Jeongin masuk rumah terlebih dulu kerana Han pergi berjumpa Hwa Ra. Patutlah dia mengambil dua bekas kek dan beberapa bungkus roti tadi. Memikirkan Hyunjin berada di dalam bilik air, Jeongin terus menuju ke bilik. Kakinya berhenti melangkah sebaik saja melihat Hyunjin berada di dalam biliknya.
"Abang buat apa dalam bilik Iyen?" Tanya Jeongin.
Hyunjin meletakkan klip rambut di atas meja sebelum menoleh. "Abang masuk sebab hantar baju Iyen yang Abang lipat tadi. Iyen rehatlah, Abang keluar dulu."
"Ouh... Terima kasih," ujar Jeongin lalu perhatikan Hyunjin melangkah keluar dari bilik. Matanya tertumpu pada kedudukan meja kecil yang sedikit berubah itu. Barang di atas meja dipandang lalu dia mengambil klip rambut Ji Ah. Terlupa pula hendak memulangkan barang itu kepada Ji Ah.
Hyunjin termenung, teringat kembali barang yang ditemui di dalam bilik Jeongin tadi. Deringan telefon membuatkan lamunan Hyunjin terhenti. Nama pemanggil itu membuatkan Hyunjin mendengus geram. Butang hijau pada skrin ditekan sebelum telefon ditekap pada telinga.
"Apa lagi yang awak nak??" Soal Hyunjin dengan nada tidak puas hati.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Ji Ah memerhati gelagat Hwa Ra yang sedang melayan Han di ruang tamu. Sudahlah Hwa Ra meminta dia untuk membancuh air kekasih hatinya. Hendak membantah, risau pula akan dilabel tidak hormat tetamu walaupun hanya sebelah rumah. Mahu atau tidak, dia hanya pasrah lagi menyerah.
"Nah, minumlah air ni." Ji Ah berbasa basi. Dulang yang berisi minuman itu diletakkan di atas meja.
"Terima kasih, Ji Ah. Duduklah makan dengan kita orang sekali," pelawa Han. Mendengarkan itu, Hwa Ra cepat-cepat mencelah.
"Ji Ah tak suka makan makanan manis macam ni. Kan, Ji Ah?" Hwa Ra membulatkan matanya, memberi isyarat supaya Ji Ah mengiyakan kata-katanya. Han pula memandang Ji Ah dengan tanda tanya. Ini kali pertama dia mendengar perempuan tidak gemar dengan pencuci mulut.
Ji Ah memberi pandangan kosong. Kalau tidak memikirkan Han ada di situ, jangan haraplah dia hendak mengangguk. Baru saja hendak beredar, dia terpandang roti di atas meja.
"Eh, roti sardin? Awak beli untuk Hwa Ra ke, Han?" Tanya Ji Ah dan Han mengangguk. Hwa Ra menelan air liur perlahan melihat roti kegemarannya berada di tangan Ji Ah.
"Disebabkan saya tak makan benda manis... Saya nak yang ni boleh? Lagipun, Hwa Ra alergik dengan sardin." Ji Ah mengenakan Hwa Ra semula lalu tersenyum puas.
"Ouh, boleh-boleh! Ambiklah. Saya tak tahu pulak yang Hwa Ra alergik sardin... Hehe," ujar Han.
"Terima kasih, Han! Korang berborak lah puas-puas. Saya masuk bilik dulu ya?" Ji Ah meninggalkan pasangan itu di ruang tamu. Dua paket roti sardin tadi dibawa sekali. Sempat juga dia mengejek Hwa Ra yang menahan geram itu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hyunjin yang datang dari arah dapur, berhenti melangkah apabila melihat Jeongin yang sedang bersiap-siap di dalam biliknya.
"Iyen nak pergi mana?" Tanya Hyunjin sambil menyandarkan badannya pada pintu.
"Entahlah. Ji Ah yang ajak Iyen keluar petang ni. Kenapa Abang tanya?" Jeongin membetulkan kolar bajunya. Dia hanya mengenakan kemeja T dan seluar pendek pada petang itu.
"Tak ada apa... Abang pun nak keluar sekejap. Jumpa kawan," beritahu Hyunjin.
Jeongin menoleh. "Kawan? Siapa?"
"Kawan masa sekolah dulu. Dah lama tak jumpa, tu yang dia ajak Abang keluar petang ni," bohong Hyunjin. Jika dia memberitahu akan bertemu Erika, entah apa pula reaksi adiknya nanti.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...