-'❹'-

151 43 165
                                    

Melihat kehadiran Erika di situ, Jeongin menoleh ke arah Hyunjin untuk melihat reaksi abangnya dan kelihatan Hyunjin hanya mengekalkan riak bersahaja.

"Siapa yang ajak kau?" soal Jeongin sebelum sempat Hyunjin bersuara. Mereka yang berada di situ agak terkejut dengan bahasa yang digunakan Jeongin terhadap Erika.

Han berpaling ke arah lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan Jeongin. Sebenarnya,dia lah orang  yang mengajak Erika semalam kerana menyangka hubungan pasangan itu sudah kembali seperti biasa.

"Eh jomlah bertolak sekarang. Nanti jalan sesak pulak. " Hyunjin mencelah kerana tidak mahu melambatkan masa. Jeongin menjeling tajam ke arah Erika. Naik meluat dibuatnya bila melihat gadis itu tersenyum sendiri.

Sedang meletakkan beg pakaian ke dalam bonet kereta, Erika menghampiri Hyunjin untuk meletakkan begnya sekali.

"Kenapa letak beg kat sini?" soal Jeongin dingin. Dia baru saja ingin meletakkan begnya ke dalam bonet tetapi tidak jadi kerana Erika berada di situ.

"Saya kan tumpang kereta Hyunjin?" ujar Erika tanpa rasa malu.

Mendengarkan itu, Jeongin terus mengendong beg galasnya semula. Malas hendak melayan kerenah perempuan yang tidak tahu malu itu.

"Abang... Iyen tumpang kereta Kak Hwa Ra," beritahu Jeongin lalu menghampiri kereta Hwa Ra.

"Ha??" Ji Ah agak terkejut mendengarkan kata-kata Jeongin.

Hwa Ra memberi isyarat mata kepada Ji Ah supaya membiarkan Jeongin menumpang keretanya. Dia lebih sanggup menumpangkan Jeongin berbanding Erika."Okay! Lagipun kiteorang dua orang je. Jadi sama adil lah tiga orang satu kereta, hehe."

Hyunjin hanya mengangguk. Dia faham yang Jeongin tidak senang Erika menyertai mereka pagi itu. Selesai meletakkan barang-barang yang akan dibawa, dua buah kereta itu bertolak menuju ke destinasi.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Mereka semua tiba di destinasi selepas lebih sejam perjalanan ke situ. Hanya mereka saja yang berada di situ oleh kerana Hyunjin memilih tempat yang agak tertutup untuk aktiviti perkhemahan mereka.

Jeongin berdiri di belakang Ji Ah menunggu gadis itu membawa keluar beg pakaiannya dari bonet kereta.

"Bawa beg macam nak tinggal seminggu kat sini." Jeongin menyindir bila melihat saiz beg Ji Ah yang agak besar itu.

Ji Ah mengetap giginya sebelum memberi pandangan tajam. "Suka hatilah saya nak bawa beg besar mana pun. Ada saya menyusahkan awak? Tak ada kan."

Tanpa mempedulikan bebelan Ji Ah, Jeongin menolak badan gadis itu ke tepi untuk mengambil beg galasnya.

"Lambat betul." Jeongin merungut perlahan namun masih dapat didengari Ji Ah.

Selepas mengambil beg galasnya, Jeongin terus berlalu dari situ menuju ke arah Hyunjin yang tidak jauh dari kereta Hwa Ra. Melihatkan tindakan selamba Jeongin itu, Ji Ah menghempas begnya kerana geram. Pagi-pagi lagi Jeongin sudah merosakkan suasana hatinya.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Lima buah khemah sudah siap didirikan. Di tapak perkhemahan itu, ada juga disediakan tempat untuk memasak dan tandas yang mana memudahkan pengunjung yang berkunjung ke situ.

Ji Ah memandang Hyunjin yang sedang menyusun beg-beg mereka di satu tempat. Hyunjin melemparkan senyuman ke arah Ji Ah yang sedang memerhatikannya itu.

"Awak buat apa kat situ? Pergilah rehat." Hyunjin bersuara.

"Awak nak air? Saya boleh pergi ambilkan," tanya Ji Ah dan Hyunjin mengangguk. Oleh kerana dia mengangkat beg itu sendirian, haus mula terasa di tekak. Melihatkan anggukan Hyunjin, Ji Ah segera mengambil air minuman yang dibawanya tadi.

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now