-'⑪'-

154 34 210
                                    

Petang itu hanya mereka hanya berdua memandangkan Han dan Hwa Ra sudah keluar bersama. Hyunjin pula menemani Erika pulang ke Seoul pada petang itu.

"Nak pergi mana?" Tanya Jeongin. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil melihat pemandangan di situ.

Ji Ah mengemam mulutnya memikirkan tempat yang sesuai untuk dikunjungi. "Sebenarnya, saya pun tak tahu nak pergi mana, hehe."

Jeongin mengerutkan keningnya. "Habis kenapa awak ajak saya keluar?"

Ji Ah menyengetkan mulut. Seharusnya Jeongin berasa senang kerana dapat keluar berdua dengannya tanpa ada orang ketiga.

"Saya ada satu tempat nak pergi." Jeongin bersuara.

Sebaik saja tiba di tempat itu, Ji Ah menoleh ke arah Jeongin. Adakah Jeongin sedang bermimpi yang mana membuatkannya dia ingin ke situ? Jeongin memerhati beberapa orang sedang bermain papan selaju. Teringat pula kenangan lamanya.

"Seriuslah awak nak datang sini? Ke awak salah tempat?" Tanya Ji Ah.

"Awak nampak saya main-main ke sekarang ni?" Soal Jeongin semula. Mendengarkan itu, Ji Ah mengangguk faham. Jika bertanya lagi, tidak mustahil Jeongin akan mengetuk kepalanya menggunakan papan selaju.

Petang itu tidak ramai orang yang berada di situ jadi, banyak tempat duduk yang kosong. Ji Ah memandang Jeongin dengan ekor matanya.

"Awak tunggu sini kejap," ujar Jeongin sebelum meninggalkan Ji Ah sendirian di situ. Tidak sempat bertanya hendak ke mana bayang Jeongin sudah pun lesap dari pandangan.

Ji Ah menjerit kecil apabila sebotol air minuman yang sejuk diletakkan pada pipinya. Jeongin tertawa kecil sebelum memberikan minuman itu kepada Ji Ah. Tempat kosong di sebelah gadis itu menjadi tempatnya melabuhkan punggung.

"Kenapa awak nak ke sini?" Tanya Ji Ah ingin tahu. Dia masih ingat bagaimana Jeongin menolak untuk mengikutnya ke situ bersama Hyunjin.

Air yang dibeli tadi, diteguk beberapa kali. Tidak mengalihkan pandangannya, Jeongin menjawab. "Entah. Saya rasa nak pergi sini, saya pergi jelah."

Jeongin memerhati setiap langkah yang ditunjuk pemain. Rupanya, mereka yang berada di situ bukanlah calang-calang orangnya bila masing-masing menunjukkan aksi yang agak sukar dilakukan bagi pemain amatur.

"Iyen... Ceritalah pasal keluarga awak." Ji Ah cuba mencari topik perbualan.

"Keluarga saya? Tak ada yang menarik pun. Mama dengan Papa yang sibuk dengan kerja sendiri, Abang yang selalu uruskan saya. Itu saja." Jeongin tersenyum sendiri.

Ji Ah terdiam. Nampaknya dia tersalah tanya soalan. Kepalanya digaru, cuba memikirkan perkara lain untuk dibualkan. Jeongin memandang Ji Ah yang kelihatan resah itu.

"Kalau awak nak tahu pasal saya dengan abang, boleh je," kata Jeongin. Ji Ah tersengih seraya mengangguk perlahan.

"Sejak saya sekolah rendah lagi, Mama dah sibuk dengan kerja. Papa pulak selagi belum tengah malam, jangan harap nak balik. Selama itu juga, Abang yang banyak uruskan saya..." Jeongin mula bercerita. Ji hanya mendiamkan diri, menumpukan perhatian kepada Jeongin.

"... Tapi saya bersyukur sebab hubungan keluarga kita orang tetap kuat. Kalau tanya siapa yang saya paling sayang, Abanglah yang saya akan pilih. Jadi, kalau dia sedih ataupun gembira saya akan rasa sekali. Saya tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa Abang." sambung Jeongin.

Ji Ah tersenyum mendengar kisah keluarga Jeongin. Petang itu, dia dapat mengetahui sisi lain yang ada pada diri Jeongin. Siapa sangka, lelaki yang kelihatan dingin itu merupakan orang yang lembut hatinya.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now