnya jatuh tergolek dan berhenti tepat di depan kaki Jeongin. Tidak menjawab soalan Jeongin, Ji Ah segera bangun tanpa mengambil salad itu lalu pergi ke tempat lain meninggalkan Jeongin yang memegang salad di tangannya.
Jeongin memandang sekeliling mencari Hyunjin yang datang ke situ bersamanya tadi. Matanya tertumpu pada Hyunjin yang ketika itu bersama seorang gadis yang sangat dikenalinya, Erika Park.
Ji Ah meletakkan barang-barang yang diambil tadi ke atas kaunter untuk diimbas dan ketika itulah baru dia tersedar yang dia terlupa untuk mengambil salad. Nampaknya dia terpaksa pergi ke belakang semula untuk mengambil salad.
"Erm... Saya nak pergi ambik satu barang lagi boleh?" tanya Ji Ah dan juruwang yang bertugas hanya mengangguk.
"Ni ke barang tu?" soal Jeongin setelah meletakkan salad di atas kaunter. Ji Ah perlahan-lahan mengangguk tanda mengiyakan soalan Jeongin.
Sambil menunggu giliran, Jeongin membaca pesanan yang diterima dari Hyunjin, menyuruh untuknya pulang terlebih dulu.
Di luar pasaraya,
Ji Ah melepaskan keluhan bila melihat bilangan beg plastik yang berisi barang dapur itu. Sudahlah dia hanya berjalan kaki bagaimana dia hendak mengangkut semua itu dengan hanya menggunakan kedua tangannya.
Gadis itu tersenyum lega melihat Jeongin sedang menghampirinya.Nasib baiklah Jeongin sudi membantunya untuk membawa sebahagian beg plastik itu.
"Terima kasih sebab sud---" kata-kata Ji Ah terbantut bila Jeongin hanya berjalan melepasinya tanpa menghulurkan bantuan seperti yang diharapkan.
"Iyen!" panggil Ji Ah secara terpaksa. Lagipula hanya Jeongin saja yang ada untuk membantunya.
Mendengarkan namanya diseru, Jeongin menoleh ke arah Ji Ah seraya mengangkat keningnya. Dia memandang beg plastik yang berhampiran Ji Ah dan tahulah dia yang gadis itu memerlukan pertolongannya.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hyunjin melihat jam tangannya. Sudah hampir sepuluh minit dia berada di kafe itu. Erika yang duduk berhadapan dengannya dipandang.
"Cepatlah bagitahu apa tujuan awak ajak saya ke sini? Kalau awak cuma ajak saya minum, terima kasih sajalah. Saya balik dulu." Hyunjin bangun dari kerusinya.
"Saya cuma rindukan awak, Hyunjin. Dan saya ajak awak datang sini sebab nak berbual dengan awak, salah ke?" Erika cuba meraih simpati.
Hyunjin tersenyum sinis mendengar 'tujuan' gadis itu. Entah muncul dari mana tiba-tiba datang untuk meluahkan perasaan rindu yang tidak masuk akal itu padanya.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...