-'⑯'-

135 32 183
                                    

Bunyi pengisar makanan memecah kesunyian di pagi hari. Hyunjin mendengus geram apabila tidurnya terganggu. Dengan rasa mengantuk yang masih tersisa, Hyunjin bangun dari pembaringannya. Telefon yang terletak di hujung kepala dicapai dan jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Hyunjin mengangkat kaki menuju ke dapur untuk melihat gerangan yang berada di dapur. Matanya digosok perlahan sebelum terbuka luas. Dengan langkah seribu, Hyunjin menghampiri gerangan tadi.

"Erika?? Awak buat apa dekat sini??" Soal Hyunjin dalam keadaan berbisik. Urat di lehernya juga kelihatan kerana menahan marah. Bagaimana gadis itu boleh masuk ke dalam rumahnya?

Erika hanya mengukirkan senyuman. Dia sudah menyiapkan sandwic telur untuk sarapan. Buah limau yang dikisar tadi, dituang ke dalam gelas. "Good morning, Sayang."

Hyunjin menolak tangan Erika yang menghulurkan jus limau kepadanya. Wajah gadis tinggi lampai itu direnung tajam.

"Saya tanya awak, macam mana boleh masuk dalam rumah saya?" Suara Hyunjin sedikit mengeras. Kalau Jeongin melihat Erika berada di situ, dia boleh membayangkan reaksi adiknya. Atau lebih teruk lagi, Jeongin akan salah faham dengannya.

Erika meminum jus terlebih dulu sebelum menjawab pertanyaan lelaki yang dicintainya. Mungkin Hyunjin tidak mengetahui apa-apa tentang rumah penginapan itu. Gelas kaca diletakkan di atas meja lalu Erika menuju ke ruang tamu. Segugus kunci diambil sebelum diberikan kepada Hyunjin.

"Untuk pengetahuan awak, homestay ni ayah saya punya. Takkan awak dah lupa pekerjaan ayah saya?" Erika mencebik. Pertemuan mereka di pasaraya bukanlah kebetulan melainkan dia mengekori pergerakan Hyunjin sejak awal lagi.

Hyunjin mengetap giginya. Kenapa? Kenapa dalam banyak tempat, rumah milik keluarga Erika juga yang dijadikan pilihan? Gugusan kunci tadi dipulangkan semula. Hyunjin menarik tangan Erika menuju ke pintu. Dia tidak peduli dengan apa yang dikatakan gadis itu tadi. Erika perlu keluar dari rumah itu dengan kadar segera sebelum Jeongin dan Han bangun dari tidur.

"Awak balik sekarang. Walaupun ni rumah ayah awak, tak bermaksud awak boleh masuk sesuka hati. Saya duduk sini bukan percuma. Jadi, jangan nak gunakan alasan sampah awak tu demi kepentingan diri awak sendiri." Hyunjin menolak badan Erika keluar dari rumah.

"Okey saya akan balik tapi, sebelum tu bagi saya berjumpa dengan Jeongin. Apa awak ingat saya ni senang-senang je nak mengalah?? Kenapa awak tak nampak usaha saya, Hyunjin?" Erika meluahkan rasa tidak puas hati. Tindakan Hyunjin yang menolak dia keluar tadi mengguriskan hatinya.

"Jeongin! Jeongin! Jeong-"

Hyunjin menolak badan Erika ke dinding lalu menutup mulut gadis itu. Erika meronta minta dilepaskan namun tidak diendahkan Hyunjin.

"Please, Erika... Jangan buat kecoh dekat sini. Saya janji akan buat apa saja yang awak nak tapi jangan dekati Iyen... Saya merayu." Hyunjin perlahan-lahan menurunkan tangannya. Erika terdiam sebaik saja melihat pandangan redup Hyunjin. Pandangan yang sama ketika dia memutuskan pertunangan mereka dulu.

"Hyun-" Kata-katanya terhenti apabila Hyunjin sudah pun menutup pintu. Entah kenapa bila melihat wajah Hyunjin sebentar tadi, dirinya rasa begitu bersalah. Tidak lama kemudian, Erika pergi dari rumah itu. Untuk hari ini, dia mengalah.





"Wah! Hyunjin buat jus oren! Limau segar dari ladang ni." Han yang baru saja keluar dari bilik, segera mengambil gelas lalu menuang baki jus di dalam pengisar itu. Tidak sia-sia dia membawa pulang limau semalam.

Hyunjin hanya memandang kosong. Hilang mood baiknya pagi itu kerana kehadiran Erika. Han melabuhkan punggungnya di sebelah Hyunjin. Kek keju yang dibeli Jeongin semalam dijadikan sarapan.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now