Hwa Ra membuka pintu bila terdengar loceng rumahnya ditekan. Melihat Hyunjin yang berdiri di depan pagar rumah, dia meminta diri untuk memanggil Ji Ah yang berada di dalam. Tidak lama kemudian, Ji Ah menampakkan dirinya.
"Ji Ah, boleh kita jumpa sekejap?" Tanya Hyunjin dan Ji Ah mengangguk. Mereka berdua membuat keputusan untuk pergi ke taman yang berhampiran perumahan itu.
Sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok besar menjadi tempat mereka berteduh. Ji Ah hanya mendiamkan diri menunggu Hyunjin membuka bicara.
"Ji Ah, saya nak minta maaf sebab tinggalkan awak malam semalam. Saya tak patut pergi macam tu je. Saya betul-betul minta maaf pasal," ujar Hyunjin. Dia menundukkan kepalanya, memandang lantai.
"Lah, kenapa pulak? Awak tak buat salah apa-apa pun dengan saya," kata Ji Ah dengan bersungguh.
"Lagipun nak buat macam mana. Erika accident, mestilah awak kena pergi tengok keadaan dia," sambung Ji Ah lagi.
Hyunjin mengangkat wajahnya lalu tersenyum lega. "Terima kasih, Ji Ah sebab maafkan saya."
Ji Ah mengerutkan dahinya. Kenapa Hyunjin berasa bersalah begitu seolah-olah membuat kesilapan besar padanya? Boleh saja Hyunjin meminta maaf secara santai tanpa perlu mengajaknya ke taman itu.
"Sebenarnya, saya bertengkar dengan Iyen. Kalau bukan sebab dia, mesti saya tak sedar dengan kesalahan saya semalam." Hyunjin menerangkan apa yang terjadi.
"Apa maksud awak? Bertengkar dengan Iyen?" Ji Ah mengajukan soalan kerana tidak faham dengan apa yang Hyunjin cuba sampaikan.
"Dia marah saya tinggalkan awak sebab melawat Erika dekat hospital." Hyunjin menghela nafas perlahan.
"Hubungan dia dengan Erika tak baik ke?" Sekali lagi Ji Ah bertanya. Dia masih ingat cara Jeongin memandang Erika semasa hendak berkhemah dulu. Hyunjin mengangguk tanda mengiyakan soalan Ji Ah.
"Erika tu bekas tunang saya tapi, lima bulan lepas dia buat keputusan untuk putuskan pertunangan kita orang sebab nak fokus pada kerjaya model dia." Hyunjin mula menceritakan kisah silamnya supaya Ji Ah faham dengan apa yang berlaku.
"Sejak tu, Iyen bencikan Erika sebab tinggalkan saya. Masa kita berkhemah haritu pun, Iyen tak nak bersemuka apatah lagi bercakap dengan Erika. Dia masih belum lupakan dengan apa yang Erika dah buat pada saya," tambah Hyunjin.
Mata Ji Ah tertumpu pada Hyunjin yang duduk di sebelahnya. "Sekarang Iyen ada dekat mana?"
Hyunjin mengangkat bahu tanda tidak tahu keberadaan adiknya ketika itu. "Salah saya jugak sebab tinggikan suara dekat Iyen. Sekarang, saya tak tahu macam mana nak pujuk dia semula."
"Saya rasa buat masa ni, awak biar Iyen sejukkan hati dia dulu. Nanti bila dia dah okey, awak cubalah bercakap dengan dia." Ji Ah memberi cadangan.
Hyunjin menguntumkan senyuman. "Terima kasih, Ji Ah sebab sudi dengar cerita saya."
Telefon Hyunjin berdering yang mana membuatkan perbualan mereka tergantung. Hyunjin tidak menjawab panggilan itu bila nama Erika terpapar di skrin telefonnya. Ji Ah memandang hairan bila Hyunjin hanya membiarkan telefonnya terus berbunyi.
"Awak tak nak jawab?" Ji Ah memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Tak penting. Disebabkan dia, saya bergaduh dengan Iyen," jawab Hyunjin. Ji Ah memerhati wajah Hyunjin dan pada pandangannya, dia seperti menahan perasaan. Perasaan sebenar yang tidak terluah dari lubuk hatinya.
"Awak... Masih ada perasaan pada Erika?" Soal Ji Ah.
"Entahlah... Saya malas nak ambik tahu pasal tu. Nanti lama-lama perasaan tu hilanglah sendiri. Saya tak nak dengan pilihan yang saya buat, jadikan hubungan dengan Iyen macam sekarang." Hyunjin meluahkan perasaannya.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...