-'²⁴'-

132 37 155
                                    

Ji Ah menyarungkan selipar menuju ke kereta Hwa Ra untuk mengambil barang. Tindakannya terhenti apabila ternampak seseorang berdiri di depan pagar rumah. Dengan perasaan tertanya-tanya, Ji Ah menghampiri pagar sambil menyilangkan tangannya.

"Kenapa? Salah rumah ke?" Soal Ji Ah.  Hendak kata nyanyuk, muda lagi. Erika menjeling mendengarkan sindiran Ji Ah.

"Aku datang sini nak jumpa kau. Boleh kita bercakap sekejap?" Erika menjelaskan niatnya singgah ke situ.

Ji Ah mengangkat sebelah keningnya. Rasanya dia tiada apa-apa lagi untuk dibincangkan dengan gadis tidak tahu malu itu. Dia memutarkan bebola matanya sebelum memandang Erika semula.

"Kalau aku kata tak nak? Lagipun nak cakap apa lagi? Pasal kau 'bercerai' dengan Hyunjin pulak?" ujar Ji Ah dengan nada sindiran. Tiada sebab lain untuk Erika berjumpa dengannya melainkan tentang Hyunjin. Padahal dia tiada kaitan apa-apa pun.

Kulit putih Erika mula kemerahan kerana menahan marah. Wajah cuba dikekalkan tenang. Dia tidak boleh bertindak melulu tanpa memberi Ji Ah sebarang amaran terlebih dulu. Dengan senyuman yang jelas kelihatan terpaksa, Erika bersuara semula.

"Aku nak kau jauhkan diri dari Hyunjin kalau kau tak nak apa-apa terjadi. Jangan permainkan hati Hyunjin sedangkan kau berfoya-foya dengan Jeongin belakang dia. Ingat aku tak tahu apa yang kau buat? Dasar perempuan murahan. Tamak!" ujar Erika tanpa mengetahui hal sebenar.

Ji Ah tertawa tidak percaya. Perempuan murahan? Erika nampaknya perlu diberi ajaran secukupnya kerana kali ini dia sudah melampaui batas. Pagar rumah dibuka sebelum penampar sulung hinggap di pipi Erika.

"Hei minah kepit! Mulut kau Ji memang tak ada insurans, kan?? Perempuan murahan?? Habis kau tu apa?? Anak haram?? Dasar gila bayang!! Dah tak laku tu sedar jelah!!" Jerit Ji Ah. Nafasnya turun naik disebabkan marah yang teramat.

Tidak puas hati dengan tindakan Ji Ah, Erika menarik rambut gadis itu pula. Disebabkan ketinggian yang agak berbeza, Ji Ah sukar untuk membalas perbuatan Erika. Ji Ah menarik lengan Erika lalu menggigit sekuat hatinya. Akibat gigitan berbisa itu, Erika menjerit kesakitan lalu melepaskan rambut Ji Ah yang ditarik tadi.

Mendengar kekecohan yang berlaku, Hwa Ra bergegas keluar. Alangkah terkejutnya apabila melihat Ji Ah dan Erika saling mencekik antara satu sama lain. Hwa Ra masuk semula ke dalam rumah sebelum keluar bersama sudip di tangannya. Oleh kerana hendak cepat, dia tidak sempat menyarungkan selipar lalu berlari dalam keadaan berkaki ayam.

"Kau nak bunuh kawan aku?? Ambik kau! Ha rasakan pukulan sudip padu!!" Laung Hwa Ra seraya mengetuk kepala Erika beberapa kali. Ketukannya juga bukanlah ketukan biasa.

Erika memegang kepalanya yang hampir leper akibat tamparan sudip yang singgah di kepalanya. Kini, Hwa Ra pula menjadi mangsa. Niat hendak meleraikan pergaduhan sebaliknya bertukar lebih parah.

"Ada orang bergaduh! Fuyooo! Lama tak tengok ni!" Han bersorak dari jauh. Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan yang bergaduh itu. Serta merta matanya membulat sebaik saja melihat Hwa Ra berada di situ. Dengan langkah seribu, Han menuju ke arah tiga orang gadis tadi.

"Yah! Kenapa ni?? Hyunjin!! Ark, tolong aku!!" Han meminta pertolongan. Dia tidak mampu untuk meleraikan perbalahan yang berlaku dan hanya mengelakkan diri dari ditarik sekali.

Jeongin yang terdengar suara Han, menjengah ke luar. Tanpa membuang masa, Jeongin menghampiri gadis-gadis yang sedang berperang di depan pagar. Tangan Erika yang ingin menampar Ji Ah, ditahan sebelum mencengkam kuat pergelangan tangan gadis itu.

"Kau buat apa datang sini?" Soal Jeongin dengan nada keras. Dia masih bersikap tenang. Jika tidak, silap-silap bisu gadis itu ditamparnya.

Erika membetulkan rambut yang menutup wajahnya. "Ha, baguslah kau ada dekat sini. Kau ingat Ji Ah ni sukakan kau ke, Jeongin? Dia ni berlakon baik depan kau!

〖 𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻 𝓗𝓸𝓹𝓮 〗|| ʸᵃⁿᵍ ʲᵉᵒⁿᵍⁱⁿ || ✓Where stories live. Discover now