Hyunjin memeluk tubuh di depan pintu. Sebaik saja dia tiba di rumah tadi, Hwa Ra sudah pun berada di situ. Hyunjin bingung melihat kawan baiknya yang kelihatan menikmati saat-saat bahagia itu. Sekarang ini Han sedang sakit atau berkelah? Siap main suap-suap bagai.
"Teruk sangat ke sakit tu? Aku tengok macam tak je..." Hyunjin bertanya. Jika hendak berdiam diri saja, tidak pasal-pasal dia menonton drama secara langsung. Bukan main lagi Han membuka mulutnya dengan luas apabila Hwa Ra menyuakan makanan.
Han tersenyum dengan mulut penuh. "Tadi sakit tapi lepas Hwa Ra datang, terus rasa sakit tu berkurang."
Hyunjin memutarkan matanya mendengarkan itu. Adakah Han sengaja mengejeknya atau dia yang berperasaan begitu? Hwa Ra yang ada di situ hanya menguntumkan senyuman. Tidak mampu berkata apa-apa.
"Ya lah tu. Kau saja je kan? Sakit perut tapi, boleh lagi sumbat makanan dalam mulut...," marah Hyunjin. Mana tidaknya, kalaulah dia tidak melayan panggilan Han tadi, sudah tentu dia dapat menunggu Jeongin di perhentian bas.
Hwa Ra menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err.. kalau macam tu, saya balik dululah. Lagipun, Hyunjin dah ada untuk teman awak."
Han mencebik. Dia masih belum puas memanjakan dirinya dengan Hwa Ra. Gadis itu datang ke rumah tadi pun kerana hendak memberikan agar-agar. Disebabkan melihat Han yang sedang kesakitan, dia membuat keputusan untuk singgah sementara menunggu Hyunjin pulang.
"Alah... Saya lapar lagi," ujar Han. Tangan Hwa Ra dihayunkan beberapa kali, memujuk supaya kekasih hatinya tinggal lebih lama.
"Memang pun kau tu... Lapar perhatian." Hyunjin mencelah sebelum menjeling tajam. Mengada-ngada betul. Hwa Ra tersengih sebelum meminta dirinya meninggalkan Hyunjin dan Han di rumah itu.
Pintu bilik Jeongin diketuk beberapa kali sebelum Hyunjin memulas tombol. Sejak adiknya pulang petang tadi, dia masih belum berbual apa-apa dengan Jeongin.
Kelihatan Jeongin sedang bermain telefonnya dengan fon telinga yang terpasang. Sebaik saja menyedari kehadiran Hyunjin di dalam bilik, Jeongin menanggalkan fon telinga tadi sebelum membetulkan kedudukannya.
"Iyen buat apa?" Hyunjin memulakan perbualan. Dia melabuhkan punggung di atas tilam sebelum menghadap Jeongin.
Telefon diletakkan di atas meja kecil. "Dengar lagu... Kenapa?" Jeongin menyoal semula.
"Abang nak minta maaf sebab lukakan hati Iyen dan tak jujur dengan Iyen..," ujar Hyunjin. Kakinya dihentak perlahan, cuba menghilangkan rasa gementar.
Jeongin mendecit. "Kalau pasal tu tak ada apalah... Bukan salah sesiapa pun. Iyen dah besar dan boleh terima semua ni walaupun pada mulanya Iyen rasa sedih. Apa yang berlaku ni ada sebabnya, Abang. Sepatutnya Iyen yang minta maaf dengan Abang sebab buat Abang risau..."
"... Mama dengan Papa pun ada call Iyen tadi. Diorang sama macam Abang, risaukan perasaan Iyen. Jujurlah Iyen cakap.. sikit pun Iyen tak marah sebaliknya Iyen berterima kasih sebab sepanjang hidup Iyen, tak pernah pun Iyen rasa tersisih. Dekat situ dah cukup menunjukkan kasih sayang korang pada Iyen. Jadi, jangan minta maaf sebab perkara ni... Okey?" Jeongin menenangkan abangnya.
Tidak bersuara, Hyunjin segera memeluk erat badan Jeongin. Satu beban yang menghuni perasaannya terasa dilepaskan begitu saja. Sungguh, Jeongin sangat bermakna dalam hidupnya dan tiada siapa yang boleh sangkalkan lagi kenyataan itu.
"Abang sayang Iyen... Ingat tu," kata Hyunjin. Jeongin membalas pelukan abangnya sebelum mengangguk kecil. "Iyen pun sayangkan Abang."
Han yang kebetulan lalu di depan bilik Jeongin, memegang dadanya kerana tersentuh melihat dua beradik itu. Tiba-tiba dia teringin mempunyai abang yang boleh menjaga dirinya sepertimana Hyunjin menjaga Jeongin. Han segera melangkah pergi bila Hyunjin dan Jeongin meleraikan pelukan.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...