-'➓'-

140 34 160
                                    

Han menggaru kepala sambil memikirkan cara untuk meluahkan perasaan yang tertangguh tempoh hari. Mulutnya terkumat-kamit menghafal skrip Hyunjin. Dia mengangguk dengan yakin lalu menarik nafas sedalamnya.

Hwa Ra mendongak memandang Han yang berdiri di sebelahnya. "Han! Cantik tak istana pasir yang saya buat ni?"

"Can... Tak." Han membulatkan matanya bila tersalah sebut. Hwa Ra memandang pelik mendengar perkataan yang keluar dari mulut Han. Tersalah dengar kah?.

"Cantik!" Puji Han sambil menunjukkan ibu jarinya. Hwa Ra tersenyum girang lalu menambah lagi acuan pasir di bahagian atas. Han menghela nafas lega. Entah kenapa dia boleh tersasul sebegitu rupa.

Mata Ji Ah memerhati Han dan Hwa Ra silih berganti. Seperti mengetahui niat Han, Ji Ah meminta diri. "Hwa Ra, aku pergi sana kejap tau."

Han menoleh ke arah Ji Ah dan kelihatan Ji Ah memberi semangat kepadanya. Han duduk di sebelah Hwa Ra yang sedang leka membina istana pasir itu. Dia berdehem beberapa kali sebelum bersuara.

"Erm... Hwa Ra." Han membuka mulut. Dengan harapan setinggi gunung, dia berdoa agar semuanya berjalan seperti yang dibayangkannya.

"Kenapa?" Hwa Ra tidak menoleh sebaliknya tangan sibuk menghias istana pasir yang sudah siap dibina itu. Sesuatu yang berjalan di istana pasir menarik perhatiannya.

"Sebenarnya saya nak cakap yang-"

"Han! Kumbang tanduk!" Sakat Hwa Ra.

"Argh! Saya suka awak!" Han meluahkan perasaannya tanpa sedar. Hwa Ra yang memegang anak ketam itu, terkedu. Han menutup mulut dengan kedua tangannya lalu melarikan diri kerana malu.

"Hwa Ra! Cepat kejar Han!" Hyunjin dan Ji Ah bersorak dari jauh. Hwa Ra lantas bangun bila diberi semangat begitu kemudian mengejar Han yang tidak jauh darinya.

Hyunjin menepuk tangannya sambil bersiul. Kalau Ji Ah tidak memberitahu tentang itu kepadanya, sudah tentu dia tidak sempat memberi sokongan. Hyunjin cepat-cepat berpaling ke arah lain apabila matanya bertembung dengan Ji Ah. Untuk menghilangkan rasa kekok, Hyunjin melangkahkan kaki menuju ke arah bekas tahan sejuk.

"Iyen, nak air?" Tanya Hyunjin dan Jeongin mengangguk. Pandangannya beralih ke arah Ji Ah pula.

"Ji Ah, awak nak air tak?" Tidak sempat Hyunjin bertanya, Jeongin terlebih dulu bersuara. Ji Ah hanya menggeleng lalu mengalihkan pandangannya ke arah laut.

Hwa Ra masih lagi mengejar Han. Akibat terlalu penat berlari, Hwa Ra tersadung seliparnya sendiri lalu tertiarap di atas pasir. Mendengar bunyi jatuhan, Han menoleh sebelum berlari ke arah Hwa Ra.

"Hwa Ra, awak okey tak?" Han mendekati Hwa Ra.

"Hahahahaha! Saya okey." Hwa Ra tergelak sambil menyapu pasir yang melekat pada mulutnya. Suara tawa gadis itu membuatkan bulu roma Han berdiri. Hwa Ra sedang disampuk hantu kah? Han menapak beberapa langkah ke belakang, menjauhi Hwa Ra.

"Kenapa gelak? Betul ke awak Hwa Ra?" Soal Han polos. Ranting kayu juga diambil sebagai alat untuk mempertahankan dirinya.

"Ya, Hwa Ra. Takkan kumbang tanduk pulak. Awak janganlah lari, penat saya nak kejar tau tak?? Saya tak sempat nak cakap yang saya pun suka awak." Hwa Ra meluahkan perasaannya pula.

Han mula tersipu malu. Itu pada luarannya sahaja sedangkan di dalam hati, sudah berteriak teruja. Pipinya menaik kerana tersenyum. "Kiranya, kita ni jadilah?"

"Ha jadilah kot. Dah lah jom balik, diorang tunggu tu," ajak Hwa Ra lantas menarik tangan Han.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now