Jeongin berhenti melangkah sebaik saja tiba di satu tempat. Mulut Ji Ah ternganga melihat keindahan persekitaran itu. Keindahannya bukan saja hanya berlatarkan alam sekitar, tetapi ianya juga terdapat air yang mengalir di antara batu dan terus membentuk sebuah kolam secara semulajadi.
"Iyen! Cantiknya tempat ni!" Ji Ah meluahkan rasa kagum sekaligus melompat keriangan. Jeongin mengukirkan senyuman nipis menyaksikan keterujaan gadis itu.
Jeongin mengambil tempat di atas salah satu batu besar yang terletak di tepi kolam semulajadi tadi. Ji Ah pula berjalan di sekitar kawasan air terjun sambil menyanyi kecil. Selepas puas mengelilingi kawasan itu, Ji Ah melangkahkan kaki menuju ke arah Jeongin.
"Terima kasih sebab bawa saya ke sini," ucap Ji Ah seikhlas hati. Badannya disandarkan pada batu yang diduduki Jeongin tadi sambil menikmati pemandangan di situ.
Ji Ah mencebik bila Jeongin tidak membalas ucapannya seperti yang diharapkan. Nampaknya, hati Jeongin lebih keras dari batu-batu yang berada di situ.
"Macam mana awak tahu tempat ni?" tanya Ji Ah ingin tahu. Melihatkan kawasan air terjun yang bersih, dia pasti belum pernah ada orang yang menjejakkan kaki ke situ.
"Saya jumpa tempat ni pagi tadi." Kali ini Jeongin menjawab. Disebabkan tidak dapat tidur dengan nyenyak malam semalam, Jeongin membuat keputusan untuk berjalan sekitar kawasan bagi menghilangkan rasa bosan. Tidak sangka pula dia dapat menemui tempat seindah itu.
Ji Ah menunjukkan reaksi kagum. Bila teringatkan apa yang terjadi sebelum Jeongin membawanya ke situ, riak wajah Ji Ah berubah. Apa yang dikatakan Hyunjin sebentar tadi, bermain semula di fikirannya. Jeongin mengalihkan pandangan ke arah Ji Ah bila gadis itu tiba-tiba membisu.
Jeongin turun dari batu besar tadi lalu berdiri di sebelah Ji Ah. Raut kesedihan jelas kelihatan pada wajahnya. Dia tersenyum bila satu idea muncul di kepalanya lalu memanggil Ji Ah.
"Ji Ah...," panggil Jeongin. Mata Ji Ah terbuntang bila badannya terdorong ke belakang akibat ditolak Jeongin. Tangannya juga tidak sempat berpaut pada mana-mana lalu terjatuh ke dalam kolam.
"Iyen! Saya tak pandai berenang!" jerit Ji Ah. Pada mulanya, Jeongin menyangka yang Ji Ah hanya mempermainkannya namun, melihat Ji Ah dalam keadaan terkapai-kapai, Jeongin mula cemas lalu segera terjun ke dalam kolam itu.
"Ark! Jangan tekan kepala saya!" Jeongin mengambil nafas bila kepalanya ditekan ke dalam air yang mana boleh membuatkannya turut lemas.
Ji Ah yang dalam kekalutan itu, tidak mengendahkan kata-kata Jeongin sebaliknya dia terus menekan kepala Jeongin. "Saya tak nak mati!"
"Saya yang mati kalau macam ni! Ji Ah!" teriak Jeongin. Suaranya kedengaran tenggelam timbul kerana tindakan Ji Ah itu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Han memerhatikan Erika yang sedang mengemas barangannya di khemah. Hwa Ra yang berada di situ memandang Han dan lelaki itu hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa yang sedang berlaku.
"Erm... Erika, awak nak pergi mana?" tanya Hwa Ra.
Erika cuba mengukirkan senyuman meskipun suasana hatinya tidak baik. "Saya kena balik sebab ada emergency."
Hwa Ra hanya mengangguk faham. Kalau itulah alasannya, dia tidak boleh berkata apa-apa. Lagipun, kehadiran gadis itu tidak diundang maka kepulangannya juga tidak dihalang.
Tidak lama selepas Erika pulang, Hyunjin menampakkan dirinya. Tanpa melengahkan masa, Han berlari menuju ke arah Hyunjin untuk bertanyakan apa yang berlaku di antara mereka berdua.
YOU ARE READING
〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓
Fanfiction࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐࿐ Jeongin membuat keputusan untuk mengikut abangnya, Hyunjin yang pergi bercuti bersama kawan rapatnya, Han sempena cuti musim panas di Pulau Jeju. Semasa percutian itu,Jeongin berjumpa dengan Yoo Ji Ah, yang mana merupakan kawan kepada H...