Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan jantung Ji Ah berdegup kencang. Siapa pula yang berkunjung ke rumahnya pada jam sebegitu. Namun perasaan takutnya serta merta hilang apabila terdengar namanya dipanggil. Dengan langkah seribu, Ji Ah bergegas membuka pintu.
Melihat riak wajah Hyunjin ketika itu, Ji Ah mengerutkan dahinya. "Kenapa ni, Hyunjin?"
"Ji Ah, tolong saya! Iyen pengsan!" Hyunjin menarik tangan Ji Ah supaya ke rumahnya dengan kadar segera. Mendengarkan itu, Ji Ah terus menutup pintu rumahnya sebelum pergi ke rumah Hyunjin untuk memeriksa keadaan Jeongin.
Ji Ah menghampiri Jeongin yang tidak sedarkan diri. Dua jari diletakkan pada leher untuk memeriksa pergerakan nadi. Nafas Jeongin juga turut diperhatikan samada dalam keadaan stabil atau tidak. Selepas memastikan Jeongin dalam keadaan baik, Ji Ah memanggil Hyunjin yang berdiri tidak jauh darinya.
"Hyunjin, Iyen demam panas ni. Bawa dia masuk bilik lepastu sediakan tuala basah." Ji Ah memberi arahan. Hyunjin mengangguk laju lalu memapah Jeongin ke biliknya dengan bantuan Ji Ah.
Jeongin perlahan-lahan membuka matanya. Sakit di kepala masih terasa tetapi, tidak sekuat tadi. Cahaya lampu membuatkan Jeongin mengerutkan keningnya. Kemudian dia memandang gerangan yang baru saja masuk ke dalam biliknya. Tuala basah yang diletakkan pada dahi, dialihkan.
"Awak dah sedar... Rasa sakit lagi?" Tanya Ji Ah bersertakan senyuman lega. Bubur yang dibawa tadi, diletakkan di atas meja sebelum menumpukan perhatian kepada Jeongin.
Belakang tangan dilekapkan pada dahi untuk memeriksa suhu badan. Nampaknya, demam Jeongin masih belum kebah.
"Apa awak buat dekat sini? Abang mana?" Tanya Jeongin. Seingatnya, dia bersama Hyunjin di ruang tamu.
"Awak pengsan... Hyunjin panggil saya untuk tengok awak. Sekarang ni, Hyunjin pergi beli ubat dekat farmasi. Nanti dia baliklah tu..." Ji Ah menjelaskan perkara yang berlaku. Jeongin hanya mendiamkan diri, tidak bersuara. Perkara terakhir yang menjadi topik perbualan bersama Abangnya tadi ialah tentang Ji Ah. Jadi, sedikit janggal untuk berhadapan dengan gadis itu.
Kereta Hyunjin memasuki garaj rumah. Han keluar dari perut kereta sebelum berlari kecil ke arah tempat penumpang. Dia menyuruh Hwa Ra menunggunya untuk membuka pintu.
"Okey... Terima kasih Hwa Ra sebab temankan saya..," kata Han. Hwa Ra hanya mengangguk seraya tersenyum.
Disebabkan Han duduk bertentangan dengan Hwa Ra, dia hairan apabila kereta milik kekasihnya itu tiada di garaj. Rasanya ketika dia ke situ tadi, kereta masih ada."Hwa Ra... Mana kereta awak?" Soal Han. Melihatkan reaksi cuak Han, Hwa Ra menoleh ke belakang namun dia hanya mengekalkan riak bersahaja.
"Mungkin Ji Ah keluar kot. Tak ada apalah, Han..," ujar Hwa Ra lalu tertawa kecil. Kalaulah Han memasuki pertandingan mimik muka, sudah pasti dia akan menjadi juara kerana wajahnya yang memainkan peranan itu.
Belum sempat Han ingin membuka pintu rumah, Ji Ah terlebih dulu buka dari dalam. Kali ini, reaksi Han dan Hwa Ra sama-sama terkejut. Kenapa Ji Ah berada di dalam rumah penginapan Hyunjin dan siapa yang membawa keretanya?
"Ji Ah... Ke-kereta aku mana?" Tanya Hwa Ra.
Ji Ah menghela nafas perlahan. "Aku bagi Hyunjin pinjam sebab dia nak pergi ke farmasi. Aku ada dekat sini sebab tolong tengokkan Iyen. Dia pengsan tadi." Ji Ah menjelaskan apa yang berlaku. Hwa Ra menarik nafas lega mendengarkan itu.
Han terus berlari masuk ke dalam rumah sebaik saja Ji Ah memberitahu Jeongin pengsan. Pintu bilik Jeongin dikuak luas sebelum dia memanggil nama adik sahabatnya itu.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...