Musim luruh 2021
Cuaca sejuk mula terasa dek peredaran musim yang berlaku. Selama 3 bulan, musim panas mula berlalu dan musim luruh yang menyamankan tiba. Daun-daun yang bertukar warna kekuningan, gugur memenuhi persekitaran jalan.
Jika sebelum ini hanya berpakaian biasa, kali ini jaket labuh bersama skaf merupakan pakaian wajib untuk keluar rumah. Jeongin melilit skarf di sekeliling lehernya. Suhu pada hari itu agak rendah yang mana membuatkan dia menambah kain sebagai tambahan.
"Iyen.. nak pergi mana?" Tanya Puan Hwang. Bangun pada awal pagi memang kebiasaan anak bongsunya namun yang mengundang hairan ialah melihat Jeongin berpakaian lengkap.
"Abang ajak Iyen keluar jalan-jalan. hehe.." beritahu Jeongin. Puan Hwang mengangguk faham.
Selepas pulang dari percutian pada musim panas yang lepas, Jeongin menunjukkan perubahan. Dirinya yang banyak membisu bertukar kepada seorang yang banyak berinteraksi walaupun wajah ketat Jeongin masih lagi kelihatan. Selang beberapa minit, Hyunjin pula dari tingkat atas.
Puan Hwang menuang air coklat panas ke dalam cawan. Sebelum keluar, biarlah anak-anaknya memanaskan badan terlebih dulu. Dua cawan diletakkan di atas meja.
"Minum ni dulu.." arah Puan Hwang. Tanpa membantah, dua beradik itu mengambil cawan serentak. Perbuatan itu membuatkan ibunya tersenyum girang.
"Okey, Mama. Kitaorang pergi dulu." Hyunjin melambai kecil. Jeongin pula terlebih dulu menyarungkan kasut menuju ke kereta.
"Hyunjin! Iyen! Yohooo!!" Laung Han dari jauh. Meskipun jarak mereka ketika itu 100 meter, suara Han dapat didengar jelas.
Hyunjin segera mengalihkan pandangan sebaik saja mereka menjadi tumpuan orang sekeliling. Hendak menyesal pun tiada guna jadi, terpaksalah Hyunjin berpura-pura tidak tahu. Jeongin memerhati Han yang sedang berlari kecil ke arahnya. Dengan snowcap disarungkan pada kepala, berjaket labuh paras lutut menampakkan Han seperti kanak-kanak riang.
"Korang! Aku rindu huwaaa!!" Jeongin cepat-cepat menolak badan Han yang ingin memeluknya itu.
"Rindu kepala otak kau.. baru semalam kau makan dekat rumah aku. Siap tambah lauk lagi." Hyunjin mengetuk kepala Han. Bilalah hendak habis drama kawan baiknya itu. Kalau dihitung, sudah tentu mengalahkan drama Indonesia yang beratus-ratus episod.
"Alah... Dah rindu nak buat macam mana." Han mencebik. Sampai hati Hyunjin menolak pelukan hangatnya di musim luruh itu.
Jeongin yang dari tadi membisu, mula bersuara. "Kak Hwa Ra apa khabar?"
Mendengar soalan itu, mata Han bersinar bak bintang di malam hari. "Dia sihat! Baru tadi video call dengan dia. Sebut pasal Hwa Ra, rindu pulak."
Jeongin tertawa kecil. Bukan dia tidak tahu yang Han akan berhubung dengan Hwa Ra selang sejam sekali. Kalau dia yang berada di tempat Hwa Ra, sudah tentu naik bosan. Nasib baiklah Ji Ah jenis yang hanya bertanya khabar sekali sehari. Jadi, rasa rindu itu masih terasa.
"Okey, sekarang ni kita nak berbasikal kan? Jom pergi sana cepat. Nanti basikal tak ada pula nak sewa." Hyunjin mencelah. Hendak melayan perasaan rindu Han, sampai ke sudah tidak habis.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hwa Ra merenung skrin telefonnya sambil meniarap di atas sofa. Jari runcing meleret skrin, melihat video viral yang dimainkan di media sosial.
"Elok sangat duduk macam tu. Kalau Han tengok ni, tak jadi nak buat isteri." Tegur Ji Ah yang datang dari dapur.
"Bukan dia ada pun.. kau masak apa tadi?" Soal Hwa Ra. Kemudian dia mengubah posisinya tadi kepada duduk bersila. Ji Ah mengambil tempat di sebelahnya.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...