-'⑮'-

162 33 141
                                    

Ji Ah tersenyum sendiri. Detik-detik bersama Jeongin petang tadi masih segar di ingatannya. Siapa sangka, lelaki yang selalu bersikap dingin itu berubah sepenuhnya kerana takutkan bunyi guruh. Tapak tangan dilihat lalu Ji Ah menutup wajahnya. Ya, tangan itulah yang memeluk bahu Jeongin tadi. Patung musang dipeluk erat.

"Saya ada... Awak jangan risau."

"Arghhh! Cringe gila!" Suara Ji Ah tenggelam kerana dia menutup wajahnya dengan patung musang tadi.

Ji Ah bangun dari pembaringannya lalu duduk bersila. Mengenangkan kata pujukannya tadi, saat-saat indah lesap begitu saja. Habislah Jeongin akan mengejeknya apabila mereka bertemu nanti. Jeongin itu bukan boleh kira, selagi ada kesempatan selagi itulah dia mengambil peluang untuk memalukannya.

Jam loceng yang terletak di atas meja solek, ditoleh. Mata Ji Ah membulat melihat waktu yang sudah pun menunjukkan pukul 2.30 pagi. Bantal ditepuk sebelum dia meletakkan kepalanya. Dia harus tidur kerana Jeongin mengajaknya keluar pagi esok. Baru memejamkan mata, Ji Ah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena kemudian dia meronta di atas katil. Lampu bilik belum ditutup!

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han mendengus geram sebaik saja melihat kek keju yang disimpan dalam peti, hanya tinggal bekas sahaja. Dia sengaja membeli lebih tempoh hari untuk dijadikan sarapan. Ada pula makhluk yang merembat makanannya secara senyap. Tidak lain dan tidak bukan, Hwang Hyunjin.

"Hyunjin! Sampai hati kau makan cheesecake aku! Ganti balik!" Suara Han meninggi. Pipinya sudah kembang kempis menahan marah. Jika sebelum ini dia digelar sebagai tupai tanah, sekarang dia sudah bertukar kepada tupai gila.

Hyunjin yang sedang bersenang lenang di ruang tamu mengerutkan dahi apabila terdengar namanya diseru. Dia melangkah menuju ke dapur. Kakinya tidak menapak ke depan sebaliknya mengundur ke belakang sebaik saja melihat Han yang merenungnya tajam.

"Ke-kenapa dengan kau, Han? Kena gigit anjing gila ke?" Soal Hyunjin dalam ketakutan.

"Aku nak kau beli balik cheesecake aku yang dah masuk perut kau tu. Kalau tak..." Han menunjukkan buku limanya sebagai amaran.

Mata Hyunjin memandang ke atas, cuba mengingat semula kek keju yang disebut Han.

"Mana ada aku kebas cheesecake kau. Aku pun tak tahu ada apa dalam peti tu. Kau biar betul, Han?" Hyunjin membela dirinya yang difitnah pada pagi hari.

Jeongin keluar dari biliknya dalam keadaan kemas. Pagi itu dia akan keluar dengan Ji Ah sepertimana yang dijanjikan. Dia memandang Han dan Hyunjin yang berdiri dengan jarak 20 meter itu.

"Kenapa korang berdiri jauh sangat tu? Social distancing ke?" Soal Jeongin sarkastik lalu menghampiri peti sejuk.

Han menoleh sebaik saja Jeongin menegur. "Hyunjin ni tak nak ganti cheesecake yang dia telan. Entah-entah dah jadi taik pun. Dah lah makan orang punya lepastu tinggal bekas kosong dalam peti. Eloklah sangat perangai tu."

"Wey! Aku dah cakap kan, bukan ak-"

"Ouh cheesecake tu Abang Han punya ke? Iyen yang makan. Ingatkan Abang belikan untuk Iyen." Jeongin memberitahu perkara sebenar. Riak wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah.

"Hah?? Iyen yang ambik??"

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Ji Ah membuka matanya bila cahaya matahari yang menembusi langsir mengenai wajahnya. Dia mengelipkan mata beberapa kali sebelum meregangkan badan. Sedang menggeliat, dia terpandang jam loceng lantas terjun dari katilnya. Sudah pukul 9 pagi sedangkan mereka berjanji akan keluar pukul 8.30 pagi. Matilah dia dimarahi Jeongin nanti. Mahu atau tidak, terpaksalah dia menadah telinga.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now