-'⑭'-

142 33 168
                                    

Satu subjek sudah dipilih untuk dijadikan sasaran. Senapang yang siap diisi peluru, diletakkan selaras tulang selangka. Tumpuan diberikan sepenuhnya sebelum bersedia untuk menembak. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan picu ditarik. Bang! Subjek yang disasarkan akhirnya tumpas.

"Wah! Iyen, hebatnya awak!" Ji Ah bersorak sambil menepuk tangannya. Dia berasa teruja apabila tembakan Jeongin mengena pada anak patung musang yang diinginkannya.

Dengan senyuman bangga, Jeongin meletakkan senapang yang digunakan tadi. Penjaga gerai itu menghulurkan anak patung kepada Ji Ah. Gadis itu menyambut dengan senyuman lebar.

"Terima kasih Iyen dan maaf sebab perlekehkan awak tadi... Hehe." Ji Ah tersengih. Dia berasa malu kerana ketawakan Jeongin yang ingin bermain permainan itu tadi. Hasilnya, Jeongin menembak dengan tepat.

Senyuman kecil terukir di wajah Jeongin. Senang hatinya dapat melihat gadis itu gembira keluar bersamanya. Ji Ah yang memeluk patung musang sedikit mendongak, memandang Jeongin yang lebih tinggi.

"Iyen, awak nak tahu satu perkara tak?" Tanya Ji Ah. Jeongin menoleh lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Awak nampak comel bila senyum macam tadi. Sampai saya rasa nak tarik-tarik pipi awak," puji Ji Ah.

Jeongin segera mengendurkan senyuman yang diukirkan. "Mana adalah. Merepek."

Ji Ah mengintai wajah Jeongin sepanjang jalan yang mana membuatkan Jeongin tersenyum malu. "Ha, kan comel bila awak senyum."

Jeongin tidak menghiraukan pujian Ji Ah. Langkahnya dipercepatkan, meninggalkan Ji Ah di belakang.

"Iyen! Tunggulah saya!" Jerit Ji Ah.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin pulang ke rumah selepas berjumpa Erika. Buat masa sekarang, dia harus memenuhi kehendak Erika demi menjaga rahsia yang disimpan. Hyunjin berasa kesal kerana pernah mempercayai gadis itu satu ketika dulu.

"Yow Hyunjin! Kau pergi mana??" Soal Han sebaik saja ternampak batang hidung kawan baiknya.

Hyunjin menutup pintu sebelum menuju ke ruang tamu. "Aku keluar dengan kawan tadi."

Melihat riak wajah Hyunjin, Han dapat meneka yang kawan dimaksudkan Hyunjin itu ialah Erika. Lagipun, semua kawan Hyunjin juga merupakan kawannya. Bahu Hyunjin ditepuk perlahan, cuba mencari kebenaran.

"Kau jumpa Erika, kan? Tak payah nak tipu. Iyen belum balik lagi jadi, kau boleh bagitahu aku." Han cuba memujuk. Sebagai sahabat sehidup semati, Hyunjin boleh mempercayainya.

Tiada pilihan lain, Hyunjin mengangguk tanda mengiyakan tekaan Han. Lagipun, mereka sudah berkawan selama 3 tahun dan selalu berkongsi masalah antara satu sama lain.

"Aku get back dengan Erika," beritahu Hyunjin. Mata Han membulat mendengarkan berita mengejut itu. Adakah Hyunjin sedang bermimpi hinggakan dia kembali semula kepada gadis yang pernah menyakitinya sebelum ini?

"Weh! Seriuslah?? Ma-macam mana??" Soal Han dengan nada tidak percaya. Hyunjin membaling bantal ke arah Han. Kelantangan suara kawannya itu bukan saja dapat didengari jiran sebelah malah satu taman perumahan.

Han mengalih bantal tadi dari mukanya. Kad lelaki yang mengaku sebagai kenalan Jeongin tadi,  terkeluar dari poket seluar Han. Tanpa berfikir apa-apa, Hyunjin mengambil kad itu.

"Apa ni?" Tanya Hyunjin sambil membelek kad yang dipegangnya.

"Ouh, tu kad kawan Iyen. Dia suruh aku bagi pada Iyen." Han menjawab soalan Hyunjin. Tulisan yang tertera pada kad itu dibaca satu persatu. Sebaik saja membaca nama pemilik kad, riak wajah Hyunjin berubah.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now