Sementara menunggu Erika bersuara, Ji Ah menghirup sedikit air sambil memerhatikan keadaan dalam kafe dan pemandangan yang menghadap ke laut.
Erika meletakkan cawan putih ke atas piring kecil. Matanya menatap wajah Ji Ah sebelum dia bersuara. "Tujuan saya ajak awak ke sini sebab nak jelaskan tentang hubungan saya dan Hyunjin.
Ji Ah sedikit pun tidak melatah sebaliknya hanya mengekalkan riak bersahaja. "Ouh macam tu. Okey, teruskan."
"Sebenarnya kita orang dah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Jadi saya tak nak hubungan kita orang terganggu. Harap awak fahamlah dengan apa yang saya cuba sampaikan," ujar Erika. Walaupun apa yang dikatakannya itu benar, tetapi itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah kisah lama yang sengaja diungkit semula.
"Sekarang ni, awak nak cakap yang saya ganggu hubungan korang lah... Macam tu?" Hampir saja Ji Ah melepaskan tawa mendengar kenyataan yang tidak masuk akal itu.
Erika tidak menjawab sebaliknya mengangguk. Dia yakin yang kehadiran Ji Ah akan merosakkan rancangannya untuk mendapatkan Hyunjin semula. Jadi lebih baik dia mengambil langkah awal sebelum terlambat.
Wajah Ji Ah mula menegang. Sesedap mulut perempuan itu saja hendak berkata begitu padanya. Tidak mengalah, Ji Ah membalas semula. "Kalau boleh, saya nak tahu bila kali terakhir hubungan tu bertahan ya? Hari tu Hyunjin ada halau awak balik kan, sebab apa ya?"
Erika terdiam. Bagaimana Ji Ah boleh mengetahui hal itu sedangkan dia sudah memastikan yang hanya mereka berdua ada di situ. Matanya meliar mencari jawapan manakala Ji Ah pula sudah tersenyum menang. Malas hendak melanjutkan perbualan, Ji Ah bangun dari kerusinya.
"Saya nak beransur dulu. Nanti saya tolong sampaikan salam sayang awak pada 'bakal suami' awak tu, ya?" Sindir Ji Ah lalu meninggalkan Erika sendirian di situ.
Jeongin yang memerhati dari jauh, tertawa sendiri melihat wajah Erika yang tidak ubah seperti cicak makan kapur itu. Dia mengekori Ji Ah dari pasaraya tadi kerana risau yang Erika akan apa-apa kan Ji Ah namun lain pula yang terjadi. Nampaknya, gadis itu lebih bijak dari yang disangkakan kerana dapat menangkis hujah palsu perempuan tidak tahu malu itu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hyunjin mengambil angin di meja batu yang terletak di halaman depan rumah. Badan disandarkan pada bangku yang diperbuat daripada batu itu manakala jarinya meleret skrin telefon.
Ji Ah menyarungkan sandal menuju ke ampaian baju. Dia hendak mengangkat baju yang sudah kering untuk menyidai baju yang dibasuh malam semalam. Ji Ah sempat melirik ke arah Hyunjin yang sedang bersendirian di halaman rumahnya. Tidak mahu mengganggu, dia meneruskan langkahnya.
"Hai Ji Ah," tegur Hyunjin lalu tergelak melihat Ji Ah yang hampir tidak kelihatan kerana baju-baju yang menghalang wajah gadis itu.
"Er... Hai Hyunjin," balas Ji Ah sambil tersengih seperti kerang busuk. Dalam banyak-banyak masa, kenapa ketika itu jugalah Hyunjin menegurnya.
"Awak free tak hari ni? Kalau ya, saya ingat nak ajak awak keluar. Lagipun, selama saya datang sini tak pernah jalan-jalan dekat kawasan ni. " Hyunjin menjelaskan niatnya menegur gadis itu.
Hampir saja baju di tangannya terjatuh kerana terkejut. Jika tiada baju pada tangan, sudah tentu dia menampar pipinya untuk memastikan sama ada itu ialah realiti ataupun mimpi. Risau Hyunjin menunggu lama, Ji Ah segera menjawab.
"Free! Pukul berapa awak nak keluar?" Ji Ah bertanya dengan penuh semangat.
Hyunjin melihat jam pada telefonnya. "Dalam pukul 5 boleh?"
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...