Hwa Ra yang sedang mengambil sedikit snek di dapur, bergegas ke ruang tamu bila terdengar suara jeritan Ji Ah. Terkejut dibuatnya bila melihat Han yang sedang terduduk di bawah manakala Jeongin pula memegang penyapu lidi yang entah datang dari mana.
"Apa yang kecoh-kecoh ni? Iyen, kenapa pegang penyapu tu?" Soal Hwa Ra kebingungan.
Jeongin meletakkan penyapu lidi tadi ke tepi. "Ha? Kejap, Abang Han tak jawab lagi kenapa ada kat sini."
"Kunci rumah kan pada Hyunjin. Kebetulan pulak masa tu Hwa Ra ada kat luar, lepas tu dia ajak lah tunggu kat sini dulu." Han menjelaskan kesalahfahaman yang berlaku itu.
"Maaf Han. Saya ingatkan perompak tadi." Ji Ah pula bersuara. Kalaulah dia tidak bertindak melulu, pasti semua ini tidak terjadi.
"Masalahnya kau ada telefon kan? Kenapa tak call kita orang? Nasib baik Jeongin yang pergi dulu. Kalau aku, memang kena bantai lah kau." Hyunjin yang berdiri di tepi pintu rumah, mencelah. Berderau darah dibuatnya bila Ji Ah menjerit secara tiba-tiba.
Han bingkas bangun dari situ. Belakang kepalanya diusap seraya tersengih. "Aku tak terfikir lah pulak. Maaf Ji Ah buat awak terkejut."
Ji Ah hanya menggeleng. Lagipun itu juga salahnya. Dia memandang Jeongin yang melangkah keluar dari rumahnya tanpa berkata apa-apa. Rasa bersalah pula bila teringatkan Jeongin yang berlari ke rumahnya tadi.
"Okeylah, kalau dah tak ada apa-apa, kita orang balik dulu." Hyunjin meminta diri. Tidak enak pula dia berlama-lama di situ tanpa sebarang sebab.
Han sempat menghabiskan air teh yang dihidangkan Hwa Ra semasa dia menunggu di situ tadi. "Terima kasih Hwa Ra dan minta maaf Ji Ah sebab buat awak terkejut."
Hwa Ra mengangguk seraya tersenyum. "Tak ada apalah. Jumpa esok, Han. Jangan lupa tau!"
Han menunjukkan ibu jarinya. Dia baru hendak mengucapkan selamat tinggal tetapi tidak sempat kerana Hyunjin sudah pun mengheretnya keluar. Hwa Ra tertawa melihat Han yang hampir terlanggar pagar rumahnya itu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Han mengaduh sakit bila Hyunjin mencubit pipinya. Seperti tiada apa yang berlaku, Hyunjin duduk di sebelah Han yang sedang melayan anime di ruang tamu.
"Kau kenapa cubit pipi aku?" Soal Han tidak puas hati. Tangan pula masih menggosok pipinya yang terasa perit itu.
Hyunjin menoleh ke arah Han lalu cuba menahan tawanya. "Saja. Tengok kau comel sangat."
Han berganjak beberapa inci dari Hyunjin. Meremang bulu roma dibuatnya mendengarkan itu. "Kau jangan macam-macam... Aku straight. Nak bengkok-bengkok pergi cari orang lain."
"Straight-straight pun single jugak." Hyunjin mengejek.
"Eh aku ada Hwa- tak ada apalah." Han menghentikan katanya. Pandangannya dihalakan ke tepi lalu menampar mulutnya perlahan.
"Ha apa tu? Aku dengar kau sebut Hwa tadi. Hwa apa, ha? Hwasa? Hwarang?" Hyunjin mula mendesak Han. Dia yakin yang kawannya itu menyebut sesuatu.
Han menolak badan Hyunjin bila dihimpit begitu. Macam manalah dia boleh terlepas cakap. Dia membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri tanpa menghiraukan desakan Hyunjin.
"Ha! Hwa Ra kan?? Kau bercinta dengan dia ke, Han? Cepatlah cerita dekat aku macam mana kau boleh dengan dia!" Paksa Hyunjin sambil memukul badan Han.
Han mengunci mulutnya, tidak mahu bersuara walaupun apa yang diteka Hyunjin itu hampir tepat. Geram dengan Han yang tidak mahu membuka mulut itu, Hyunjin mencengkam pipi Han.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...