Ji Ah menyeka air matanya yang tidak berhenti mengalir. Batang kayu yang sama di tepi pantai itu menjadi tempatnya melepaskan penat. Selama ini dia tidak pernah tahu apa itu erti cinta hinggalah bertemu dengan Jeongin. Namun, kerana Jeongin jugalah dia tahu apa rasanya patah hati meskipun tidak menjalinkan hubungan istimewa.
"Ji Ah... " Suara yang memanggil namanya tidak diendahkan. Ji Ah terlalu malu untuk menoleh dengan wajahnya yang berbekas air mata itu.
"Kenapa awak duduk sini? Bukan awak keluar dengan Iyen ke?" Soalan itu membuatkan Ji Ah berpaling. Melihat Hyunjin yang berdiri di sebelahnya membuatkan gadis itu terbangun secara mengejut.
Disebabkan tempat itu hanya diterangi dengan lampu jalan, Hyunjin menyengetkan kepalanya untuk melihat wajah Ji Ah. Dia terdiam bila mendapati yang gadis itu sedang menangis.
"Ha? Er... Iyen dah balik kot. Aw- awak buat apa dekat sini?" Ji Ah cuba mengawal nada suaranya yang sedikit bergetar.
Hyunjin menunjukkan bungkusan makanan yang dibeli ke arah Ji Ah. Dia ke situ tadi kerana membeli juadah untuk makan malam. Memandangkan Han dan Jeongin tiada di rumah, dia malas hendak memasak lalu keluar membeli makanan. Dalam perjalanan pulang, dia ternampak Ji Ah yang bersendirian di situ.
"Apa yang jadi? Kenapa awak menangis dekat sini? Kalau awak tak kisah, ceritalah pada saya... Mana tahu saya boleh tolong." Hyunjin menawarkan dirinya untuk menjadi tempat luahan Ji Ah.
Mendengarkan itu, membuatkan Ji Ah menangis semula. Entah kenapa dia begitu sensitif kali ini hingga menjadi cengeng seperti itu. Disebabkan Hyunjin sudi mendengar, Ji Ah pun menceritakan apa yang berlaku di restoran pizza tadi. Hyunjin sendiri terkejut bila mendapat tahu tentang itu. Kenapa Jeongin berkata begitu sedangkan dia dahulu yang menyatakan perasaannya pada Ji Ah.
Ji Ah mengelap air mata sebelum bersuara. "Maaf Hyunjin sebab perlu dengar semua ni. Saya tak berniat pun nak mengadu pada awak."
"Saya sepatutnya minta maaf sebab suruh awak cerita. Ji Ah, awak janganlah sedih... Saya yakin yang mesti ada sebab kenapa Jeongin buat macam tu. Apa kata awak tanya dia?" Hyunjin cuba berfikiran positif. Lagipula, Jeongin bukanlah seorang yang sesuka hati menyakiti perasaan orang lain.
Ji Ah menggeleng. "Tak apalah... Nak buat macam mana. Salah saya jugak yang lambat bertindak... Sekurang-kurangnya dia masih anggap saya sebagai kawan, kan?" Ji Ah cuba menenangkan perasaannya sendiri.
"Tadi, awak cakap yang awak terus balik. Maknanya belum makanlah?" Soal Hyunjin. Tidak menafikan, Ji Ah mengangguk. Dia terlalu sedih hingga tidak teringatkan tentang perutnya yang masih kosong.
Dengan senyuman yang terukir, Hyunjin membuka bungkusan nasi yang dibelinya tadi. Kemudian dia menghulurkan kepada Ji Ah. Gadis itu tercengang lantas menolak. Tidak sangka yang Hyunjin akan memberi nasi itu kepadanya.
"Awak simpanlah nasi ni. Saya makan dekat rumah, Hwa Ra mesti dah masak untuk makan malam." Ji Ah menolak secara baik. Segan dibuatnya bila diperlakukan begitu. Sudahlah Hyunjin terpaksa mendengar kisahnya kini, dia menawarkan pula makanan.
"Hwa Ra mana ada... Dia keluar dengan Han tak balik lagi. Entah ke mana diorang pergi. Cari ikan todak kot. Kita kongsi nasi sama-sama, ya? Lagipun saya bukan habis pun sebungkus ni." Hyunjin tidak mengalah. Kerana itu, Ji Ah terpaksa mengambil makanan tadi.
Perlahan-perlahan Ji Ah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Hyunjin pula menghalakan pandangan ke arah laut. Angin pantai malam itu tidak terlalu sejuk dan terasa begitu menyamankan. Dia memandang sekilas ke arah Ji Ah yang sedang makan di sebelahnya. Mungkin pandangannya dituju ke laut tetapi, di dalam kepalanya ligat memikirkan alasan Jeongin menolak Ji Ah.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...